JALAN KG KOLOROK: LEBUHRAYA VERSI MUSA AMAN |
Sukar untuk mempercayainya. Tahun lalu kira-kira RM170 juta digunakan untuk kerja-kerja penyeleggaraan dan tahun ini, sebanyak RM400 juta lagi diperuntukkan untuk memperbaiki jalan-jalan raya di Tenom dan sekitarnya.
Sukar dipercayai kerana walaupun jumlah yang besar untuk penyelenggaraan infrastruktur termasuk jalan-jalan raya dikeluarkan, penduduk di pedalaman Sabah ini mendakwa, tidak banyak perubahan yang berlaku.
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom, Masdin Tumas, mendakwa jumlah besar yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya Persekutuan, Datuk Rosnah Sherlin semasa lawatannya disini baru baru ini, sesuatu yang agak mengejutkan.
“Kami bingung dan tertanya-tanya kerana jumlah peruntukan itu amat besar tetapi infrastruktur jalan raya dan jambatan Tenom yang lama masih terlalu daif di dua DUN (Melalap dan Kemabong),” katanya, mengulas kenyataan Datuk Rosnah itu.
Rosnah yang melawat dan meninjau keadaan infrastruktur yang rosak teruk selepas banjir pada minggu lalu (6.3.2014), dikatakan turut membidas sikap pembangkang yang sering menuduh Kerajaan Persekutuan yang dikatakan tidak prihatin terhadap masalah yang menimpa di Sabah.
Rosnah berkata, peruntukan sejumlah RM170 juta diberi pada tahun lalu dan tahun 2014, ia ditambah kepada RM400 juta. Peruntukan itu adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur di Sabah, jelas menunjukkan bukti keprihatinan kerajaan pusat terhadap Sabah.
Masdin dan rakyat ingin tahu ke mana perginya peruntukan sebegitu besar dibelanjakan, kerana beberapa batang jalan raya di Kemabong seperti di Kolorok, Sumambu dalam Mukim Kemabong masih terlalu daif, malah tidak pernah pun diselenggarakan sejak beberapa tahun lalu.
“Kita tidak berniat mempolitikkan kedaifan jalan raya tetapi pemimpin mereka sendiri iaitu Ketua Cawangan Umno Sumambu merongkai kedaifan itu. Jadi, persoalannya, mengapa ianya tidak dibaiki jika benar-benar peruntukan itu wujud.
“Begitu juga halnya dengan jalan di antara Binsilon ke Tumantalik sejauh 8 kilometer. Aapabila ditanya pemberita bilakah jalan itu akan dinaiktaraf, kerana ianya tidak diselenggara sejak lebih 10 tahun lalu, dia (Rosnah) menjawab, kononnya peruntukan itu hanya untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan bukan pembinaan jalan baru,” kata Masdin.
Dalam perkembangan lain, Masdin mengalu-alukan usaha gigih Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang sehinggalah peruntukan RM96 juta diluluskan kerajaan untuk membaikpulih dan menaiktaraf jalan raya luar bandar khususnya di Mukim Rundum dan sekitarnya.
“Namun, mengapakah ia terlalu lewat dilaksanakan. Saya setuju dengan Rubin bahawa selepas diluluskan, seharusnya ia sudah menjadi tanggungjawab pihak pelaksana untuk menjalankan tanggung jawab mereka mengikut jadual yang ditentukan.
“Kalau tidakpun, seboleh-bolehnya pihak agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) lakukanlah kerja-kerja penyelenggaraan terutamanya selepas hujan,” katanya kesal.
BORNEO INSIDER

0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.