Wednesday, April 24, 2013

ADIK LAJIM KELUAR PKR SERTAI BN, DAN 60 AHLI SAPP TURUT SOKONG BN

Kuala Penyu: PKR Beaufort menerima tamparan apabila Ketua Cabangnya, Abdul Jarih Ukin, yang juga adik calon parti itu di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Datuk Lajim meninggalkan parti untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau bersama 250 ahli parti itu menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Yayasan Sabah bersama rakyat di sini, semalam.

Janji retorik 

Abdul Jarih, 50, berkata faktor utama mereka meninggalkan PKR dan menyertai BN kerana janji pemimpin pembangkang untuk melaksanakan autonomi kepada Sabah hanya retorik. 

Apabila kita sudah mengambil keputusan meninggalkan perjuangan PKR dan menyertai BN, kita akan pastikan pembangkang kalah dalam pilihan raya ini, katanya.

60 ahli SAPP turut sokong BN

Turut berbuat demikian ialah Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador, bersama 60 ahli parti itu.

Ia turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah; calon BN Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; calon BN DUN Kuala Penyu, Limus Jury dan calon BN DUN Klias, Isnin Aliasnih.

Abdul Rashid adalah pemimpin tempatan di Beaufort yang dijangka menyertai Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

--BERITA HARIAN (24 April 2013)

Dengan keluarnya adik Lajim Ukin dari PKR dan menyertai Barisan Nasional, masih ada harapan ka untuk si Lajim menewaskan Datuk Azizah? Sudah tentu ada sebabnya kenapa adik Lajim keluar menyertai BN, dan semua sebab-sebab itu akan menjadi kempen BN untuk menguburkan hasrat Lajim yang kemaruk mahu jadi Ketua Menteri Sabah.

Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Lajim masih mempunyai ponyokong yang kuat di Beaufort, sehingga Anwar tidak teragak-agak untuk mempertaruhkan Lajim di kawasan itu, namun tamparan dari adik beliau sendiri pasti mampu menghilangkan sedikit keangkuhan dan keegoan Lajim sehingga membuatkan lutut beliau bergegar apabila berhadapan dengan Azizah.

Mengenai parti nyamuk SAPP, lebih baik Yong Teck Lee bubarkan saja parti beliau ini memandangkan ramai pihak yang berpendapat bahawa kewujudan SAPP tidak lebih dari sekadar "pengacau undi". Walau sehebat mana janji-janji yang didendangkan oleh pemimpin-pemimpin SAPP, namun prestasi buruk Yong Teck Lee tetap menjadi ukuran untuk rakyat berfikir banyak kali sebelum memberikan undi kepada SAPP.

TATAP BN!!

13 comments:

  1. salam tuan,
    blog hebat tuan telah saya pautkan pada MKP...

    ReplyDelete
  2. SEJAK Anwar gila kuasa untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri, pelbagai taburan janji kosong telah diberi kepada Majlis Pimpinan Negeri Sabah terutama kuasa untuk memutuskan hal-hal berkaitan kepentingan Negeri Sabah tanpa campurtangan dari pimpinan PKR kuala Lumpur; namun semuanya hanya Sandiwara!

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya Ketua Umum PKR ini tidak pernah sedikitpun menghormati pemimpin PKR Sabah untuk membuat keputusan sendiri melainkan harus dicampuri oleh mereka dari Semenanjung.
    Contoh yang lebih tepat ialah ketika krisis kepimpinan PKR Sabah, Datin Wan Azizah selaku Presiden PKR sendiri pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah selama tiga bulan; sekaligus membelakangkan janji Autonomi.

    ReplyDelete
  4. Setelah melantik Ustsz Pajuddin Nordin menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah; dalam beberapa saat sahaja, disebabkan adanya campurtangan beberapa pemimpin Sabah yang cuba menguasai Ustaz Pajudin; perlantikan berkenaan ditarik kembali.

    ReplyDelete
  5. Sehinggalah insiden yang memalukan iaitu 17 ketua cabang PKR Sabah yang diketuai oleh Ahmad Thamrin Hj Jaini membuat memorandum untuk mengetengahkan Hj. Ansari Abdullah sebagai MPN berdasarkan kepimpinan dan ketokohan dan orang lama dalam PKR.

    ReplyDelete
  6. Setelah persetujuan ini mencapai majoriti 2/3, maka memo tersebut di serahkan kepada Presiden dan Anwar untuk mengumumkan kepimpinan Sabah yang baru.

    Malang sekali kuasa demokrasi dan autonomi yang dijanjikan kepada pimpinan Sabah juga berakhir dengan apa yang diingini oleh Anwar, iaitu melantik Ahmad Thamrin.

    ReplyDelete
  7. Walaupun beberapa pemimpin PKR Sabah mengetahui perkara ini telah dikianati oleh Ketua Kuku Besi iaitu Anwar Ibrahim, namun demi untuk menghentikan pergolakan kepimpinan PKR Sabah ketika itu; serta berhadapan PRU-13, maka Anwar dengan kuasa 'veto'nya (kuasa yang tiada dalam Perlembagaan Parti) melantik semula Ahmad Thamrin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

    ReplyDelete
  8. Semua Ketua Cabang PKR Sabah terpaksa terima keputusan tersebut walau pun perit sehinggalah ke hari ini. Mereka tidak pernah membantah keputusan Ketua Umum, Anwar Ibrahim sehinggalah hari ini tidak di ketengahkan sebagai Calon PRU-13.

    ReplyDelete
  9. Bayangkan belumpun Anwar ini menjadi Perdana Menteri Malaysia, hak- hak rakyat Sabah sudah dinodai dan dikianati, apatah lagi konon mahu memberi 20 % royalti minyak kepada negeri Sabah, mustahil perkara ini boleh berlaku.

    ReplyDelete
  10. Sehubungan itu, rakyat Sabah harus bangun dan sedarlah kerana selama ini kita sudah lama dikianati oleh manusia bernama Anwar Ibrahim sejak tahun 1994 iaitu ketika era pemerintahan PBS lagi.

    ReplyDelete
  11. Marilah kita sama-sama tolak Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana beliau masih bermimpi di siang hari dan terus mengkhianati janji.

    ReplyDelete
  12. What happen PKR in Sabah? This is a good news then for Barisan Nasional. So from now on, PKR supporters think of a strong and capable governement not petty issues. Open your eyes and see the better future in 5 years coming.

    ReplyDelete
  13. In Barisan Nasional they remain together in good and bad times, unlike the opposition. Please don't forget the good deeds done by our government so far. This is indeed a very wise words from our PM.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.