Monday, April 8, 2013

Autonomi Sabah: Yong Teck Lee Mula Mainkan Politik Ugut

KOTA KINABALU: Whoever forms the next Federal government will have to honour, recognise and respect political autonomy to Sabah, as promised in the Malaysia Agreement, which is the basis for the formation of Malaysia in 1963.

“This has now been highlighted and that if Malaysia were to try to depart from the letter and spirit of the formation of Malaysia, then the Sulu Claim will come in,” he warned. - Wikisabah

Isu "20 Perkara"kemasukan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia telah di eksploitasi secara lantang bila ada pihak yang tersepit dalam kancah politik. Isu ini lantang di perkatakan sejak tahun 1987 lagi bagi meraih sokongan serta mambangkitkan sentimen anti persekutuan di kalangan rakyat sabah. Natijahnya, wujud kumpulan dan individu dari seberang yang majoritinya adalah anak muda mula memperlekehkan negeri Sabah dan menimbulkan pelbagai provokasi di laman sosial sebagai tindak-balas terhadap sikap ahli-ahli politik tempatan Sabah yang terlalu bersikap kenegerian.

Sungguhpun "20 Perakara"ini merupakan cadangan atau memorandum yang dibuat oleh Sabah sebagai syarat kemasukan ke dalam Malaysia, namun ianya telah di olah sedemikian rupa sehingga mengelirukan orang ramai dengan menganggap bahawa ianya adalah satu persetujuan yang dicapai dalam kemasukan Sabah ke Malaysia. Kemudian ianya telah diberikan nafas baru dengan bantuan Konrad Adeneour sebuah NGO asing bagi mengapi-apikan pendudukan tempatan melalui kajian dan penyelidikan khusus dengan bantuan IDS. 

Formula yang di perolehi kemudian di jadikan manifesto kempen parti-parti tempatan Sabah seperti SAPP dan STAR. Maka wujudlah satu keadaan di namakan "state parochialism" di samping mempertajamkan sentiman anti kerajaan persekutuan. Hal yang berpotensi memporak-perandakan jalinan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ini pasti akan menjejaskan negara jika kita semua lalai dalam membendung pendekatan politik sempit seperti ini di peringtkat awal.

Isu ini akan tenggelam timbul selagi ada pemimpin atau tokoh politik yang sengaja membangkitkan isu kenegerian, kewilayahan bagi tujuan meraih sokongan politik semata. Pihak ini hanya mengambil kira apa yang mereka rugi tetapi tidak mengambil kira apa keuntungan yang telah mereka dapati sejak Negeri Sabah menyertai Malaysia.

Seperti kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, Perkara 20 sebenarnya tidak rumit kerana semuanya ada dalam perlembagaan. Perkara yang terkandung dalam Perkara 20 seperti imigresen dan borneonisasi sudah dimasukkan dalam perlembagaan negara. Yang merumitkan isu 20 Perkara ini tidak lain tidak bukan ialah parti-parti politik tempatan Sabah yang begitu terdesak mahu merampas kerajaan sehingga lupa bahawa tindakan mereka itu boleh mengundang pelbagai situasi yang tidak diingini.

Mungkin Yong Teck Lee lupa atau tidak tahu langsung bahawa sebelum tahun 1963, banyak ancaman dari komunis, Indonesia dan Filipina yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini. Jesteru pemimpin kita pada waktu itu terpaksa mencari kaedah yang paling tepat dan berkesan untuk menyelamatkan negeri Sabah dari ancaman-ancaman tersebut. Dan formula yang terbaik adalah memilih untuk bersama wilayah-wilayah koloni British dalam membentuk satu negara yang besar bagi mengukuhkan faktor keselamatan.

Tuntutan Yong Teck Lee atau SAPP yang hari ini dilihat lebih kepada mahu mengasingkan Sabah dari persekutuan Malaysia amat bertentangan dengan hasrat rakyat Sabah dahulu yang menjadikan faktor keselamatan sebagai alasan untuk bergabung membentuk Malaysia. Hanya kerana mahukan jawatan Ketua Menteri Sabah (untuk kali kedua), Yong Teck Lee tergamak cuba mengelirukan rakyat dan dalam masa yang sama cuba mengugut rakyat dengan membayangkan bahawa tuntutan Filipina atau Kesultanan Sulu itu akan menjadi kenyataan jika kerajaan tidak memberikan autonomi kepada Sabah.

Rakyat Sabah perlu nilai sebaik-baiknya kenyataan Yong Teck Lee yang mana perjuangannya lebih kepada survival politik berbanding dengan membela nasib rakyat. Bagaimana sebuah wilayah yang kecil lebih selamat bersendirian berbanding dengan memiliki gabungan yang besar?? Perlu diingat, sebelum ini pemimpin SAPP ada membuat kenyataan bahawa SAPP tidak akan mengiktiraf Mykad sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan. Bermakna mereka memang berniat mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia sekaligus mendedahkan Sabah dari ancaman luar. Jesteru, bagaimana Sabah boleh selamat dibawah pentadbiran SAPP??

Isu 20 Perkara yang dibangkitkan oleh parti nyamuk ini tidak lebih dari sekadar bahan kempen untuk menarik sokongan rakyat dan dalam masa yang sama mahu menimbulkan sentimen kebencian terhadap persekutuan walaupun mereka tahu dan sedar bahawa anggota keselamatan yang berperang di Lahad Datu juga datang dari Persekutuan. Mainan politik Yong Teck Lee sudah tidak releven pada masa kini kerana waktu inilah rakyat perlu bersatu-padu dalam melindungi kedaulatan negara sekali gus untuk merealisasikan impian Wawasan 2020.

Kesimpulannya, jika benar Yong Teck Lee berjuang berlandaskan agenda "Sabah For Sabahan", kenapa tidak ada sebarang tindakan beliau yang menjurus kepada agenda itu ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah?? Beliau sepatutnya mempunyai kuasa mengembalikan autonomi Sabah ketika beliau masih berkuasa, sebaliknya pada waktu itu beliau lebih berminat mengumpul kekayaan dengan meluluskan konsesi pembalakan kepada 265 kroni-kroni beliau meliputi kawasan seluas lima kali ganda keluasan Singapura. 

Menyedari populariti beliau kian menurun lebih-lebih lagi selepas dikeluarkan dari rundingan kerusi Pakatan Rakyat, maka hari ini Yong Teck Lee terpaksa bertukar nada dengan lebih aggresif apabila sanggup mengugut rakyat dengan mengaitkan kegagalan memberikan autonomi kepada Sabah dengan tuntutan Sultan Sulu palsu. Hakikatnya, samada beliau sedar atau tidak, Sabah lebih selamat berada dalam Malaysia lebih-lebih lagi selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu.

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.