Friday, April 5, 2013

Enggan tunaikan kuasa Autonomi: PKR Sabah bakal alami zaman kehancuran

Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

MUNGKINKAH PKR Sabah mengalami zaman kehancuran setelah mengalami perpecahan demi perpecahan kerana Presiden dan Ketua Umum tidak yakin PKR akan mendapat sebarang kerusi parlimen dan DUN di Sabah setelah menjalankan Jelajah baru-baru ini. 

Ketua Perhubungan yang bertukar ganti dan kini 'Balak Hanyut', Tamrin Haji Jaini tidak ubah seperti 'Saiful' yang pernah menjadi 'Budak Pembancuh Kopi Anwar'. 

Janji Autonomi Anwar untuk Sabah tidak ubah seperti Janji Autonomi Filipina kepada Nur Misuari, Gabenor Mindanao; segalanya kosong, semua pembohong. 

Bayangkan apa jenis pemimpin yang mahu meniru 'Janji Ditepati' Najib jika gagal menepati janjinya untuk memberi autonomi kepada Sabah setelah Ustaz Pajuddin Noor meletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. 

Dalam janjinya Anwar telah menyerahkan kepada 25 Ketua Cabang PKR Sabah untuk memilih Ketua Perhubungan mereka sendiri setelah Wan Azizah dan Azmin tidak direstui memangku jawatan berkenaan. 

Dalam memorandum mereka kepada Anwar, 19 Ketua Cabang yang hadir termasuk Tamrin menyokong sebulat suara agar Ansari Abdullah dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. 

Malangnya, Anwar telah menghantar Datuk Syed Hussin dan Tian Chua ke Sabah untuk mengambil kenyataan 25 Ketua Cabang, termasuk 19 yang menandatangani memorandum dan menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap Ansari Abdullah. 

Tetapi suara majoriti 100% berkenaan langsung tidak diendahkan Anwar, sebaliknya melantik Tamrin yang tidak langsung disokong oleh walau satu cabang di Sabah, termasuk cabangnya sendiri sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. 

Sejak itu, Anwar menjadikan Sabah sebagai 'Budak Pembancuh Kopi' dan telah memilih Ansari sebagai 'Payung Terjun' ke Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi 2010 sedangkan setelah Nahlan Damsal kalah dalam PRU 2008, Anwar berjanji untuk memberi kuasa autonomi kepada Cabang memilih calon bagi kawasan yang mereka wakili. 

Isu 'Anak Tempatan' sering menghantui para pengundi Batu Sapi sejak PKR melalui tiga pilihanraya sejak 2004 hingga 2008 dan Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada 2010; tidak pernah meletakkan calon Anak Tempatan. 

Mungkinkah PRU-13 Anwar sudah sedar dan akan menyerahkan kepada PKR Sabah menentukan calon atau meneruskan ego 'Authoritarian' dengan mengumumkan calon pada 12 April di Sandakan? 

Agak menyedihkan kerana sudah beberapa kali 25 Cabang PKR di Sabah memohon kuasa Autonomi, termasuk ketika diterajui Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang dilantik sebagai Naib Presiden PKR. 

Salah satu Cabang yang dikesan begitu bersungguh-sungguh ialah Cabang Batu Sapi yang diketuai Ahli Politik berpengaruh dan pemimpin kontroversi, Hassnar Ebrahim sehingga 24 daripada 27 AJK Cabang Batu Sapi telah menghantar surat kepada Presiden PKR dan Timbalannya untuk menyatakan rasa kecewa mereka seperti salinan di bawah ini.

2 comments:

  1. PKR Sabah makin lemah dan akan hancur

    ReplyDelete
  2. kalau lah si Halik Zaman Tanding di perlimen Tenom,percaya lah dia kena telan bulat-bulat oleh UMNO,kasi lah duit banyak-banyak,silap haribulan si halik ini terus bangkrap punya...siapa yang tidak kenal dengan beliau ini.saya dari dulu tetap sokong PR tapi bukan muka si halik dan Ansari.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.