Monday, April 1, 2013

Pentadbiran Najib berjaya tingkat pendapatan isi rumah

KUALA LUMPUR: Usaha berterusan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jangka masa lima tahun ini telah menghasilkan banyak cerita-cerita kejayaan. 

Ketika beberapa ekonomi masih bergelut dengan hutang negara dan peningkatan angka pengangguran, Malaysia masih kelihatan meningkat dengan rentak yang kukuh dan berharmoni. 

Salah satu daripada faktor yang tidak boleh diketepikan ialah peningkatan pendapatan isi rumah didorong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semenjak 2009, disokong oleh perancangan ekonomi yang menyeluruh. 

“Jika Malaysia boleh mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang memuaskan ini, ia mungkin melihat lebih peningkatan pada pendapatan isi rumah,” kata Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias. 

“Kenaikan tahunan 7.2 peratus pada purata pendapatan bulanan isi rumah negara adalah menggalakkan memandangkan kadar inflasi yang meningkat pada purata 2.2 peratus setahun pada asas Kadar Pertumbuhan Tahunan Kumulatif (CAGR). 

“Harga makanan meningkat 3.3 peratus setahun sementara kos pengangkutan naik 2.3 peratus setahun pada tempoh yang sama. 

“Jadi, peningkatan pada pendapatan isi rumah telah pada umumnya mendahului peningkatan kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan isi rumah,” kata Nor Zahidi kepada Bernama. 

Kajian Pendapatan Isi Rumah 2012 baru-baru ini mendapati pendapatan bulanan purata isi rumah Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012, satu peningkatan 7.2 peratus setahun. 

Pendapatan isi rumah bandar meningkat pada kadar 6.6 peratus setahun daripada RM4,705 pada 2009 kepada RM5,742 tahun lepas, sementara pendapatan bulanan isi rumah luar bandar naik 6.4 peratus setahun daripada RM2,545 kepada RM3,080. 

“Itu adalah bahagian positifnya. Tambahan lagi, di bandar-bandar utama seperti di Kuala Lumpur, pendapatan isi rumah naik pada kadar yang lebih pantas iaitu 14.9 peratus dan ini membantu mengimbangkan peningkatan harga barangan yang lebih tinggi di pusat-pusat bandar,” katanya. 

Nor Zahidi menyatakan bahawa antara faktor utama yang menjelaskan peningkatan pada pendapatan isi rumah ialah pertumbuhan ekonomi yang kukuh seperti yang dibuktikan oleh pertumbuhan KDNK sepanjang beberapa tahun lepas. 

Faktor lain adalah pasaran pekerjaan yang menggalakkan dengan kadar pengangguran pada tiga peratus dan usaha kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan untuk mereka yang tidak bekerja, katanya. 

Menurut kajian itu, semua negeri turut mencatatkan pendapatan bulanan purata yang lebih baik dengan Kuala Lumpur mendahului dengan peningkatan tertinggi iaitu 14.9 peratus daripada RM5,488 kepada RM8,586. 

Ini diikuti Labuan dengan 12 peratus daripada RM4,407 kepada RM6,317, Perlis dengan 10.1 peratus daripada RM2,617 kepada RM3,538, Terengganu 9.1 peratus daripada RM3,017 kepada RM3,967, dan Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing daripada RM3,540 kepada RM4,576 dan daripada RM3,102 kepada RM4,013. 

Mengikut pecahan etnik, kaum India mencatatkan peningkatan tertinggi dalam pendapatan isi rumah pada sembilan peratus daripada RM3,999 kepada RM5,233, diikuti Cina pada 8 peratus daripada RM5,011 kepada RM6,366 dan Bumiputera, 6.9 peratus daripada RM3,624 kepada RM4,457. - New Sabah Times

16 comments:

  1. peningkatan pendapatan isi rumah kakitangan awam/badan berkanun dan GLC-bank-bank jer yg naik,, yg lain same saje......atau makin miskin akibat kenaikan harga barangan keperluan harian...

    ReplyDelete
  2. teruskan lagi peningkatn

    ReplyDelete
  3. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    TARIKH 3 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakar sejarah negara apabila menjawat teraju kepimpinan Malaysia sebagai Perdana Menteri keenam selepas peralihan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perkara pertama yang dilaksanakan oleh beliau selaku kepimpinan tertinggi ialah mengajak seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melaksanakan transformasi dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    ReplyDelete
  4. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Selepas empat tahun berlalu, penilaian ke atas pelaksanaan transformasi telah dilakukan apabila Datuk Seri Mohd Najib sendiri membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mana ia menjadi bukti bahawa kewibawaan sebagai negarawan telah dicorakkan dengan kemajuan dan pembangunan negara bangsa.

    ReplyDelete
  5. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri telah mengarahkan setiap menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas masing-masing dengan matlamat agar kabinet yang ada benar-benar menggalas tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Sebagai Presiden UMNO pula, Najib dalam ucapan sulungnya dalam persidangan terbesar orang Melayu iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Oktober 2009 telah menekankan pentingnya aspek perubahan dalam agenda baru parti bagi memastikan UMNO terus teguh dan dihormati.

    ReplyDelete
  7. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Perkara terbabit dibuktikan kemudiannya dengan pindaan Perlembagaan UMNO yang melibatkan penambahan dan pemansuhan beberapa fasal membabitkan peluasan jumlah perwakilan, penghapusan kuota, yuran, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan sebagai setiausaha bahagian.

    ReplyDelete
  8. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Najib membuktikan gerak kerja yang mantap dengan menjadikan dirinya sebagai contoh terbaik dalam pendekatan bersama rakyat dan menyelami permasalahan masyarakat. Pemimpin turun padang menjadi agenda utama dan keperibadiannya yang berjiwa rakyat berjaya ‘menutup mulut’ pihak lawan yang sebelum ini melakukan serangan peribadi terhadap beliau dan keluarganya.

    ReplyDelete
  9. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Sebagai seorang Perdana Menteri yang memahami aspirasi masyarakat, Najib sentiasa memikirkan hasrat untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. Antaranya ialah pendidikan yang bermutu bermula dari pra sekolah lagi, mengoptimakan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.

    ReplyDelete
  10. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Beliau juga sering menekankan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa menepati janji dan meletakkan masalah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.

    ReplyDelete
  11. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    “Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji,” katanya.

    ReplyDelete
  12. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Bukan itu saja, dalam tempoh empat tahun kepimpinan Najib sebagai nakhoda Malaysia, nama negara terus mekar malar di persada antarabangsa. Antaranya, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.

    ReplyDelete
  13. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Sementara Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, telah meletakkan Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing di dunia dan Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik selain International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.

    ReplyDelete
  14. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    “Mencapai status negara maju berpendapatan tinggi adalah matlamat kita. Apa yang mustahak, kita mahu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan kita sendiri, di mana kebahagiaan individu, keluarga dan masyarakat menjadi asas utama bukan semata-mata angkatunjuk ekonomi. “Oleh kerana itulah, Dasar Transformasi Negara digubal dan dilaksana bagi memastikan setiap rakyat Malaysia akan merasai nikmat kemajuan yang diusahakan,” tegas Najib.

    ReplyDelete
  15. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Tentunya, impian Perdana Menteri ini mempunyai kesinambungan yang akan diteruskan oleh generasi seterusnya dengan pendekatan mantap dan matang. Kesungguhan kepimpinan Najib sebagai pemimpin negara perlu dikekalkan dengan menghadapi apa jua rintangan dalam BN khususnya untuk berdepan dengan perang besar iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
  16. Berikut ialah ringkasan pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia

    Apa jua yang berlaku atau apapun persepsi serta manipulasi yang dilontarkan oleh pihak lawan, sewajarnya pertimbangan membuat penilaian menjadi keutamaan dengan kejayaan dan kegemilangan yang dilakar oleh Najib sebagai sandaran. Sesungguhnya hanya BN yang merealitikan janji ditepati untuk impian Wawasan 2020 sebagai kenyataan.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.