Wednesday, April 17, 2013

Senarai calon BN Sabah imbangi pembaharuan kesinambungan pembangunan negara

KOTA KINABALU: Gabungan calon muka baharu dan lama Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) penting bagi mengimbangi pembaharuan dan pengalaman yang dimiliki mereka dalam memimpin rakyat dan mentadbir kesinambungan pembangunan negara.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kehadiran muka baharu berupaya membawa pembaharuan kepada parti apabila terpilih mewakili rakyat.

"Gandingan muka baharu sebagai tenaga baharu dan membawa idea baharu, tetapi dalam masa yang sama kita mahukan orang lama yang bekerja yang pernah menjalankan tugas baik untuk ada kesinambungan wakil rakyat bagi memastikan kelancaran proses transformasi negara seperti yang dimahukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata setiap wakil rakyat termasuk calon yang dipilih seharusnya meneruskan kerja-kerja berkhidmat kepada rakyat terutama mengadakan program turun padang bagi memahami masalah mereka.

Beliau turut mengakui bahawa kebanyakan calon muka baharu yang dipilih merupakan kemunculan pertama kali yang harus diberi peluang berdasarkan pemikiran idea baharu golongan pelapis muda sementara muka lama tidak harus dipinggirkan.

"Setiap wakil rakyat (yang dipilih) harus memastikan setiap rakyat kawasan mereka tidak terbiar kerana kita mesti ada kesinambungan dan perancangan bagi setiap program yang telah dijalankan sampai dan penting memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Terdahulu, Musa menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Sabah yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Almain Ajirul, Pengarah Penyiaran Sabah Jalani Mahmud dan Pengarah JASA Sabah Abdul Manap Lakariba.

Pada sidang akhbar itu, Musa turut mengumumkan Datuk Raime Unggi sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Tenom.

Semalam, Musa ketika mengumumkan calon bagi Umno, parti yang menunjangi BN Sabah, mengemukakan enam muka baharu sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada pilihan raya umum kali ini.

Di Sabah sebanyak 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN dipertandingkan pada PRU13.

-- BERNAMA

Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 25 kerusi Parlimen dan 60 dewan undangan negeri Sabah untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Musa Aman pada Selasa.

PARLIMEN

1. Kudat : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno) 
2. Kota Marudu: Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS) 
3. Kota Belud : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno) 
4. Tuaran : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko - dicalon semula) 
5. Sepanggar : Datuk Jumat Idris (Umno - muka baharu) 
6. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS - muka baharu) 
7. Putatan : Datuk Marcus Mojigoh (Upko) 
8. Penampang : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko) 
9. Papar : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno) 
10. Kimanis : Datuk Anifah Aman (Umno) 
11. Beaufort : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno - bertukar kerusi) 
12. Sipitang : Datuk Sapawi Ahmad (Umno) 
13. Ranau : Datuk Ewon Ebin (Upko) 
14. Keningau : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS) 
15. Tenom : BELUM MUKTAMAD 
16. Pensiangan : BELUM UMUM 
17. Beluran : Datuk Ronald Kiandee (Umno) 
18. Libaran : Datuk Juslee Ajirol (Umno) 
19. Batu Sapi : Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS) 
20. Sandakan : BELUM UMUM 
21. Kinabatangan : Datuk Bung Moktar Radin (Umno) 
22. Silam : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno - bertukar kerusi) 
23. Semporna : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno) 
24. Tawau : Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS - muka baharu) 
25. Kalabakan : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno) 

DEWAN UNDANGAN NEGERI

1. Banggi : Abdul Mijul Unaini (Umno) 
2. Tanjong Kapor : BELUM UMUM 
3. Pitas : Datuk Bolkiah Ismail (Umno) 
4. Matunggong : Sarapin Magana (PBS) 
5. Tandek : Anita Baranting (PBS) 
6. Tempasuk : Datuk Musbah Jamli (Umno) 
7. Kadamaian : Datuk Herbert Langadan (PBS) 
8. Usukan : Datuk Seri Salleh Tun Said (Umno - dicalon semula) 
9. Tamparuli : Datuk Jahid Jahim (PBS) 
10. Sulaman : Datuk Hajiji Noor (Umno) 
11 Kiulu : Datuk Louis Rampas (PBS) 
12. Karambunai : Datuk Jainab Ahmad (Umno) 
13. Inanam : Datuk Johnny Goh Chin Lok (PBS) 
14. Likas : BELUM UMUM 
15. Api-Api : Datuk Yee Moh Chai (PBS) 
16. Luyang : BELUM UMUM 
17. Tanjong Aru : Datuk Edward Yong Oui Fah (PBS) 
18. Petagas : Datuk Seri Yahya Hussein (Umno) 
19. Kapayan : BELUM UMUM 
20. Moyog : Datuk Philip Benedict Lasimbang (Upko) 
21. Kawang : Datuk Gulamhaidar Khan (Umno) 
22. Pantai Manis : Datuk Abdul Rahim Ismail (Umno) 
23. Bongawan : Datuk Mohamad Alamin (Umno-muka baharu) 
24. Membakut : Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Umno) 
25. Klias : Isnin Aliasneh (Umno-muka baharu) 
26. Kuala Penyu : Limus Jury (Upko-muka baharu) 
27. Lumadan : Datuk Kamarlin Ombi (Umno) 
28. Sindumin : Ahmad Bujang (Umno) 
29. Kundasang : Datuk Joachim Gunsalam (PBS) 
30. Karanaan : Datuk Masidi Manjun (Umno) 
31. Paginatan : Datuk Siringan Gubat (Upko) 
32. Tambunan : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS) 
33. Bingkor : Kennedy Jie John@ Kenn (Upko - muka baharu) 
34. Liawan : Datuk Sairin Karno (Umno) 
35. Melalap : Datuk Radin Malleh (PBS) 
36. Kemabong : Datuk Rubin Balang (Umno) 
37. Sook : Datuk Ellron Angin (PBRS) 
38. Nabawan : Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Upko) 
39. Sugut : Datuk James Ratib (Umno) 
40. Labuk : Datuk Micheal Asang (PBS) 
41. Gum-Gum : Datuk Zakaria Mohd Edris (Umno) 
42. Sungai Sibuga : Datuk Seri Musa Aman (Umno) 
43. Sekong : Datuk Samsudin Yahya (Umno) 
44. Karamunting : BELUM UMUM 
45. Elopura : Au Kam Wah (Gerakan) 
46. Tanjong Papat : Datuk Raymind Tan Shu Kiah (Gerakan) 
47. Kuamut : Masiung Banah (Upko) 
48. Sukau : Datuk Saddi Abdu Rahman (Umno) 
49. Tungku : Datuk Mohd Suhaili Said (Umno) 
50. Lahad Datu : Datuk Mohd Yusof Apdal (Umno - muka baharu) 
51. Kunak : Datuk Nilwan Kabang (Umno) 
52. Sulabayan : Datuk Jaujan Sambakong (Umno - muka baharu) 
53. Senallang : Datuk Nasir Sakaran (Umno) 
54. Bugaya : Datuk Ramlee Marahaban (Umno) 
55. Balung : Datuk Syed Abas Syed Ali (Umno) 
56. Apas : Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Umno) 
57. Sri Tanjong : Fung Len Sui (PBS-muka baharu) 
58. Merotai: BELUM UMUM 
59. Tanjong Batu : Datuk Hamisa Samat (Umno) 
60. Sebatik : Datuk Muis Picho (Umno)

--BERNAMA 

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.