Wednesday, April 17, 2013

Sikap angkuh Yong Teck Lee bakal jadi punca kekalahan SAPP

Walaupun tarikh penting 5 Mei belum berlalu, namun petanda bahawa SAPP akan berkubur bersama-sama agenda populis mereka semakin jelas kelihatan. Walaupun di beberapa jalan utama sekitar bandaraya Kota Kinabalu ini kelihatan ratusan bendera SAPP berkibaran seolah-olah melambai-lambai kepada orang awam supaya turun mengundi parti nyamuk ini, namun ianya masih belum cukup untuk memukau rakyat Sabah yang pernah melalui zaman pemerintahan Yong Teck Lee.

Disebabkan pentadbiran Yong Teck Lee yang lebih banyak menceritakan tentang kegagalan berbanding dengan kejayaan, maka hari ini, Yong tidak ada pilihan lain bagi menaikkan populariti parti beliau melainkan menimbulkan isu-isu yang bersifat kenegerian. Jika diselusuri perjuangan SAPP sejak parti ini keluar dari gabungan Barisan Nasional, pasti semua rakyat sedar bahawa pemimpin-pemimpin SAPP lebih banyak bercerita mengenai keburukkan parti-parti lain berbanding dengan kejayaan Yong Teck Lee sepanjang beliau menduduki kerusi ketua menteri Sabah. 

Di musim pilihanraya seperti ini, sepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk meyakinkan rakyat bahawa SAPP mampu mentadbir negeri ini lebih baik dari BN. Namun disebabkan tidak ada apa yang boleh dibanggakan sepanjang parti ini membentuk kerajaan, maka tidak heranlah jika pemimpin-pemimpin SAPP lebih selesa berkempen di seluruh pelusuk negeri Sabah dengan hanya bergantung pada isu-isu kenegerian yang belum tentu mereka mampu laksanakan.


Selain ketiadaan isu yang lebih memihak kepada SAPP dan presidennya, parti ini juga terpaksa bergerak sendirian ekoran ketamakan Yong Teck Lee yang enggan berkompromi dengan parti pembangkang lain mengenai agihan kerusi. Malah, sejak kebelakangan ini, serangan SAPP lebih tertumpu kepada DAP berbanding dengan lawan sebenar mereka. Melihat kepada perkembangan ini, betullah kata para pemerhati politik bahawa kemunculan SAPP sebagai pembangkang pada PRU13 ini hanya sebagai "Pengacau Undi".

Dengan rekod buruk pentadbiran Yong Teck Lee disamping kegagalan mengadakan kesepakatan dengan parti-parti pembangkang yang lain, sepatutnya Yong Teck Lee tidak perlu bersikap angkuh apabila pemimpin DAP menimbulkan spekulasi kononnya SAPP akan menyertai semula BN jika SAPP menang PRU13 ini. Kenyataan Yong Teck Lee kononnya SAPP tidak akan kembali semula kepada BN (DISINI) benar-benar menunjukkan sikap angkuh beliau seolah-olah BN terdesak mahu bersekutu dengan parti nyamuk yang sebelum ini hampir membankrapkan Sabah.

Untuk pengetahuan Yong, SAPP bukan lagi "winnable party" bagi rakyat Sabah, sebaliknya menjadi makhluk perosak kepada negeri Sabah dan juga kepada mana-mana parti yang cuba dijadikan platform oleh SAPP untuk menaikkan populariti mereka. Ditambah pula dengan sikap Yong Teck Lee yang begitu tamakkan kuasa (jawatan Ketua Menteri) sehingga tergamak mengabaikan kerjasama yang dihulurkan Pakatan Rakyat sebelum ini. Semua ini akan menjadi pertimbangan rakyat untuk menguburkan SAPP pada pilihanraya umum kali ini dan seterusnya...

10 comments:

  1. rakyat Sabah tahu Ketua Menteri Sabah pada Disember 1997 ialah Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
  2. Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah selepas tempuh bumiputera Islam Tan Sri Sakaran Dandai (sekarang Tun) dan Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak.

    ReplyDelete
  3. Selama tempuh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun!

    ReplyDelete
  4. Selain kerugian yang didedahkan WHS, berikutan keputusan Yong Teck Lee mengarahkan 'share swap' pemilikan saham Warisan Harta dalam MISC sebuah syarikat yg dianggap memiliki saham 'blue chips' dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.

    ReplyDelete
  5. Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM200 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan keuntungan daripada right issues, kenaikan harga saham, dan dividen daripada MISC!

    ReplyDelete
  6. Saya juga difahamkan Yong Teck Lee juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.

    ReplyDelete
  7. Yong Teck Lee yang juga presiden parti SAPP sebuah parti komponen BN Sabah sejak ditubuhkan menjelang PRU 1994, telah pada bulan June 2008 keluar daripada Barisan Nasional, berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PM ketika itu, Tun Abdullah Badawi. Pada masa ini dua MP dari SAPP yang menang atas tikit BN pada PRU 12, menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  8. SAPP (Sayap Ayam Potong - Potong) dah gulung tikar dan lesap lah. Orang sabah dah sent clear message kepada dia....balik kampung dan retired. Barangkali dia boleh jual sayap ayam tu

    ReplyDelete
  9. Ini posting memang fitnah...tunggulah surat dari peguam..

    ReplyDelete
  10. Gud Bye lah SAPP..Close Shop Bankcrupt..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.