Monday, April 22, 2013

Skandal Rasuah Calon PKR Datuk Yahya Lampung

Pendedahan berikut adalah dari Paparazzi Sabahkini.net, bukan dari Borneo Bullet. Jika empunya badan tidak puas hati dengan pendedahan ini, ambillah tindakan segera terhadap portal Sabahkini. Malang buat PKR Sabah, konflik mengenai isu calon PKR masih hangat diperkatakan, kini menyusul pula isu calon PKR yang terpalit dengan skandal rasuah jutaan ringgit.

Datuk Yahya Lampung adalah calon PKR pilihan Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di Parlimen Papar (P.175) menentang Balon Bin Mudin dari STAR dan Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin dari BN. Jika pendedahan Paparazzi Sabahkini ini benar, bermakna calon PKR ini tidak menghadapi sebarang masalah dari segi kewangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti memancing undi di kawasan tersebut.

Jom layan pendedahan berikut:

HEBATNYA Datuk Yahya Lampung dalam arena politik Sabah umpama hebatnya Sekang @ Saddui @ Kadarau yang cantik bulunya tetapi mempunyai kentut yang terbusuk di dunia. 

Yahya Lampung telah mengisi setiap inci bumi politik Sabah sejak USNO sehinggalah kepada UMNO kerana memain peranan mega dalam hampir kesemua insiden penting dan tragedi memalukan di Sabah. 

Dari Rusuhan Kaum kepada menghalang Pairin mengangkat Sumpah sehinggalah kepada sabotag ekonomi Sabah ketika menyandang jawatan Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS). 

Yahya yang pernah memegang pelbagai jawatan terutama di peringkat Persekutuan sebagai Timbalan Menteri tetapi tidak sehebat ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi CIS kerana umpama tidur dalam 'Strong Room' Bank Negara Malaysia yang dilimpahi wang ringgit. 

Walaupun Yahya menerima jutaan ringgit setiap bulan hasil Konspirasinya dengan pembekal klinker dari Taiwan, namun sifat 'Lupa Daratan' Yahya begitu ketara kerana menganggap Kerajaan BN Sabah sebagai ‘COMMUNISM POLITICS’; tidak ubah seperti kata bidalan menggigit tangan yang menyuapkan makanan.


Mungkin Yahya lupa bahawa politik 'Komunis' Kerajaan Negeri Sabah juga yang telah melantik beliau sebagai Pengerusi CIS dengan elaun yang tidak mungkin mampu menampung kos beliau anak beranak terbang ke Seoul, Korea hanya untuk membeli DVD Winter Sonata dan bershopping sakan; melainkan melalui peluang rasuah yang diciptanya kerana 'Kontrak Rahsia' berada di dalam 'kuasanya' sebagai Pengerusi CIS. 

Tidak ramai tahu bahawa Yahya yang sebelum ini merupakan Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terlibat dengan Skandal Rasuah bernilai jutaan ringgit tanpa pengetahuan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah CIS. 

Perjanjian Perolehan dengan Syarikat Taiwan iaitu HUGH GROWTH CO sejak tahun 2009 sehingga kini bagi membekalkan bahan mentah yang dikenali sebagai ‘BULK CEMENT’ & ‘CLINKER CEMENT’ dengan nilai kontrak berjumlah USD 50 Juta Setahun. 

Skandal ini telah memberikan ‘Kemewahan’ dan secara tidak langsung telah membiayai survival politiknya bersama Pakatan Rakyat dengan wang yang diperolehi daripada Perjanjian Rasuah di antara Yahya bersama dengan Naib Presiden Hugh Growth Co iaitu Michael Wei Kang Chang (Warga Taiwan) yang melibatkan komisyen berjumlah USD2 sehingga USD3 bagi setiap tan metrik agar kontrak pembekalan di antara dua entiti ini tidak terputus.


Bagi memadam jejak bertapak SPRM, Yahya menggunakan menggunakan proksinya, Faridah Ibrahim (580429-60-5058) yang beralamat di 99, Jalan Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur. Tetapi mudahkah SPRM diperdaya? Melainkan jika turut menerima bayaran pengkeras?


Warga Brunei yang mendapat taraf penduduk tetap ini ialah isteri ketiga Yahya telah dilantik sebagai Agen Perunding Pemasaran oleh HUGH GROWTH telah memberikan ‘Kelebihan’ kepada Yahya; wal hal hakikatnya pemegang MyPR tersebut tidak pernah sekalipun menjalankan tugasnya sebaliknya memperolehi imbuhan serta faedah kewangan secara rasuah bernilai jutaan ringgit. 

Papparazzi akan mendedahkan bukti pergerakan kewangan ‘Haram’ ini dalam masa terdekat bagi membolehkan para pengundi di Parlimen Papar tidak tersalah pilih calon bak kata pepatah; pilih-pilih langsat, terpilih bangsat!.

16 comments:

  1. jgnlah sokong calon seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Ini semua palsu dan tuduhan ini tidak berasas..

    ReplyDelete
  3. Jangan takut datuk yahya..lebih 70% penduduk benoni, kawang, beringgis dan pengalat akan undi datuk..kasi kuat saja undi org dusun dan cina...ini kali la..

    ReplyDelete
  4. Hasil survey special task force..kebarangkalian pkr menang kerusi parlimen papar adalah 60/40. Inilah akibat bn salah pilih calon..

    ReplyDelete
  5. Org sama di dun kawang pilih datuk ghulam menang adun dan datuk yahya menang parlimen..gandingan yg mantap dan mesra rakyat.. tidak spt bekas yb yg batang hidung pun jarang nampak walau pun orangnya agak plumb..

    ReplyDelete
  6. Hidup datuk yahya..ini kali lah..

    ReplyDelete
  7. Ini kalila kau rosnah...baru buku bertemu ruas...macam kau lawan tun mustapha juga..

    ReplyDelete
  8. Siapa tidak kenal datuk yahya.dulu pkr letak calon ayam mati pun bole dapat 5778 undi..ini kali majoriti rosnah sebanyak 9000 lebih akan tebalik kpd majoriti 1500 kemenangan yahya lampong..apa kami rasa oren

    ReplyDelete
  9. Saya rasa siapa yg banyak tabur akan manang..

    ReplyDelete
  10. Kami penduduk di tanaki akan sukung datuk y.

    ReplyDelete
  11. Silap2 pengarang yg bau kentot macam suduk..wakaka..

    ReplyDelete
  12. Yb mesti rajin turun padang bukan kasi projek sama kroni saja..ini kali la

    ReplyDelete
  13. Datu yahya confom menang
    .siapa berani bet..kasi pelayang lagi..

    ReplyDelete
  14. Jangan dilayan paparazi ini..silap2 dia yg kasi mati lady diana..hidup datok yahya..

    ReplyDelete
  15. jadi, manang lah kunun datu yahya..???? apa ko rasa...oren kan?

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.