Wednesday, July 31, 2013

Kerajaan Berjaya Tangani Krisis Diesel Ketika Pembangkang Sibuk Berpolitik

Berdasarkan perkembangan terbaru mengenai bekalan diesel di Sabah, penyelesaiannya tidaklah serumit sehingga terpaksa membangkitkan fakta-fakta disebalik perjanjian dan Akta Petroleum, mempertikaikan penubuhan ESSCOM dan ESSZONE yang baru sahaja ditubuhkan, serta tidak perlu menghina rakyat Sabah sebagai "bodoh" hanya kerana majoriti rakyat di negeri ini memilih kerajaan BN pada Pilihanraya Umum yang lalu. Kepantasan kerajaan menyelesaikan krisis diesel ini sekaligus membuktikan bahawa semua omongan pembangkang mengenai kekurangan diesel ini sekadar mengundang persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama cuba mempromosikan parti mereka sedangkan mereka sendiri hanya menyedari kelemahan-kelemahan itu selepas ianya berlaku.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek, Bekalan minyak diesel bersubsidi di Sabah kembali pulih seperti biasa. Beliau berkata tinjauan di depot minyak Shell dan Petronas mendapati bekalan adalah mencukupi sepanjang musim perayaan ini. Jesteru rakyat tidak perlu risau terutama sekali bagi penduduk yang beragama Islam kerana suasana perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi TIDAK akan terjejas. Penulis nasihatkan supaya rakyat tidak bergantung sepenuhnya dengan laporan atau kenyataan ahli politik pembangkang kerana apa sahaja yang mereka ungkapkan jarang sekali bertepatan dengan fakta sebenar. Malahan, pembangkang juga tidak pernah melakukan kajian terperinci mengenai permasalahan-permasalahan yang MUNGKIN akan dihadapi oleh rakyat dikemudian hari. Seperti isu kekurangan diesel ini, pembangkang sebenarnya hanya bermain dengan persepsi yang kemudiannya diterjemahkan sebagai jawapan untuk dinilai oleh rakyat.

Penulis sendiri meragui bagaimana Jeffrey Kitingan begitu yakin bahawa kekurangan diesel di Sabah berkait rapat dengan kelemahan ESSCOM dan ESSZONE. Apakah kaedah atau kayu pengukur yang digunakan oleh beliau untuk mengukur sejauhmana keberkesanan pasukan yang berada dalam kawasan dan zon keselamatan pantai timur Sabah? Pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan itu bukan sahaja mengendalikan tangkapan penyeludup barangan seperti diesel tetapi juga pendatang tanpa izin. Memang benar berlaku aktiviti penyeludupan sejak dulu lagi dan pasukan keselamatan sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengawal setiap inci sempadan Sabah yang luas. Namun, itu tidak bermakna bahawa ESSCOM tidak efektif atau tidak memainkan peranan untuk membanteras penyeludupan. Selain berdepan cabaran mengawal pesisir pantai sepanjang 1,400 kilometer dari Kudat ke Tawau, pasukan keselamatan di ESSCOM juga perlu mengawal 486 buah pulau. Jesteru, jika Jeffrey Kitingan berada dalam situasi ini, apa pula yang akan beliau lakukan bagi menangani 100% masalah penyeludupan, pendatang tanpa izin dan pencerobohan pengganas?

Tidak seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang enggan mengakui kelemahan, pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek tetap akur dengan keperluan penambahbaikan pasukannya. Menurut beliau, mereka akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan, membuat penjajaran dan menempatkan pos kawalan termasuk memikirkan penambahan pos kawalan sedia ada dan tambahan pos kawalan gabungan antara anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Malah, Esscom turut merancang untuk meningkatkan keupayaan aset bagi kegunaan pasukan keselamatan selain memantapkan lagi risikan. Di pihak pembangang? apa pula sumbangan mereka selain dari berkempen dan menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"?..

Mengenai perjanjian petroleum yang kononnya Sabah akan memiliki royalti sebanyak 20% sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri (DISINI), bagaimana ianya boleh dilaksanakan jika Petronas hanya untung 16% (DISINI)? Lebih pelik lagi, bagaimana isu royalti ini boleh menyumbang kepada kekurangan diesel di Sabah sedangkan pemberian 5% royalti kepada Sabah sudah diputuskan sejak tahun 1976 lagi, bukan tahun lepas atau bulan lepas.. Jesteru, kenapa hanya pada tahun 2013 barulah kesannya dapat dilihat? Jika bagi penulis blog "Legal and Pruden" bahawa Sabah layak memperolehi 100% minyak, kenapa beliau sendiri tidak jalankan sahaja operasi mencari dan menggali minyak tanpa memerlukan bantuan syarikat besar? Dalam hal ini siapa sebenarnya bodoh? rakyat Sabah atau penulis L&P?

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.