Wednesday, November 21, 2012

Rahman Dahlan akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup

Pengarah Strategi PKR Ramli Rafizi perlu berhenti menganggu Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman itu, kata setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar), sambil menambah beliau akan mendedahkan surat-menyurat rasmi daripada agensi anti-rasuah itu Khamis ini untuk membuktikan mereka telah menutup kes atas kehendak mereka sendiri.

“Saya akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup. Saya mempunyai dokumen yang beliau buru ... Saya akan dedahkan dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari Khamis ini,” kata ahli parlimen Kota Belud itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas rancangan Rafizi untuk mengetuai misi empat orang ke Hong Kong bagi mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) membuka semula siasatan rasuah terhadap Musa dan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.

Beliau memanggil Rafizi sebagai “pelakon” dan “munafik”, taksub dengan “lakonan politik” untuk menganjurkan perjalanan tersebut hanya kerana enggan untuk mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC yang menyiasat perkara itu dengan teliti dan menggugurkan kes atas sebab-sebab sah.

Abdul Rahman menuduh Rafizi mengamalkan sikap berat sebelah kerana tidak mempercayai keputusan SPRM menutup kes Musa tetapi menerima keputusan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) di akhir 1990-an menghentikan siasatan mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengawal RM3 bilion dalam akaun bank.

“Berhenti, berhenti menjadi seorang pelakon. Ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana menyebut tentang Ketua Menteri Sabah (Musa),” katanya kepada Rafizi.

Jika Rafizi berkeras untuk ke Hong Kong, Abdul Rahman berkata beliau akan memadankan sandiwara lelaki PKR itu dengan mengutip derma untuk terbang ke UK, AS dan Singapura bagi menggali dakwaan skandal RM3 bilion terhadap Anwar.

“Gali tentang apa yang berlaku kepada RM3 bilion ... selepas anda (Rafizi) selesai urusan di Hong Kong, ambil penerbangan ke United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

“Jika dia (Rafizi) tidak mempunyai wang, saya bersimpati dengannya ... Saya akan cuba mengumpul dana di kalangan ahli-ahli Umno, memulakan dana ... ‘Tabung Pembongkaran RM3 bilion’ semasa mesyuarat agung tahunan Umno minggu hadapan dan mendapatkan ahli menderma bagi membelikan beliau tiket penerbangan, “kata Abdul Rahman.

Beliau terus menegaskan bahawa ICAC dan SPRM tidak melanggar mana-mana prinsip dalam mengarahkan siasatan terhadap Musa ditutup, sambil menambah kedua-dua agensi itu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat keputusan.

Wakil daripada ICAC terbang ke Sabah tahun lepas untuk bertemu secara peribadi dengan Musa, yang menawarkan kerjasama penuh, tambah Abdul Rahman.

“Seterusnya, SPRM, bersama-sama dengan ICAC membuat kesimpulan bahawa tiada kes oleh kerana tuduhan tidak mapan.

“Sekarang, mengapa Rafizi tidak percaya dengan SPRM kali ini tetapi percaya ketika mereka masih dikenali sebagai BPR? Itu adalah persoalan asas,” katanya.

Rafizi dan tiga penggubal undang-undang PKR lain merancang bertemu dengan ICAC dan beberapa ahli parlimen Hong Kong semasa perjalanan dua hari bermula hari ini untuk menyiasat keadaan menyebabkan ICAC menutup kes terhadap Musa.

Pengarah strategi PKR percaya siasatan mungkin ditutup atas sebab-sebab meragukan seperti kegagalan memujuk SPRM bekerjasama dengan agensi tersebut.

7 comments:

  1. Pembangkang dengan pembohongannya pasti akan ketahuan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah diketahui pun.. rafizi pun gagal memberikan bukti2 kukuh kepada ICAC.. minta tempoh tiga minggu pula tu..

      Delete
  2. Rafizi perlu berhenti dan terima kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika Pakatan memerintah, pasti SPRM akan dihapuskan dan digantikan dengan NOW.. masa tu barulah rakyat akan menyesal tak habis2.. masa tu jika ada rakyat yang tertindas angkara rasuah pemimpin2 Pakatan, jangan harap mereka akan membela nasib rakyat..

      Delete
  3. macam2 sudah penjelasan diberikan, namun Rafizi dan penyokong2nya masih juga menuntut penjelasan dan masih terus menegakkan pembohongan..

    ReplyDelete
  4. isu ini sebenarnya sudah selesai.. tidak perlulah surat ICAC dijadikan bukti.. jika pembangkang yakin wujud unsur2 rasuah, dedahkan saja bukti2 baru..

    ReplyDelete
  5. akaun RM3 bilion Anwar juga masih banyak keraguan yang belum terjawab.. malah Anwar sehingga hari ini gagal mengambil tindakan undang2 terhadap Abdul Murad.. kenapa isu itu tidak dibangkitkan oleh Rafizi?

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.