Thursday, December 13, 2012

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

STATUTORY DECLARATION
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:
Baca SD penuh Lajim Ukin (DISINI)

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal; - Lajim Ukin

Jika begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Lajim, bermakna hasil siasatan ICAC dan SPRM juga tidak benar? Sudah berkali-kali dijelaskan bahawa kenyataan Nazri adalah berdasarkan siasatan kedua-dua badan pencegahan rasuah. Beliau hanya membaca jawapan yang diberikan kepadanya di Parlimen. Sebaliknya, yang menyiasat dan menutup kes itu adalah BADAN PENCEGAHAN RASUAH, bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jika Lajim yakin bahawa kenyataan itu menyeleweng dan tidak benar, kenapa bukan beliau saja yang terbang ke Hong Kong dan jadi saksi dihadapan pegawai-pegawai ICAC bahawa wujud keraguan dalam kes tersebut? Malah Lajim mendakwa wujud salahguna kuasa dalam penganugerahan lesen pembalakan di Sabah yang menguntungkan beberapa orang, tapi kenapa dia tidak sebut nama orang itu? Jika kita bandingkan akuan bersumpah Lajim Ukin dan akuan bersumpah Abdul Murad (DISINI) berkenaan dengan akaun RM3 bilion yang dikawal oleh Anwar Ibrahim, akuan bersumpah Abdul Murad bersifat lebih "berani" dan meyakinkan kerana turut disertakan butiran terperinci seperti nama penyumbang serta nilai dana.

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah; - Lajim Ukin

Apa peranan Lajim sebagai Timbalan Ketua Menteri? Adakah beliau hanya menjadi pemerhati kepada penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri Sabah? atau Lajim juga telah mendapat tempias hasil balak-balak ini memandangkan beliau adalah "Timbalan" kepada Ketua Menteri?

Memandangkan Lajim tahu mengenai "proses" mengkayakan kroni di Sabah melalui hasil balak, saya juga boleh simpulkan bahawa Lajim juga turut mendapat manfaat hasil dari balak-balak ini sepanjang beliau berada dalam umno. Sebagai politician yang berpengalaman, malah duduk bersama-sama pemimpin BN yang hari ini dituduhnya sebagai menyeleweng, tidak mustahil Lajim Ukin juga terpalit sama dalam skandal ini. Sebab itu Lajim enggan dedahkan nama atau membuat laporan polis atau SPRM berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin BN negeri Sabah.

Seperkara lagi yang amat menjengkelkan saya ialah, apabila Lajim menggunakan istilah "mengesyaki" dalam akuan bersumpah beliau. Apa pula pandangan Lajim jika ada pemimpin BN yang membuat akuan bersumpah dengan "mengesyaki" bahawa Lajim menyeleweng peruntukkan kerajaan Pusat yang sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur di Beaufort??

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah; - Lajim Ukin

Dalam akuan bersumpah ini, Lajim turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah. Tapi bagaimana pula Lajim tahu dari mana datangnya sumber dana ini sehingga kepada proses "penyucian" wang tersebut di luar negara yang kemudiannya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik Sabah?

Lengkap sangat skrip Lajim Ukin kononnya balak-balak itu dijual pada harga yang rendah, kemudian disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke akaun-akaun di luar negara. Tapi bila ditanya mengenai dana itu, boleh pula dia jawab "saya tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah".

Sebenarnya, Lajim sudah lama menyimpan dendam kesumat terhadap Ketua Menteri Sabah, malah tanda-tanda itu sudah wujud ketika PRU 2008 apabila Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dibenarkan melawan beliau (Lajim). Namun, Lajim terpaksa bertahan dalam umno untuk beberapa tahun kerana masih banyak projek-projek kerajaan yang belum "dikebas" oleh beliau.

Sifat "gunting dalam lipatan" Lajim Ukin sebenarnya sudah dihidu awal oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang lain. Sebab itu Lajim tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini kerana khuatir beliau akan menjadi liabiliti kepada BN Sabah. Dan mungkin sebab itu juga Lajim disisihkan dari mengetahui apa sahaja hal ehwal parti kerana dikhuatiri "kain" umno akan diselak seluas-luasnya menggunakan "gunting" berkarat Lajim Ukin untuk tatapan pembangkang.
 

By: Borneo Bullet

Wednesday, December 12, 2012

Siapa Joseph Lakai?

Lihat dan nilailah sendiri betapa terdesaknya Timbalan Pengerusi SAPP Joseph Lakai sehingga tergamak membelakangkan penulis asal artikel 13,215 days ago dengan mengguna-pakai artikel tersebut tanpa menyatakan sumber asal, sebaliknya Joseph Lakai dengan bangganya menggunakan nama beliau sendiri seolah-oleh artikel tersebut ditulis sepenuhnya oleh beliau.
By Capt Joseph Lakai
What is the difference between five percent and 20 percent? Well, anyone who has half a brain and who had not been asleep during math class in school will tell you that the answer is 15 percent – which is 20 minus five!

Let us convert this to figures and let us hypothesise the figure as RM10 billion. Five percent of RM10 billion is RM500 million. Therefore 20 percent is exactly four times that amount. Twenty percent is therefore RM2 billion – witness how vast this difference is now....

Sumber: 1976 plane crash: The unanswered questions

Tarikh: 7 Desember 2012

By Hakim Joe
What is the difference between 5% and 20%? Well, anyone who has half a brain and who had not been asleep during math class in school will tell you that the answer is 15%, as in 20% minus 5%.

Let us convert this to figures and let us hypothesize the figure as ten billion Ringgit. 5% of ten billion is half a billion and 20% is exactly four times that number, i.e., two billion Ringgit. Witness how vast this difference is now....
Sumber:  13,215 days ago

Tarikh: 11 Ogos 2012
Bagaimana dua artikel yang mempunyai banyak persamaan dari segi ayat boleh ditulis oleh dua orang penulis yang berbeza? Malah, persamaan artikel yang kononnya ditulis oleh Joseph Lakai bukan setakat pada ayatnya, malah jumlah hitungan hari antara tarikh tragedi "Double Six" berlaku sehingga tarikh artikel itu ditulis tidak langsung diubah oleh Joseph Lakai.

Amat mustahil jika persamaan ini adalah satu kebetulan. Lebih-lebih lagi apabila penulis asal artikel itu sendiri telah membuat penjelasan melalui artikel Who is Capt. Joseph Lakai?. 

Dengan terkantoinya Timbalan Pengerusi SAPP Joseph Lakai yang cuba menonjolkan dirinya sebagai pejuang rakyat dengan mengambil kesempatan atas usaha pihak lain, maka dapatlah disimpulkan bahawa perjuangan suci, tulus, murni SAPP selama ini hanya palsu semata-mata, bukannya lahir dalam diri mereka sendiri. 

By: Borneo Bullet

Tuesday, December 11, 2012

SAPP Bukan Ambil Kesempatan?


"Rahsia di sebalik pergerakan "In Remembrance And Justice For Adik Norikoh" di Pekan Kota Marudu pada Ahad lalu, adalah satu anjuran simbolik daripada SAPP CLC N.5 Tandek, khusus untuk memperingati pemergian Norikoh yang ke 14 hari. Kami tiada niat langsung untuk membuat "Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan." Tujuan kami adalah ikhlas.

Mesej yang sebenar kami ingin sampaikan adalah soal kesedaran dan keselamatan khusus buat seluruh rakyat Kota Marudu dan khasnya rakyat di Sabah, di mana setiap ibu/bapa terutama sekali kepada mereka yang mempunyai anak 'sumandak' supaya jangan sesekali ikut orang yang tidak dikenali.

Nah, akibatnya, inilah yang telah berlaku terhadap adik Norikoh sehingga kematiannya tiada seorang pun yang sanggup bertanggungjawab." - Sabahkini
Murni sungguh hati ahli-ahli SAPP sehingga sanggup menganjurkan kempen kesedaran dan keselamatan khas untuk rakyat Sabah sebaik berlaku kes pembunuhan yang melibatkan anak jati Sabah. Mana lagi kita mahu cari parti politik yang memiliki sikap ambil berat terhadap keselamatan rakyat Sabah seperti SAPP? 

Tidak ada parti politik di Malaysia setakat ini yang sanggup mendahului siasatan pihak polis semata-mata mahu menunjukkan kemurnian hati pemimpin-pemimpinnya.  Tidak ada parti politik di Malaysia setakat ini yang berkobar-kobar semangatnya mahu memperjuangkan isu-isu keselamatan sebaik tragedi itu berlaku.

Saya memuji, menghormati dan menghargai "keikhlasan" SAPP dalam memperjuangkan isu-isu keselamatan rakyat di negeri ini. Tapi untuk bersetuju bahawa SAPP BUKAN mengambil kesempatan, amat jauh terlintas di fikiran saya. Bagaimana dengan kes-kes pembunuhan di Sabah yang lain? kenapa tidak ada seorangpun dari pemimpin-pemimpin SAPP yang sudi mengibarkan banner atau menganjurkan perarakan bagi memperingati atau untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa? Ikhlas sangatkah perjuangan mereka apabila kes "tertentu" sahaja yang mereka bangkitkan untuk tatapan rakyat Sabah?

Sikap SAPP mengkontroversikan tragedi yang menyayat hati ini menunjukkan seolah-olah hanya satu kes pembunuhan sahaja yang berlaku di Sabah sepanjang tahun ini. 

Sepatutnya Yong Teck Lee yang sebelum ini pernah disaman oleh Harris kerana mempolitikkan tragedi "Double Six" tampil menasihatkan ahli-ahlinya supaya tidak mengikut jejak langkah beliau serta belajar untuk menghormati keluarga mangsa yang masih dalam "kejutan" agar tidak mengganggu ketenteraman keluarga berkenaan.

Ketika pihak polis sibuk menjalankan siasatan, disitu jugalah ahli-ahli SAPP sibuk menaikkan banner dan berarak konon untuk memperjuangkan keadilan kepada mangsa pembunuhan. Seolah-olah tidak wujud polis di negeri ini, atau seolah-olah pihak polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Kalaupun ahli-ahli SAPP tidak mampu menyembunyikan sikap "tanggungjawab" mereka ekoran Pilihanraya Umum semakin hampir, mereka masih boleh memainkan peranan mereka tanpa perlu menjadikan kes ini sebagai modal untuk mendapatkan sokongan politik. Cukuplah SAPP bekerjasama dengan pihak polis supaya si pembunuh dapat diberkas secepat mungkin atau mungkin membantu keluarga mangsa samada dalam bentuk kewangan atau sokongan moral.

By: Borneo Bullet

Monday, December 10, 2012

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

Rafizi Ramli, calon PKR untuk Parlimen Pandan yang dikatakan berpeluang cerah menewaskan Ong Tee Kiat di kawasan tersebut, masih berusaha untuk menonjolkan nama dan dirinya dalam arus politik negara. Selepas ‘kejayaan’ hampir memufliskan NFCorps dan menggelapkan kerjaya politik bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, Rafizi Ramli mencuba pula nasibnya di Sabah.

Isu wang rasuah RM40 juta cuba digembar-gemburkan dengan bantuan jentera-jentera propaganda PKR dan Pakatan Rakyat yang akan menggerakkan isu berkenaan secara bersepadu dalam tempoh beberapa hari lagi. Mangsanya adalah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Sabah dilihat sebagai deposit untuk ke Putrajaya. Sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sabah dari tangan UMNO-BN, peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya adalah lebih cerah. Pun begitu, PKR dan Pakatan Rakyat perlu berhadapan dengan rintangan yang sangat besar untuk menawan Negeri Di Bawah Bayu ini iaitu Datuk Musa Aman, orang yang telah berjaya meletakkan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang berdaya saing di Malaysia. Bahkan simpanan tunai Sabah pada tahun 2011, berkali-kali ganda lebih tinggi banyaknya berbanding simpanan tunai Selangor. Begitu juga dengan jumlah dan nilai kemasukan pelaburan ke Negeri Sabah, tercatat sebagai yang paling tinggi berbanding mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

Tidak banyak isu yang boleh digunakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghentam Musa Aman. Walaupun terdapat isu-isu seperti pemimpin-pemimpin tak ada gigi melompat parti, ianya juga bukanlah isu besar, memandangkan pemimpin-pemimpin berkenaan terdiri daripada mereka yang sememangnya bermasalah dan tidak lagi dikehendaki oleh rakyat sebagai wakil mereka, sama ada di Parlimen, mahupun di Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini, PKR merupakan pihak yang paling kuat memainkan isu Scorpene, kapal selam yang mereka dakwa tidak boleh menyelam, tidak boleh menembak peluru berpandu dan tidak boleh belayar sendiri kecuali didayung dengan menggunakan tangan.

Dengan menggunakan bantuan daripada SUARAM, proksi haram sebuah syarikat yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Zionis, PKR cuba mencipta persepsi di kalangan rakyat Malaysia bahawa pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan hanyalah satu pemborosan dan penyelewengan wang rakyat.

Bukan main lagi sembang PKR dan Rafizi Ramli tentang Scorpene sehingga timbul cerita kononnya, mahkamah Perancis akan mengadakan perbicaraan berhubung pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan. Namun akhirnya, kebenaran terbukti yang kerajaan dan pihak berkuasa Perancis tidak melayan pun pembohongan Anwar Ibrahim dan PKR. Bahkan perbicaraan yang dikatakan akan diadakan itu, langsung tidak wujud.

Biarpun SUARAM dan Anwar Ibrahim berulang-ulang kali menekankan bahawa memang ada perbicaraan di Mahkamah Perancis dengan menyebut Najib Abdul Razak serta Zahid Hamidi merupakan antara yang akan disapina untuk memberi keterangan, namun cerita sebenar sudahpun diketahui. PKR dan SUARAM ternyata adalah pembohong besar.

Kali ini, perkara yang sama juga berlaku melibatkan RM40 juta dari Hong Kong yang digunakan untuk acara politik UMNO Sabah. Bersungguh-sungguh benarlah Rafizi Ramli dan PKR untuk membina persepsi bahawa mereka telah berjaya membuktikan bahawa wang tersebut adalah wang rasuah UMNO Sabah atau lebih tepat lagi, Ketua Menteri Sabah (setaraf dengan tuduhan Anwar Ibrahim yang makan duit daripada agen-agen luar negara).

Yang pastinya, penipuan ala-ala Scorpene akan berulang dalam kes ini. Buktinya, pada ketika PKR menyatakan bahawa mahkamah Hong Kong akan membicarakan kes tersebut, ahli perniagaan balak Michael Chia dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan. PKR menerusi mulut Rafizi Ramli menyatakan bahawa kes tersebut dibubarkan ekoran tiada sebarang kerjasama daripada Kerajaan Malaysia.

Walhal secara logiknya, kes tersebut berlaku di Hong Kong dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa di Hong Kong sama ada untuk mempengaruhi keputusan mahkamah atau perundangan, apatah lagi menyelamatkan Michael Chia daripada didakwa. Malah pegawai-pegawai ICAC sendiri pernah datang ke Sabah untuk melengkapkan siasatan mereka selama sebulan, namun hasil siasatan tetap tidak menemui sebarang petunjuk bahawa wujud unsur-unsur rasuah dalam kes berkenaan.

Rafizi Ramli akan tetap menggunakan modal kononnya kempen sedang dijalankan untuk mempengaruhi badan perundangan Hong Kong untuk membuka semula kertas siasatan, kononnya untuk menjaga imej badan anti rasuah Hong Kong, ICAC agar tidak dimalukan kerana tidak menyiasat dan membicarakan kes yang dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai rasuah.

Keputusan akhirnya seperti yang diketahui… akan sama seperti kes Scorpene di Perancis!


Siasat bertahun-tahun, akhirnya pembohongan Pakatan Rakyat juga yang tersembul keluar...

Sumber: Selangor Daily

Sunday, December 9, 2012

Kedudukan Malaysia Dalam CPI Meningkat

Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata, kedudukan itu perlu dibanggakan kerana ia merupakan kali pertama Malaysia menunjukkan peningkatan dalam indeks tersebut. 

“Selalunya kedudukan kita menurun, kedudukan yang dicapai kali ini dipengaruhi oleh pelbagai pembaharuan dan tindakan yang dibuat kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ada iltizam politik,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Akhbar yang juga bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Perlis dan Negeri Sembilan berkata penubuhan 14 buah mahkamah khas rasuah juga mempercepat penyelesaian sesuatu kes rasuah.

“Pelaburan dari negara luar akan bertambah kerana mereka akan melihat kepada CPI negara terbabit sebelum membuat pelaburan, usaha-usaha yang baik perlu diteruskan dan perlu kerja kuat untuk meningkatkan aktiviti pencegahan rasuah,” katanya.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata kejayaan itu menunjukkan tanda positif dan ia merupakan tapak yang baik untuk Malaysia terus memperbaiki kedudukan dalam CPI pada tahun-tahun akan datang.

“Kita di IIM sangat bangga kerana ia menunjukkan peningkatan, kalau trend ini berterusan dan tiada noktah saya jangka kedudukan akan menjadi lebih baik tahun depan.

“Ada yang kata mungkin perubahan ini disebabkan metodologi yang berbeza diguna pakai pada tahun ini, tetapi walau apa pun kayu ukuran yang diguna, bila ia menunjukkan penambahbaikan, kita harus bangga,” katanya.

Beliau berkata ikrar integriti korporat di mana syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah menandatangani ikrar tersebut secara sukarela bahawa mereka tidak akan mengambil rasuah ketika berurusan juga menggalakkan indeks tersebut meningkat.

“Sebanyak 150 lebih syarikat besar yang sudah menandatangan, IIM berusaha dengan GLC di negara ini supaya ia akan menjadi satu tadbir urus korporat yang baik,” katanya.

Beliau berkata selain itu, program Ketua Pegawai Integriti di mana pegawai akan diberi latihan selama enam bulan di Pusat Latihan SPRM akan ditempatkan di agensi yang mengambil bahagian bukan sahaja untuk memantau tugas audit dalam tetapi lebih daripada itu termasuk penilaian kakitangan.

Transparensi Antarabangsa Malaysia (Ti-M) semalam mengumumkan bahawa Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam CPI tahun ini berbanding tangga ke-60 tahun lalu dan mendapat 49 dari 100 mata pada kaji selidik yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara.

Malaysia juga berada di ranking ketiga di kalangan negara Asean di belakang Singapura yang memperoleh 87 mata diikuti Brunei Darussalam di tempat kedua dengan 55 mata. (Bernama)

Wednesday, December 5, 2012

BN Adalah "Winnable" Parti Di Sabah

Barisan Nasional (BN) adalah parti yang "winnable" atau boleh menang di Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya percaya dengan adanya kerjasama padu di kalangan parti komponen, BN Sabah akan meraih kemenangan yang selesa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita kena ingat dalam pilihan raya yang ke-12 kita hanya kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun (dewan undangan negeri)..jadi 'benchmark' kita tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'Alien Menchari Chinta' di kampus induk Universiti Malaysia Sabah, Likas, dekat sini Rabu.

Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai 'fixed deposit' akan menjadi penyumbang besar.

Sumber: Bernama

Tuesday, December 4, 2012

Pengundi Muda Perlu Berfikiran Terbuka

Pengundi muda di Sabah perlu berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu perkara dengan melihat dari segi jangka panjang dan tidak terlalu mengikut emosi, kata Ketua Umno Bahagian Ranau, Sabah Datuk Masidi Manjun.

"Justeru saya berharap semua pengundi muda di Sabah dapat berfikiran terbuka dalam memilih pemimpin yang boleh memberi jaminan kepada masa depan mereka dan bukannya mempertaruhkan sokongan kepada pihak yang boleh merosakkan bangsa dan negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno di sini, pada Jumaat.

Masidi, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata para pemimpin di negeri itu tidak mempunyai masalah dengan pengundi muda berikutan sikap keterbukaan yang diamalkan selama ini.

"Sikap keterbukaan merupakan kunci utama pemimpin untuk mendekati golongan muda dan sikap seperti itu sudah tertanam dalam diri semua pemimpin di Sabah sejak dulu. Kita seringkali menganjurkan acara melibatkan semua golongan muda," katanya.

Masidi berkata pengundi muda Sabah seharusnya tidak mempunyai masalah menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 kerana kerajaan yang ada sentiasa menjaga hak mereka dengan baik.

Mengulas ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai penglibatan golongan muda dalam pilihan raya umum ke-13, Masidi berkata golongan muda perlu diberi peluang menonjolkan bakat untuk menjadi pemimpin kerana ia adalah proses meremajakan parti.

"Perkara itu perlu dilakukan kerana golongan muda merupakan pelapis untuk masa depan parti," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata parti perlu mendidik pemimpin muda secara sistematik dan memilih golongan muda yang mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin.

"Kita perlu melihat apa yang dilakukan di beberapa negara, contohnya China. Mereka mendidik pemimpin muda secara sistematik untuk dijadikan pengganti pemimpin yang sudah berumur...oleh itu proses untuk menggantikan pemimpin yang sudah tua dapat dijalankan dengan senang," katanya. (Bernama)

Monday, December 3, 2012

Pengakuan Nurul Izzah dan Konflik PR Sabah

Menurut blogger DKMSabah, Nurul Izzah telah datang ke Sabah pada 02/12/2012  bagi menyampaikan ceramah beliau kepada pengundi-pengundi sekitar Ranau yang bertempat di Cottage Hotel Kundasang.

Namun yang menariknya lawatan Nurul Izzah ke Sabah menurut penulis blog berkenaan adalah bukan pada program Nurul Izzah di Ranau, sebaliknya berkenaan dengan perjumpaan tertutup yang disifatkan penulis sebagai perjumpaan sulit antara Nurul Izzah dan ahli-ahli Pakatan Rakyat bertempat di Yaho Hotel Sembulan Baru. Dua perkara penting yang berjaya didedahkan oleh blog DKMSabah ialah seperti berikut;  

  1. Nurul Izzah mengakui bahawa kenyataan kontroversi beliau berkenaan dengan isu kebebasan beragama adalah "tidak sengaja". 
  2. Kepincangan PR Sabah berhubung dengan isu calon PRU13. Malah turut didedahkan bahawa ada kalangan ahli yang akan keluar meninggalkan parti jika tidak dicalonkan.
Dengan pengakuan "tidak sengaja" oleh Nurul Izzah berkenaan dengan kenyataan kontroversi beliau, masih terujakah rakyat Sabah mendengar setiap tutur katanya dalam setiap ceramah yang dikendalikan oleh beliau? Pendedahan ini adalah gambaran jelas bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sememangnya memiliki kelebihan tersendiri iaitu mulut mereka lebih laju dari otak mereka berfikir. Bila kena pada batang hidung sendiri, mulalah mereka menuduh pihak itu ini memutar-belitkan kenyataan mereka atau sengaja mensensasikan isu itu sedangkan mereka sendiri yang mengundang kontroversi itu berlaku.

Sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kadang-kala membuatkan rakyat meluat bilamana mereka cuba menonjolkan diri mereka lebih arif dalam segala hal. Kononnya mereka arif dalam agama, arif dalam bidang sains, arif dalam bidang sejarah, arif dalam bidang akaun, arif dalam bidang siasat-menyiasat dan sebagainya. Sedangkan semua kenyataan, bantahan atau kritikan yang mereka buat itu hanya terdorong ekoran microphone dan wartawan sudah tersedia di hadapan mereka. Maklumlah mulut tu lebih laju dari otak berfikir!

Lagi Bullet rasa geli hati bila pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat melaung-laungkan kononnya akan berlaku Tsunami politik di Sabah ketika ahli-ahlinya sibuk bersaing sesama sendiri untuk menjadi calon pada PRU13 nanti. Agaknya memang betullah jangkaan pemimpin-pemimpin BN Sabah bahawa bekas ahli mereka yang melompat menyertai Pakatan Rakyat bukan disebabkan wujud masalah dalam BN, sebaliknya disebabkan oleh sikap tamak ahli itu sendiri yang terlalu mendabik dada kononnya merekalah winnable candidate yang selayak-layaknya dicalonkan pada PRU13 nanti.

Pemimpin tertinggi PR di Semenanjung sepatutnya turun ke Sabah untuk menyelesaikan isu calon PRU mereka, bukannya sekadar memburu "katak" atau melaksanakan rutin harian mereka seperti membohong, memfitnah dan memutar-belitkan fakta. Inilah akibatnya kerana terlalu mengharapkan "katak" untuk mendapatkan sokongan rakyat Sabah. Akhirnya sikap "katak-katak" ini juga yang akan menjadi beban kepada Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi menjadi penghalang kepada Pakatan Rakyat untuk merampas Puterajaya.

Baca artikel asal di DKMSabah

Sunday, December 2, 2012

Jimmy Palikat kini ahli UMNO

Penyanyi paling popular di Sabah, Jimmy Palikat kini ahli UMNO.

Jimmy yang terkenal dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung dan bakal beraksi di final Juara Lagu 2012 terbitan TV3, menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sempena pehimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga UMNO," - Datuk Ab Rauf Yusoh (Setiausaha Kerja UMNO Pusat)
Sumber: DKM

Ini kali lah! Orang Sabah tatap sukung BN!

 "Anwar datang Sabah tapi dia nda sedar orang sabah sudah nda percaya dengan dia! orang sabah semua sudah tau Anwar punya cakap semua tipu, pandai cakap ja tapi nda pernah buat!"
Keluhan daripada perbualan telefon dengan kawan MyMassa apabila bertanya tentang kedatangan Anwar untuk edisi ceramahnya di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Biar gambar berbicara, ceramah Anwar di Sabah tidak mendapat sambutan. Isu yang dimainkan seperti Tanah Adat, Harga Minyak, dan Fitnah kepada Ketua Menteri Sabah. Anwar masih berfikiran bahawa orang Sabah akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan olehnya. Walhal, Orang Sabah bukanlah berfikiran kolot, dan pasti dapat menilai apa yang betul dan apa yang salah!

Apa yang melucukan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin sendiri telah tersasul mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah Kerajaan Rakyat! Penonton turut gelakkan ucapan si Thamrin itu! sungguh memalukan.Tapi Inilah satu contoh anak buah Khalid Gagap.

MyMassa ramai kawan orang Sabah, kalau orang Sabah cakap slang Sabah pun MyMassa boleh paham. MyMassa pun boleh bercakap slang sabah sedikit!:) .Sebab itulah juga MyMassa boleh tahu keadaan politik orang Sabah. MyMassa yakin Orang Sabah akan menolak Pakatan Rakyat. Orang Sabah tahu kerajaan sedia ada banyak membantu mereka. Daripada kemudahan asas kampung, jalan raya bertar, sekolah, air, gelanggang futsal, rakyat sabah sudah menikmatinya. Kampung tanpa wayar juga telah masuk di kebanyakan kampung-kampung di Sabah!

Baru-baru ini, MyMassa sempat melancong di Kundasang Sabah. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, MyMassa dapat melihat kepesatan Bandaraya Kota Kinabalu membangun. Persepsi lama seperti tinggal atas pokok, dayung sampan ke sekolah, tidak sepatutnya ada lagi dalam pemikiran rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Semenanjung. Jika ada yang masih berfikiran begitu, dia sepatutnya datang ke Sabah!

Orang Sabah bulih ka kasi tolak itu PR?
Bulih Bah kalau kau!

Sumber: Mymassa & DKM