Monday, April 29, 2013

Kuasa Autonomi Sabah: Pembangkang Bangkitkan Sentimen Kenegerian Hanya Untuk Dapatkan Undi

Memandangkan pembangkang di Sabah semakin ganas memainkan isu autonomi, eloklah kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik dari Utusan Online bertarikh 5 Mac 2012 ini dibangkitkan semula untuk tatapan rakyat Sabah sebelum pemikiran mereka benar-benar diracuni oleh idea populis pembangkang. Walupun kenayataan Datuk Abdul Rahman ini ditujukan khas kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun SAPP dan STAR juga tidak terkecuali memandangkan kedua-dua parti pembangkang tempatan ini juga semakin ganas memainkan isu-isu kenegerian untuk mendapatkan sokongan.....

Janji serta laungan pembangkang untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya mereka menawan Putrajaya hanyalah sekadar satu fantasi selain ianya satu tindakan bermain api. Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata taktik berkenaan cukup bahaya kerana ianya menaikkan semangat kenegerian dan akan menyebabkan negeri bersengketa dengan kerajaan persekutuan. 

“Taktik ini pada saya cukup bahaya menaikkan semangat kenegerian, bukan sahaja untuk negeri Sabah, malah kenegerian Kelantan, Sarawak, Johor dan lain-lain, jika diapi-apikan akan menyebabkan negeri tersebut bersengketa dengan kerajaan persekutuan. 

“Itu yang saya tidak suka dengan Anwar…Dia masuk kampung dia katakan kerajaan BN zalim kaum kamu… agama kamu, saya kira itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya kira kalau dia jadi Perdana Menteri nanti, semangat kenegerian akan berkobar-kobar hinggakan beliau sebagai Perdana Menteri pun tidak dapat laksanakan tugas dengan baik,” katanya kepada UMNO-Onlined. 

Rahman seterusnya mempersoalkan apakah bentuk autonomi yang ingin diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sabah. 

“Anwar ingin berikan autonomi kepada Sabah… dalam bentuk apa?.. sampai sekarang saya masih tercari-cari bentuk apa autonomi ini. Apakah kalau PKR akan bertanding di kerusi yang lebih besar di Sabah, apabila mereka menang apakah beliau tidak akan menentukan siapa Ketua Menteri Sabah?

Katalah pembangkang menang dan katalah PKR mempunyai kerusi yang terbanyak di Sabah, saya nak tanya Anwar apakah beliau tidak akan masuk campur sekalipun untuk menentukan siapa Ketua Menteri di kalangan wakil rakyat PKR? - sedangkan calon PRU13 pun Anwar yang tentukan, inikan pula soal Ketua Menteri??

“Saya nak katakan jangan main lepas sahaja..kalau PKR menang Anwar berjanji tidak akan mempegaruhi siapa Ketua Menteri….Saya kira beliau tidak akan berjanji begitu. Sudah tentu sebagai Ketua Umum kepada PKR dia akan tentukan siapa Ketua Menteri Sabah pada waktu itu,” katanya. 

Dari segi autonomi pula, Rahman seterusnya menambah memang tidak dapat dinafikan Sabah mempunyai autonominya sendiri. 

“Sejarah pembentukan Malaysia ini memang diberikan kelebihan kepada Sabah dan Sarawak dan saya kira pada satu sudut kita juga mempunyai autonomi. Saya kira orang tidak sedar. 

“Sebab itu saya katakan baru-baru ini, kalau Ketua Menteri Sabah hari ini melarang Perdana Menteri untuk turun dari kapal terbangnya menjejakkan kaki di bumi ini, beliau mempunyai kuasa untuk menahan Datuk Seri Najib supaya tidak masuk Sabah

Undang-undang imigresen kita ialah sesiapa pun yang datang daripada luar, hak adalah terletak ditangan Ketua Menteri Sabah. Pada saya itu autonomi yang cukup besar. Kalau kita boleh mempunyai kuasa untuk tahan PM, itu adalah satu autonomi yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya. 

Beliau seterusnya memberikaan contoh lain dari segi percukaian, sistem kabinet yang tersendiri serta pelbagai aspek lain. 

Dari segi percukaian pula kita mempunyai percukaian yang kita ambil eksais, duti dan sebagainya. Ini adalah kelebihan-kelebihan pungutan cukai yang diberikan kepada Sabah yang tidak ada pada negeri lain. 

“Seterusnya kita mempunyai sistem kabinet berbanding dengan kawan-kawan kita di Semenanjung yang mempunyai jawatankuasa mesyuarat (Exco).. Sabah dan Sarawak oleh kerana kita bentuk Malaysia bersama kita kekalkan sistem kabinet. Sebab itu kita ada Menteri. Di semenanjung tidak ada menteri di negeri-negeri walaupun di Melaka walaupun adanya Ketua Menteri, di bawahnya itu adalah Exco

“Hanya Sabah dan Sarawak yang ada menteri…jadi itu pun autonomi, jadi saya tidak tahu autonomi jenis apa yang diminta. Saya takut rakyat terkeliru dan mungkin mengingatkan autonomi ini adalah satu entiti yang luar daripada Malaysia. Itu yang saya takut dan saya tidak akan berdiam diri dan saya kira itu satu cadangan yang merbahaya kerana itu akan merubah landskap Malaysia itu sendiri,” katanya. 

Rahman seterusnya membidas Anwar yang hingga ke hari ini tidak menjelaskan apakah dia autonomi yang dikatakan itu. 

“Di Parlimen pun saya tanya jenis autonomi apa dia.. Apakah jika beliau ditakdirkan sebagai PM tidak diambil peduli langsung isu-isu politik Sabah di bawah PKR…impossible..sesuatu yang mustahil,” ujarnya. 

Rahman seterusnya mengulas isu Borneonisasi yang diperkatakan oleh sesetengah pihak yang mana bagi beliau telah berjalan dengan baik. 

“Isu ini sedang berjalan dan kita telahpun mendapati bahawa rakyat Sabah telah dilantik untuk jawatan-jawaan tertentu seperti jabatan persekutuan yang saya anggap paling penting. 

Kita ada rakyat Sabah yang memegang jawatan penting di jabatan imigresen, pendidikan, pendaftaran, Naib Canselor UMS orang Sabah, Ketua Pengarah Kesihatan orang Sabah, Audit, Pegawai Kewangan Persekutuan, Pengarah jabatan Pembangunan Sabah pun orang Sabah…ini tidak masuk lagi GLC… 

“Itu sudah borneonisasi…sudah berlaku.. Tidak patut rakyat Sabah memegang semua jawatan seolah-olah kita tidak mahu orang lain masuk ke dalam Sabah untuk memegang jawatan yang lain. Pada saya itu tidak betul. Kalau kita tolak orang luar untuk jadi sebahagian daripada kakitangan di Sabah ini, orang Sabah juga tidak boleh pergi semenanjung. 

“Maka kita tidak dapat merealisasikan integrasi nasional. Asalkan jabatan teras ini dipegang oleh orang Sabah, saya gembira. Yang lain-lain itu tak apalah…ini sedang berlaku. Jadi tidak ada sebab untuk rakyat Sabah ingin atau dipengaruhi oleh hujah Anwar ini. Mungkin beliau tidak tahu kebanyakannya sudah diberi kepada rakyat Sabah,” katanya.

13 comments:

  1. Tidak perlu mana-mana pihak membangkitkan isu autonomi Sarawak dan Sabah atau mempertikaikan perjanjian kemerdekaannya menerusi pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kerajaan Pusat dan
    negeri sudah menjalin persefahaman baik dalam hal pembangunan wilayah
    ini, malah banyak perubahan berlaku selepas Sarawak dan Sabah bergabung
    dengan Semenanjung untuk membentuk Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Pusat akan terus membantu mencapai lebih banyak kemajuan
    di Sabah, Sarawak dan bersama kerajaan negeri mempunyai perkongsian dalam segala urusan.

    ReplyDelete
  4. Isu autonomi Sabah dan Sarawak tidak pernah timbul selama ini kerana
    kerajaan sentiasa mematuhi perjanjian dan melaksanakan tanggungjawab
    dengan berkesan, termasuk ketika Sabah berada di bawah pemerintahan
    pembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  5. bantuan dan sokongan yang dipertanggungjawabkan untuk Sabah tetap
    disalurkan pada ketika itu malah kerajaan negeri juga tidak pernah
    membangkitkan isu autonomi.

    ReplyDelete
  6. Isu ini diwujudkan ketika ini kerana pembangkang berhasrat untuk
    memainkan sentimen rakyat supaya dapat meraih undi di musim pilihan raya
    akan datang.

    ReplyDelete
  7. hubungan kuasa dan hak antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri
    seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan dan Kesepuluh
    Perlembagaan Malaysia, dan berpandukan itu kerajaan Persekutuan dan akan
    terus sedaya upaya membantu Sabah dan Sarawak daripada segi pembangunan
    dan kemajuan ekonomi.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia dalam menghulurkan bantuan sama ada daripada segi kepakaran mahupun kewangan

    ReplyDelete
  9. Sejak penubuhan Malaysia, rakyat Sabah dan Sarawak bebas memilih
    pemimpin mereka sendiri melalui proses pilihan raya yang dilaksanakan di
    negeri berkenaan.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan Persekutuan tidak pernah campur tangan dalam proses demokrasi
    yang memberikan kuasa penuh ke tangan rakyat Sabah dan Sarawak dalam
    menentukan masa depan mereka sendiri

    ReplyDelete
  11. jika benar Sarawak dan Sabah tidak diberikan kuasa autonomi di dalam
    Malaysia ini, bagaimana boleh kerajaan kedua-dua negeri boleh
    membentukkan kabinetnya sendiri yang mempunyai struktur pentadbiran
    serupa dengan kabinet kerajaan persekutuan

    ReplyDelete
  12. Jadi kita rakyat Sarawak dan Sabah kena melihat perkara ini dengan
    cermat dan tidak usahlah hanya kerana isu-isu yang terpencil hingga
    menyebabkan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerugian
    besar kepada negeri serta negara kita.

    ReplyDelete
  13. SOkong seratus peratus kuasa autonomi untuk sabah

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.