Sunday, April 14, 2013

Masyarakat Cina Keningau masih perlukan Pairin Kitingan

KENINGAU: Masyarakat Cina di daerah ini masih menyokong Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Keningau. 

Kapitan Cina Daerah Keningau Liew Ket Lim berkata, kepimpinan Pairin masih diperlukan di kawasan ini khususnya Parlimen Keningau bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang di kawasan ini yang merangkumi DUN Liawan, Bingkor dan Tambunan. 

Katanya, masyarakat Cina di kawasan ini masih memberi sokongan kepada Huguon Siou itu kerana ia mampu memimpin bukan sahaja masyarakat KDM tetapi juga semua kaum di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman termasuk masyarakat Cina. 

“Kita melihat kepada kepimpinan yang disukai oleh semua kaum dan bukan mengukur kepada usia dan tempoh perkhidmatannya,” katanya kepada media di sini kelmarin. 

Tambahnya, seseorang pemimpin bukan diukur dengan kelanjutan usia tetapi apayang penting adalah karisma dan ketokohannya sebagai pemimpin. 

Liew memberitahu, kawasan Parlimen kini mempunyai lebih kurang 6,000 pemilih masih memberi sokongan yang padu kepada Pairin. 

“Kalau pun Pairin tidak seratus peratus mendapat sokongan daripada masyarakat Cina di kawasan ini tetapi sokongan masyarakat Cina secara keseluruhannya adalah masih memihak kepadanya jika diletakkan sebagai calon BN pada PRU 13 ini,” jelas Liew. 

Sementera golongan muda di kawasan ini turut memberi sokongan agar Huguon Siou masyarakat KDM itu dikekalkan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P.180 Keningau. 

Penolong Setiausaha Pemuda PBS N.34 Liawan Christopher Chin berkata, kepimpinan Pairin masih diperlukan bagi memastikan halatuju masyarakat KDM secara keseluruhannya di landasan yang betul. 

Katanya, harapan masyarakat KDM khususnya golongan muda masih disandarkan kepada Pairin sebagai seorang pemimpin yang telah banyak melalui pengalaman dalam arena politik. 

Ketua Pemuda PBS Bingkor Tinus Majip turut sependapat dengan Liew dan Christopher bahawa pemimpin agung KDM itu wajar dikekalkan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P.180 Keningau. 

Katanya, bukan sekadar mahu Pairin dikekalkan sebagai calon tetapi sokongan masyarakat KDM di kawasan ini masih memihak kepada bekas Ketua Menteri itu. 


Selain masyarakat KDM, rupanya masyarakat Cina Keningau juga turut memberikan sokongan padu kepada Pairin Kitingan. Dengan sokongan padu seperti ini, mampukan adik kepada Hugian Siou iaitu Jeffrey Kitingan merampas wilayah abangnya? Bullet yakin, jika diadakan satu lawan satu pun, Jeffrey tetap akan berputih mata. Pairin, bukan setahun dua mewakili penduduk keningau, malah sudah berpuluh tahun.. Terlalu banyak sumbangan beliau kepada masyarakat di daerah itu.

Samada PRU13 ini benar-benar menjadi pilihanraya terakhir untuk Pairin atau tidak, yang penting sokongan padu perlu terus diberikan kepada Huguan Siou ini. Jangan biarkan daerah yang sekian lama dibangunkan hasil sentuhan beliau (Pairin), dirampas oleh parti pembangkang.

3 comments:

  1. Pairin adalah pemimpin yang disayaangi rakyat

    ReplyDelete
  2. ya,latu pairin,masih berdendam dengan penyokong BN,DI ADUN LIAWAN,terutamanya kg pamalan,lisisod liawan ,ulu liawan ,kg jaya baru,kg padang timbak ulu pamalan,tembirog tanah merah,tudan baru,kami penduduk kg ini dah lama memohon jalan berturap,J K R,tetapi tak di layan,so kali ini,kepada penyokong bn,berubah lah kamu kepada pakatan sabah,tembirang saja si pairin hanya orng cina saja yang dia layan,orng kdm so,soryy

    ReplyDelete
  3. pairin seorang pemimpin di kawasan kdm yang dianggap sebagai ketua/leader oleh itu, sebarang bentuk penghinaan kepada pemimpin seperti ini akan hanya menyebabkan sokongan bertambah/undi simpati - sebabnya mudah ; be humbel then others follow you (Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing nunuk ragang year 2004)

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.