Sarawak Report tidak henti-henti memburukkan pemimpin tertinggi kerajaan negeri Sabah malah kali ini lebih ganas dimana laporan mereka melalui artikel "Royal Blunder! – William And Kate Are Set To Meet Musa In Sabah!" bukan sahaja menjejaskan nama baik Datuk Musa Aman sebagai pemimpin yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini, malah menjejaskan industri pelancongan Sabah yang semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.
Dalam laporan mereka melalui artikel tersebut, Sarawak Report kononnya telah banyak kali memberikan amaran kepada pihak Istana England dengan memberikan gambaran bahawa Lembah Danum yang bakal dilawati oleh rombongan di-raja itu merupakan
sebuah kawasan oasis yang terletak pada zon darurat alam sekitar paling
buruk di dunia.
Jika Sarawak Report terus-menerus melancarkan misi mereka memberikan gambaran palsu kepada masyarakat dunia berkenaan dengan Sabah, industri pelancongan negeri ini yang banyak bergantung kepada keunikan hutan dan hidupan liar pasti akan terjejas. Niat mereka yang sebelum ini lebih kepada bermotifkan politik kini menular kepada mensabotaj industri pelancongan negeri Sabah atau lebih tepat lagi mensabotaj ekonomi NEGERI Sabah.
Di bawah ini adalah perbandingan ilustrasi pembohongan Sarawak Report dan ilustrasi sebenar berkenaan dengan Lembah Danum:
Hanya bermodalkan sekeping gambar, Sarawak Report bukan sahaja cuba menghasut pihak Istana England untuk tidak mengiktiraf kejayaan kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Musa Aman dalam tugas-tugas konservasi alam sekitar, malahan cuba menghasut rombongan di-raja itu untuk membatalkan niat mereka menikmati keindahan hutan hujan di negeri ini.
BB melihat tindakan Sarawak Report ini lebih kepada menyelamatkan kredibiliti mereka. Sekiranya lawatan rombongan di-raja ini berjaya, sudah tentu kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman akan mendapat pengiktirafan dan pujian dari rombongan di-raja tersebut, sekaligus menafikan dakwaan Sarawak Report yang sebelum ini cuba menanamkan persepsi di minda masyarakat dunia bahawa hutan di Sabah berada dalam keadaan yang sangat kritikal.
Rakyat Sabah sepatutnya rasa bertuah kerana pasangan di-raja yang popular di seluruh dunia ini memilih Sabah sebagai destinasi lawatan mereka. Lawatan mereka bukan atas jemputan kerajaan negeri sebaliknya atas dasar minat terhadap konservasi hutan, dan kebetulan Sabah satu-satunya kepulauan di Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan ketulenan hutan hujan tropika.
Jurugambar British Quintin Lake, dari Oxford, mengakui bahawa Lembah Danum adalah satu tempat yang sangat ajaib dengan keindahan gunung yang berkabus serta keramahan penduduk tempatan yang bagi Lake sememangnya berbaloi untuk rombongan di-raja ini meneruskan misi pengembaraan mereka. Malah Lake banyak mendiskripsikan tentang Lembah Danum berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau kepada rombongan di-raja ini, tidak seperti Sarawak Report yang lebih banyak bergantung kepada pembohongan untuk melancarkan misi jahat mereka.
Selain pengakuan Lake, beberapa fakta di bawah ini juga cukup untuk membuktikan bahawa laporan Sarawak Report hanya pembohongan semata-mata.
"The Danum Valley Field Centre has the accolade
as being the finest and most effective centre for research and teaching of old
world Tropics Rainforests, along with La Selva in Costa Rica and Baro Colorado
Island in Panama as described by the Royal Society of London."
"The British High Commissioner during his visit
to Sabah this month, praised Sabah for doing
so many good things in the interest of good forest management and recommended
that it be told to the world."
Jika benar dakwaan Sarawak Report bahawa hutan di Sabah adalah yang paling buruk di dunia, bagaimana kerajaan negeri Sabah mampu memperolehi pelbagai anugerah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia, Forest Stewardship Council (FSC) dan the Prince Charles Charity, bagi menghargai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam usaha pemuliharaan hutan??
Pandangan BB untuk skandal/rasuah pembalakan Datuk Musa Aman (DISINI)
By: Borneo Bullet
dahlah sy cakap,artikel sawarak report memang melampau sudah,bg gambar palsu lagi, nak sangat menjejss imej Musa,teada skr pembaca sudah tahu kebenaran.sokong Musa!
ReplyDeleteMemang melampau sudah Sarawak Report ini, baik mereka fokus isu di Sarawak jangan campur tangan isu Sabah. Mereka ni sengaja nak sabotaj pelancongan dan ekonomi Sabah.
DeleteCuba nak sabotaj lah tu..buat cerita tanpa bukti yang kukuh.
DeleteSarawak report adalah media yang paling byk melakukan pembohongan, jgn percaya pada berita2 yang dikeluarkan Sarawak Report.
ReplyDeleteSarawak Report hanya pandai mengulangi isu yang sama walaupun tiada bukti yang kukuh daripada pihak berkuasa. Hanya maklumat yang didapati dari 'trusted sources'. Siapa-siapa saja boleh reka cerita dan kata ia dari 'trusted source'. Boleh percaya tak Sarawak Report ini, terpulanglah kepada pembaca sendiri.
DeleteKalau kita lihat pun memang Sarawak Report ini kebanyakkan cuba bercakap kosong tanpa ada bukti yang benar-benar sah dan fakta.
DeleteMusa Aman begitu prihatin dgn penjagaan hutan di Sabah.
ReplyDeleteHe is the chief minister who has stopped logging in the Ulu Segama Malua and Maliau basin and created a forest buffer three times the size of Singapore to protect Danum valley from logging, mining and opening up land for agriculture. Without him, the forests and minerals such as gold there in the east coast of Sabah would have disappeared. Oil palms would have replaced the rainforest.
Delete“We have to congratulate Sabah under Musa Aman for preserving the forests,” said Lorna Casselton, the foreign secretary of Britain’s Royal Society. “If they cut the forests, they can make billions of dollars; but they aren’t and that is so important.”
DeleteHelped by Canadians, the 43,800-hectare Danum Valley, about twice the size of Penang island, was identified for conservation in 1969 when the forestry department carried out its first forest inventory. It formed part of the Sabah Foundation forest concession the next year and ironically was marked out as part of a commercial forest reserve of Ulu Segama although it was to be conserved, according to Sam Mannan, director of Sabah forestry.
DeleteDatuk Musa sentiasa akan menjaga alam sekitar di Sabah yang merupakan antara aset utama kita.
DeleteMemang Sarawak Report tidak patut membuat semua itu.
ReplyDeleteTidak sangka pula ada pihak luar yang ingin merosakkan ekonomi Sabah yang sedia kita tahu yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
ReplyDeleteEkonomi Negeri sudah semakin stabil, sektor perlancongan banyak membantu.. mungkin sebab itu Sarawak report cuba mau menjatuhkan reputasi Sabah.
DeleteKalau begini memang kita patut tangani Sarawak Report yang cuba menjatuhkan ekonomi Sabah dari pelabur luar. Jangan terpedaya dengan Sarawak Report.
ReplyDeletetunggulah nanti,, selepas lawatan rombongan di-raja ini, pasti segala pebohongan Sarawak Report akan terdedah.. belum pernah mana2 individu atau kumpulan atau pengkaji/penyelidik yang melawat Lembah Danum tidak terpukau dengan keindahan dan keunikan hutan tropika ini..
ReplyDeletesaya dapat rasakan bahawa Sarawak Report hari ini bersungguh2 menggagalkan misi rombongan di-raja British ini.. saya harap rombongan ini tidak akan terpengaruh dengan hasutan pihak yang mepunyai agenda tersembunyi..
ReplyDeletesebenarnya, keinginan Willian dan Kate untuk merasai cabaran hutan hujan tropika di sabah sudah cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan sarawak report selama ini hanya pembohongan semata2..
ReplyDeletesebelum ini pembohongan Sarawak Report sudah pernah kantoi di Sarawak.. sebab itu mereka beralih kepada Sabah.. kini pembohongan mereka sekali lagi akan terkantoi selepas rombongan diraja melawat sendiri negeri ini..
ReplyDeleteMemang hairan ba. Sudah la nama Sarawak report tapi sibuk sangat buat kontroversi di Sabah.
DeleteSuka menjatuhkan nama baik Negeri Sabah. Harap rakyat tidak terpedaya.
DeleteSarawak report hanya mainan pembangkang saja untuk memberi tanggapan buruk rakyat terhadap KM sabah.
ReplyDeletePembangkang ni berada di belakang Sarawak Report. memang senang untuk sebarkan fitnah kalau ada media yang sehaluan dengan niat sebenar mereka.
ReplyDeleteSarawak report cuba menjatuhkan nama baik Datuk Musa. Tidak tau apa agenda mereka sebenarnya.
ReplyDelete