Monday, March 18, 2013

Dunia siber, gelanggang kemenangan BN dalam PRU ke-13

Dunia siber yang menjadi ‘rumah’ bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. 

Justeru, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini. 

“Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain. 

“Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara di sini kelmarin. 

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Harridz Mohan pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu. 

Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber. 

“Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. 

“Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti ‘permainan di tempat lawan’ dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding ‘permainan di tempat sendiri’,” katanya. 

Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana. 

“Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka,” katanya. 

Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi ‘garisan penamat’ pada PRU Ke-13. 

“Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita,” katanya. - New Sabah Times

Sama-sama tangani isu pengangguran - Yee Moh Chai

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai menyeru supaya pihak awam dan swasta bekerjasama menyokong usaha kerajaan bagi menanggani isu pengangguran demi kemakmuran masyarakat dan kemajuan ekonomi negara. 

Menurutnya, perhidmatan atas talian secara percuma yang disediakan oleh Jobsmalaysia adalah antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga kerja di samping meningkatkan mobiliti tenaga kerja tempatan. 

Justeru Yee yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat mengalakkan para majikan mendaftarkan kekosongan pekerjaan dengan sistem ini di jobsmalaysia.gov.my. 

Katanya, bagi mempromosikan sistem tersebut kepada para pencari kerja dan majikan, Kerajaan telah mewujudkan prasarana melalui penubuhan 15 Jobsmalaysia Point (JMP) di semua Pejabat Tenaga Kerja di seluruh Negeri Sabah dan sebuah Jobsmalaysia Centre (JMC) di Wawasan Plaza, Kota Kinabalu. 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Pekerjaan dan Program Azam Kerja 2013 (Employability) Peringkat Negeri Sabah di Suria Sabah kelmarin. 

Bercakap mengenai karnival yang berlangsung sejak Khamis lepas, Yee berkata Karnival itu memberi peluang kepada golongan pencari pekerjaan untuk bertemu secara langsung dengan bakal majikan selain mendapatkan maklumat dan memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak, kemahiran dan kelulusan yang dimiliki. 

Sementara itu beliau turut menasihatkan agar pencari pekerjaan berfikiran positif dalam usaha mereka untuk mendapatkan kerja yang sesuai. 

“Cari lah kerja kerana kerja tidak akan cari kita…. Sekiranya kita tidak mendapat sebarang kerja dalam tempoh tiga bulan, wujudkan kerja tu sendiri seperti usahawan kerana ia akan mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan, di samping menjadi bos sendiri,” katanya. 

Yee juga menasihatkan para pencari kerja yang berminat untuk bekerja di luar negara agar mendaftarkan diri di Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dan menyemak kesahihan iklan-iklan tawaran kekosongan jawatan yang diperolehi melalui akhbar-akhbar tempatan, maklumat yang ditampal pada dinding kedai, perhentian bas, pondok telefon dan sebagainya sebelum menerima sesuatu tawaran pekerjaan. 

Beliau juga sempat memaklumkan bahawa kerajaan telah mewujudkan Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia Luar Negara atau Malaysia Overseas Employees Management Centre (MOEMC) di Negeri Sabah di bawah kendalian Jabatan Tenaga Kerja Sabah bagi memberi maklumat kepada para pekerja tempatan yang ingin bekerja di luar negara tentang hak mereka sebagai pekerja serta langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku sebarang masalah di negara tempat mereka bekerja. 

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Sahar Darusman. - New Sabah Times

Sunday, March 17, 2013

FELSCO paling awal kesan pengganas Sulu

Mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah antara mereka yang terawal berjaya ‘menghidu’ kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini? 

Jawapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat. Mereka berdua ketika itu sedang bercuti. 

Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng. 

Menyedari kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api. 

Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat. 

Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar. 

”Mereka adalah antara benteng awal di sini, bahaya yang mereka hadapi bukannya sikit namun keberanian mereka membantu pihak polis cukup mengkagumkan. 

”Bahkan mereka memberitahu saya, biar apa pun yang terjadi, mereka tidak akan tinggalkan Felda Sahabat ini, mereka nekad terus melindungi harta kita, nyawa penduduk serta peneroka,” katanya pada Mynewshub.my di sini, hari ini. 

Sementara itu bagi Inspektor Muhammad Lamin, pengalamannya bertugas selama 11 tahun di Felda Sahabat tidak sia-sia apabila khdimatnya digunakan pihak polis untuk menjejaki persembunyian penceroboh yang dimaksudkan. 

”Saya berbangga kerana dapat menyumbang pengalaman saya dalam operasi penjejakan…selama beberapa hari kami mendekati zon bahaya tanpa disedari langsung oleh pihak pengganas. 

”Terus terang, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan mereka, di mana mereka bersembunyi malah sempat melihat aktiviti seharian pengganas ini seperti lokasi tempat mereka mandi dan sebagainya. 

”Tak banyak sikit, maklumat ini saya percaya telah membuatkan pasukan keselamatan kita berjaya dalam beberapa siri pertempuran dari hari pertama serangan hinggalah sekarang,” katanya yang telah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis bantuan FELDA. 

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tahap keselamatan di Felda Sahabat akan ditingkatkan ekoran kejadian pencerobohan. 

Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan supaya polis bantuan Felda dibekalkan senjata api lebih canggih manakala anggota Rela turut dibekalkan senjata api. 

Malah, beliau juga bersetuju pihak pengurusan Felda sahabat menambah bilangan anggota Rela daripada 200 orang kepada 400 orang. 

“Ini membolehkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya insiden pencerobohan terutama yang boleh mengancam keselamatan keluarga Felda tidak berlaku,” ujarnya. 

Selain itu juga, katanya kerajaan juga sudah bersetuju jeti di Felda Sahabat digunakan sebagai balai bagi membolehkan anggota agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) beroperasi. - Mynewshub

Jaminan Datuk Seri Musa Aman Untuk Rakyat Sabah

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak akan membiarkan seinci pun tanah bumi Sabah diserahkan kepada penceroboh dan tetap akan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negeri itu.

Beliau berkata meskipun kemelut pengganas militan Sulu di Lahad Datu dan Semporna mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan negara namun ia tidak mematahkan semangat pihak berkuasa dalam membanteras kumpulan itu.

“Pencerobohan anasir luar itu hanya ingin memporak-porandakan negara ini khususnya rakyat Sabah yang telah melalui kehidupan di bumi ini yang aman damai,” katanya ketika berucap pada majlis lawatan kerja di Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kayu, di sini, kelmarin.

Musa, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata berdasarkan kemampuan dan kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN), negara mampu menangani krisis pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina itu.

Beliau mengajak seluruh rakyat supaya memperkukuhkan perpaduan serta berkongsi tanggungjawab mempertahankan negara dengan menyokong apa jua tindakan untuk menghapuskan musuh negara itu.

Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, turut mengingatkan rakyat agar terus menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang termasuk usaha yang dilakukan kerajaan sedia ada demi kesinambungan pembangunan yang berterusan.

Menurutnya, ini berikutan kerajaan BN telah banyak berjasa kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai projek, dasar dan program terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menunjukkan betapa komited dalam usaha membela nasib rakyat. - New Sabah Times

Saturday, March 16, 2013

Slogan Sabah For Sabahan gagal dapat sambutan

Isu "Sabah For Sabahan" dan autonomi yang menjadi agenda utama perjuangan SAPP untuk meraih sokongan politik, bukan sahaja gagal mendapat sambutan, malah tidak berpijak di bumi nyata. Isu berkenaan bukan sahaja lapuk dan muncul apabila ada pilihan raya, malah bersifat anti kenegaraan. Pihak yang terus menerus berhujah seperti pemimpin-pemimpin SAPP boleh dikategorikan sebagai katak dibawah tempurung kerana tidak mengenal undang-undang kenegaraan dan Perlembagaan Negara. 

Sebagaimana yang ditakrifkan menurut Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan Interpretation (Definition of Native) Ordinance Sabah merupakan rakyat Malaysia yang mempunyai kedudukan istimewa yang dilindungi oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. 20 Perkara yang disebutkan dahulu juga sudah selesai kecuali beberapa perkara yang berkaitan dengan penempatan pegawai, namun itupun cuma pada peringkat-peringkat tertentu sahaja dan ianya sedang ditangani dengan baik oleh kerajaan. 

Hampir semua jabatan dan agensi Persekutuan utama di Sabah kini diketuai oleh penjawat awam di kalangan anak tempatan di negeri ini. Antaranya termasuklah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pelajaran. Kerajaan Persekutuan juga sentiasa memberi peluang kepada anak tempatan untuk memegang portfolio penting dan tinggi di peringkat persekutuan di Kuala Lumpur. Sebagai contoh, Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara), Commisioner Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman), Datuk Seri Pengiran Haji Mohd Hussein Pengiran Mohd Tahir (Duta Besar Malaysia ke Kemboja), Profesor Datuk Dr Kamaruzaman Ampon (Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah), Datuk Jumat Engson (Pengarah Berita dan Ehwal Semasa RTM Angkasapuri), Puan Jainisah Mohd Noor (Pegawai perhubungan awam JPN Putrajaya), Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia pernah disandang rakyat Sabah dari Menggatal, Datuk Mohd Yusop Mansor, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah), Datuk Anifah Aman (Menteri Luar), Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). 

Sikap pihak tertentu yang sengaja membangkitkan perkara berkenaan boleh dianggap serius kerana seolah-olah ada usaha untuk membawa Sabah ke arah lain yang tidak selari dengan Malaysia sebagai sebuah entiti negara. Jesteru, rakyat harus menolak sentimen sempit seperti itu dan menumpukan perhatian dan usaha bersama kerajaan untuk melahirkan generasi pemimpin negara yang hebat dari Sabah serta berpendidikan tinggi. 

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee tidak sepatutnya membangkitkan isu "Sabah For Sabahan" kerana semasa menjadi ketua menteri dahulu beliau sendiri telah gagal berbuat apa-apa untuk Sabah. Selain gagal memajukan negeri ini, beliau juga gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Malah, negeri Sabah hampir bankrap dibawah pentadbiran beliau. Sebaliknya, penghargaan harus diberikan kepada Ketua Menteri Sabah sekarang Datuk Seri Musa Aman kerana ketegasan, ketangkasan dan kebijaksanaan beliau dalam mentadbir negeri Sabah yang hari ini dilihat sedang berada dilandasan tepat menuju status negeri maju.

Antara komen rakyat yang wajib Yong Teck Lee baca, nilai dan kaji semula: (sumber dari Malaysia Kini)
Quigonbond: I'm really sick of Sabah Progressive Party (SAPP). From having just a handful of elected representatives in Parliament, they are now hemming and hawing about wanting to control Sabah. They should wake up from their fantasy and get on with the reality.
Contesting one-third of the seats and having a major say in a new state government is already very good.
Play this zero-sum game and SAPP is in a world of hurt come the general election (GE) - perhaps not winning even a single seat. In the end, does it matter whether a leader is from Sabah or parachuted in?
Almost everyone in the federal government is not a native of Kuala Lumpur, Putrajaya or Labuan. They are from somewhere else - Johor, Penang, Pahang, etc. Does it mean Putrajaya can never be run by those hailing from outside Putrajaya?
This notion is certainly absurd, therefore so is the notion that Sabah can only be run by Sabahan, especially when those particular Sabahans have been in power before and didn't do anything to solve the many woes afflicting Sabah. In the end, we only look at who is competent.
Multi Racial: Don't make this into a Sabah versus the rest of Malaysia thing. When things favour SAPP president Yong Teck Lee, he happily embraces it.
Why did he not say anything in the past when he was with BN? What did he do when he was the chief minister of Sabah.
Good men: Yong, it's time to stop pretending to be fighting for Sabahans, you are only fighting for yourself and your big ego.
Tell us, didn't you lose your Likas seat through a court case filed by challenger Chong Eng Leong in 2001?
It was found you had initially won with the help of Project M voters, wasn't it? So don't pretend. A genuine Sabahan would never do that.
Anonyxyz: The politics of divide-and-rule by race and religion has successfully been executed in Peninsular Malaysia until it is now embedded in every aspect of life. This division by geography is now upped a level as propagated by Yong, although it is has existed in Sabah/Sarawak for many years.
Hopefully BN or Pakatan does not join this division. Next, we will have Selangor for Selangoreans, Penang for Penangites or Johor for Johoreans and we will become a carved-out country and every state will be demanding for separation.
MockingYou: Secession, such an ugly word from the 90s. And conveniently uttered, nay threatened, by the leader of an opposition party when our army and police boys are busy hunting the remnants of the armed intruders. Just wondering at the coincidence and timing. 
Yong Teck Lee, you're treading on dangerous ground so better stay focussed on assisting in building a better Malaysia for all Malaysians.
Anonymous #37634848: Yong Teck Lee, why not give Sabah to the Sulu sultan or the Philippines, if you can only count ghosts from Putrajaya?
Spinnot: Didn't YTL get a shock in Batu Sapi? Why he never mentioned "Sabah for Sabahans" when SAPP was in BN from 1990 to 2008? And what "one country two systems" rubbish is SAPP talking about with regard to Sabah/Sarawak vs Peninsula Malaysia? When "one country two systems" policy was conceived by the late Deng Hsiao-ping of China in the 1980s, it's because mainland China was communist and Hong Kong was capitalist.

Hal berkaitan keselamatan dan aset pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan

Hal-hal berkaitan keselamatan dan aset pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara. kesan daripada elemen-elemen yang dipolitikkan itu secara tidak langsung telah mendedahkan rahsia keselamatan dan kesiapsiagaan negara kepada musuh yang tidak dikenali.

Dulu kita tahu siapa musuh kita, dulu ada musuh tradisional tapi sekarang tidak ada lagi, hanya bukan ancaman tradisional. Oleh itu, dalam hal-hal bersangkut paut dengan keselamatan dan aset pertahanan tiada kompromi untuk dipolitikkan, yang lain boleh dipolitikkan tapi tidak keselamatan negara dan aset pertahanan kita.

Anggota tentera termasuk tentera laut, tentera darat mahupun tentera udara tentu berasa terkilan atau kecil hati sekiranya isu ini dipolitikkan kerana mereka telah mempersiapkan diri untuk menerima teknologi terkini dalam pertahanan negara.

Kerajaan sememangnya mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan dalam proses perolehan ketenteraan dan aset pertahanan negara. tidak ada satu pun perolehan yang tidak mengikut arahan perbendaharaan, cumanya dalam sesuatu perolehan aset yang melibatkan perkara-perkara rahsia, akan ada satu pasukan yang akan menilai tiap-tiap satu aset mengikut teknologi yang dinyatakan.

Keperluan teknologi itu perlu dipenuhi mengikut keperluan dan kehendak pengguna berkenaan sesuai dengan kewangan negara. Jadi tidak timbul perkara-perkara yang dibuat tidak mengikut arahan perbendaharaan atau perkara yang diluar peraturan yang telah ditetapkan,

Usaha kementerian dalam meningkatkan sistem pertahanan negara adalah berpandukan kepada pelan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Pelan 4th Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF) yang merupakan landasan untuk tempoh jangka panjang, 2009-2020 dan seterusnya. Strategi pembangunan ini sejajar dengan konsep pertahanan yang termaktub dalam dasar Pertahanan Negara (DPN) serta Strategi Ketenteraan Negara (SKN).

Justeru, proses penambahan kekuatan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui rancangan jangka pendek dan jangka panjang sejajar dengan perkembangan teknologi semasa melalui perolehan aset pertahanan yang berteknologi terkini bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Sebagai langkah menambah kekuatan jangka pendek, program modenisasi dan pemanjangan jangka hayat atau Ship Life Extension Programme (SLEP) beberapa buah kapal, TLDM sedang dilaksanakan untuk memastikan peralatan kapal-kapal tersebut digantikan dengan yang terkini bagi menangani isu keusangan untuk menjadikan aset-aset ini lebih efektif untuk dioperasikan.

Bagi proses memperkuatkan armada laut untuk jangka panjang pula ialah melalui perolehan enam buah Offshore Patrol Vessels (OPV) yang dilakukan dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) dan RMK-9, dua buah kapal latihan dalam RMK-10 dan diikuti dengan rancangan perolehan enam buah kapal perang Littoral Combatant Ship (LCS) yang telah diluluskan dalam RMK-10 dan sebahagian dalam RMK-11.

Kekuatan TLDM bukan sahaja terletak kepada aset yang berteknologi tinggi tetapi ia hendaklah berbekalkan modal insan yang berkualiti untuk menghasilkan satu angkatan yang kredibel agar mampu melaksanakan peranan dan fungsi dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara serta kepentingannya.

Friday, March 15, 2013

Video: Teka Teki Disebalik Nyanyian Anwar



Ketika rakyat di Lahad Datu dicengkam kecemasan susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu, pemimpin de-fakto Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim "menyanyi" tanpa peduli.

Malahan, "nyanyian" Anwar itu mencetuskan pelbagai tanda tanya kerana lagu "Tanya Sama Pokok" itu telah diubah suai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah.

Menurut Utusan Malaysia (7 Dec), Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut "Sabah Bakal Hilang".

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi "Ketua Pembangkang".

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Menurut akhbar itu, dalam ceramah pada 29 January lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Pada 1 Mac lalu, portal berita Filipina, Inquirer News yang memetik sumber perisikan Negara itu melaporkan terdapat tiga kumpulan menjadi dalang kepada pencerobohan berdarah tersebut yang membunuh lapan anggota keselamatan Negara.

Malah, laporan itu secara terbuka mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang di Negara ini selepas mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengannya menggadakan pertemuan dengan pengganas Sulu bagi menawarkan sokongan. Sebelum itu, pada 14 Februari lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di Negara ini.

Reuters melaporkan, kumpulan 150 pengganas diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari lalu bagi membincangkan isu tuntutan tanah selepas jemputan tersebut dibuat.

Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak. - Suara BENAR

Insiden Pencerobohan: Kerajaan fokus siasatan pembabitan pihak ketiga


Wisma Putra Kumpul Maklumat Dakwaan Pihak Ketiga Terbabit Pencerobohan Di Sabah

PUTRAJAYA, 14 Mac (Bernama)-- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman tidak menafikan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu seperti dilaporkan akhbar Filipina baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata Wisma Putra akan mendapatkan maklumat terperinci daripada rakan sejawatannya bagi memulakan penyiasatan di negara ini untuk memastikan sama ada rakyat Malaysia menjadi dalang dalam mewujudkan ketidakstabilan berkenaan.

"Saya telah meminta rakan sejawatan saya untuk terus memberi maklumat berkaitan apa yang dilapor akhbar Filipina berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga.

"Beberapa diplomat dan duta turut mempersoal mengapa ia berlaku sekarang? Itu adalah soalan yang kerap ditanya ketika ini.

"Jadi, selain fokus dan keutamaan mencari penyelesaian masalah di Lahad Datu, pada masa yang sama, kita juga akan memulakan siasatan berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga," katanya selepas sesi taklimat dengan kor diplomatik dan media berkaitan 'Operasi Daulat' di sini Rabu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa risikan menyiasat dakwaan seorang pemimpin pembangkang mempunyai peranan dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Akhbar the Philippine Daily Inquirer menyiarkan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata pengganas terbabit ke Sabah atas jemputan seorang ahli politik dari parti pembangkang di Malaysia.

The Manila Times pula menyiarkan dakwaan pencerobohan itu ada kaitan dengan kempen pembangkang di Malaysia untuk melepas wilayah autonomi Sabah, jika mereka memenangi pilihan raya umum.

Bagaimanapun, Anifah berkata mesti ada bukti kukuh untuk memastikan kebenaran memandangkan dakwaan itu adalah sesuatu yang serius. - Bernama

Kerajaan Timbang Tubuh RCI Atau Buka Kertas Putih Siasat Pencerobohan Di Sabah

SANDAKAN, 14 Mac (Bernama) -- Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan di sini, hari ini selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.

Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.

Mengulas keadaan keselamatan di Sabah, Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. - Bernama

Penubuhan ESSCOM Rangsang Ekonomi Sabah

ESSCOM Mampu Tingkat Keyakinan Pelabur Asing Di Sabah

Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang akan dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), mampu meningkatkan keyakinan pelabur asing ke Sabah.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi berkata pelaksanaan kawasan itu sebagai pusat kawalan keselamatan akan meningkatkan keamanan di Sabah dan mewujudkan suasana kondusif untuk merangsang penjanaan ekonomi di negeri itu.

"Ini akan dapat meyakinkan pelabur asing untuk membuat pelaburan di negeri ini terutama di kawasan pantai timur Sabah yang mempunyai potensi dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan dan perkhidmatan," katanya kepada Bernama.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.

Isnin lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa berkata penggunaan nama ESSCOM telah dipersetujui oleh Najib yang akan mengumumkan perincian butiran lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Lahad Datu akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Langkah itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan akan melakukan apa saja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri itu.

Salleh berkata harapan beliau adalah untuk melihat 308,000 penduduk di dalam kawasan parlimen Silam untuk turut merasai nikmat kemajuan ekonomi setelah pelaksanaan ESSCOM.

"Malah saya juga yakin kepada 52,054 pengundi di kawasan saya akan memilih Barisan Nasional kerana parti ini terbukti melaksanakan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," katanya.

Terdapat tiga Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Silam iaitu Tungku, Lahad Datu dan Kunak. - Bernama

ESSCOM Dapat Tingkat Keyakinan Industri Pelancongan Sabah

Penubuhan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400km di pantai timur Sabah akan terus meningkatkan keyakinan pelancong serta pemain industri termasuk pengendali pelancongan pulau.

Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata penubuhan Eastern Sabah Securtity Command (ESSCOM) menunjukkan bahawa kesejahteraan dan keselamatan merupakan keutamaan kerajaan 'walaupun pada hakikatnya Sabah sepanjang masa menikmati keamanan dan kestabilan'.

"Bagi pihak industri pelancongan di Sabah, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan atas langkah yang diambil bagi menjamin keselamatan Sabah dan rakyatnya serta memastikan pelawat turut berasa amat selamat," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Masidi berkata keputusan mewujudkan ESSCOM akan membantu menyelesaikan masalah kemasukan haram dan penyeludupan yang tiada berkesudahan di sepanjang pantai timur negeri itu.

Pada 7 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pengganas di Felda Sahabat 16, berdekatan dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Masidi juga berkata pengumuman Kementerian Dalam Negeri untuk membina lima buah balai polis baharu di lokasi strategik serta menaik taraf beberapa buah balai lain di negeri itu merupakan satu rahmat kepada sektor pelancongan negeri.

"Tidak syak lagi peristiwa pencerobohan di Lahad Datu sejak beberapa minggu lepas memberi kesan kepada industri pelancongan di Sabah. Isu-isu persepsi dan khabar angin memberi kesan kepada keputusan sama ada mahu berkunjung ke Sabah atau tidak," katanya.

Masidi turut mengulangi jaminan kerajaan bahawa Sabah adalah selamat untuk dikunjungi dan menggesa semua pengusaha pelancongan tempatan supaya meneruskan perniagaan masing-masing seperti biasa.

Menurutnya Kampung Tanduo, iaitu kawasan pencerobohan pengganas Sulu sejak 9 Feb lepas, merupakan sebuah kampung terpencil terletak 140km dari pekan Lahad Datu serta tidak terletak dalam kawasan pelancongan Sabah.

Katanya beliau telah pergi ke Lahad Datu beberapa hari lepas untuk melihat sendiri keadaan di sana dan mendapati penduduk menjalani kehidupan mereka seperti biasa.

"Kita ada banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memikat semula pelancong ke Sabah. Pihak berkuasa pusat dan negeri sedang melakukan yang terbaik untuk meningkatkan keyakinan dalam industri pelancongan di negeri ini," katanya.

Rakyat Sabah, katanya boleh membantu dengan tidak membenarkan diri mereka dijadikan alat penyebar khabar angin.

"Sila elak menghantar khabar angin yang tidak berasas dalam akaun Facebook dan Twitter anda. Keyakinan pelancong asing banyak bergantung kepada sikap dan tingkah laku anda," katanya. - Bernama

Thursday, March 14, 2013

PBS Sumbang RM20,000 Ketika Pembangkang Sabah Sibuk Berkempen

Parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah (PBS) menyumbang RM20,000 kepada Tabung Wira Negara. Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan Rabu.

Henrynus, ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata sumbangan itu hasil kutipan untuk tabung berkenaan sempena sambutan ulang tahun PBD pada 5 Mac lepas. Beliau berkata PBS mengutuk sekerasnya-kerasnya pencerobohan bersenjata dan pembunuhan anggota keselamatan Malaysia oleh sekumpulan pengganas yang disifatkan sebagai kejam serta keterlaluan. - Bernama

Sumbangan dari SAPP dan STAR mana??

Sebelum ini SAPP pernah bagi sumbangan kereta jenazah dan pembinaan pondok perhentian bas.. tapi kenapa kali ini tidak ada sumbangan untuk pewira negara atau penduduk kampung yang terjejas ekoran Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan di Felda Sahabat?? SAPP menabung untuk PRU13?? Bukankah pemimpin SAPP juga yang cakap kononnya penduduk kampung yang terjejas itu sedang mengalami kekurangan bantuan makanan dan ubat-ubatan??

STAR ada menganjurkan majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini di Donggongon yang kononnya dihadiri ribuan rakyat.. tentu majlis itu memakan belanja yang sangat besar.. tapi kenapa kedekut sangat untuk menghulurkan sumbangan kepada Tabung Wira Negara?? Bukankah STAR sinonim dengan slogan "Selamatkan Sabah Tanahair Ku"? So, berbaloilah jika STAR sumbangkan sedikit dana kepada Tabung Wira Negara atas peranan mereka menyelamatkan Sabah tanah air kita..