Sunday, May 5, 2013

Bekas Pengarah Buku Jingga Sabah akui manifesto PR tidak menguntungkan rakyat Sabah

KOTA BELUD : Mantan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ketua Cabang Kota Belud Saidil Simoi meminta kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya memberi mandat semula kepada Barisan Nasional sebagai menerajui kepimpinan Negara. 

Beliau yang juga bekas Pengarah Buku Jingga Sabah (PKR) menyatakan manifesto Pakatan Rakyat itu tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat Sabah berbanding dengan manifesto Barisan Nasional PRU-13 17 intipati Aku Janjij yang disifatnya tetap memberi harapan kepada rakyat. 

Saidil yang sebahagian daripada ke enam Ahli Majlis tertinggi parti itu yang keluar dari parti itu dan menyertai Barisan Nasional seminggu selepas penamaan calon PRU-13 berkata, mereka meninggalkan parti Pakatan Rakyat itu apabila hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti berkenanaan. 

Menurut Saidil manifesto Pakatan Rakyat yang pada mulanya memasukkan perkara Sabah diberi autonomi selepas Pakatan Rakyat menang, telah dimansuhkan semula setelah mendapat arahan keras daripada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan, bahawa perkara autonomi bagi Sabah itu akan dipertimbangkan semula selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan. 

Kami sehati sejiwa telah meninggalkan parti pakatan rakyat apabila mengetahui manifesto Pakatan Rakyat Sabah itu hanya sebagai tiket kepada pucuk pemimpin utama PKR menakluki Putrajaya dan menyifatkannya sebagai satu penipuan besar kepada rakyat Sabah, dimana megabaikan Sabah tanpa autonomi yang pernah kami perjuangkan selama ini, semasa dalam Pakatan Rakyat,”katanya. 

Sehubungan itu Saidil yang kerap membantu berkempen bagi calon-calon Barisan Nasional di Kota Belud yang terdiri daripada Datuk Rahman Dahlan (Parlimen Kota Belud), Datuk Seri Salleh Tun Said (Usukan), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk) dan Datuk Herbert Timbon Lagadan (Kadamain) yakin bahawa keempat-empat regu calon BN P.169 dan tiga Dun itu diyakini tetap menang pada lima 5 Mei ini. 

Sementara itu, Mantan Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat Pusat daerah mengundi Kampung Pirasan Harun Nirong menyatakan hasrat yang sama mengajak semua penyokong Pakatan Rakyat khursusnya PKR di Kampung Pirasan dan Kota Belud amnya supaya memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional. 

Beliau yang juga mantan Ketua Perisik dan strategi kempen PKR Kota Belud dan beberapa pengikutnya yang lain menyatakan demikian setelah keluar daripada parti itu dan menyertai Barisan Nasional di sini baru-baru ini. 

Menurut Harun setelah membaca dan menghayati manifesto Barisan Nasional PRU-13 yang mempunyai 17 intipati Aku Janji telah meyakinkan beliau bahawa Basiran Nasional bukan saja menang tetapi boleh membela nasib rakyat dan mengstabilkan keamanan Negara. 

“Saya ingin bagi pihak masyarakat Kota Belud mengalu-alukan pengumuman projek Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas di Teluk Usukan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Kota Belud, baru-baru ini,” Katanya. 

Harun Berkata, keempat-empat gandingan mantap calon Barisan Nosional di Kota Belud itu disifatkannya sebagai pemangkin menjadikan Kota Belud Pusat Pembangun menjelang tahun 2020.

2 comments:

  1. manifsto PR mmg hnya retorik..

    ReplyDelete
  2. Harap2 kg.Buah Pandai tidak lenyap dari peta Sabah, Kekal sebagai kampung Tradisi Nelayan pada masa akan datang..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.