Friday, May 24, 2013

Pemimpin Masyarakat Bidas Cadangan Mansuhkan Dewan Negara

SANDAKAN: Beberapa pemimpin masyarakat di bandar ini kelmarin membidas cadangan yang dibuat pembangkang supaya Dewan Negara dimansuhkan. 

Bercakap kepada New Sabah Times semasa ditemui seorang pesara kerajaan yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Lumantik Beluran iaitu Mohd Jupuri menegaskan cadangan pemimpin tertinggi pembangkang itu dilihat tidak fleksibel memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan sejak merdeka lagi. 

Katanya, tiada sebab untuk memindah Perlembagaan Persekutuan kerana selama ini pun negara berada dalam suasana aman manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membelakangkan mana-mana kaum termasuk pihak pembangkang. 

“Saya tidak nampak apa kebaikannya untuk mencadangkan supaya Dewan Negara dimansuh kerana kalau kita teliti ia mungkin boleh membawa masalah. 

“Oleh yang demikian, cadangan sebegini haruslah dipantau segera agar tidak merebak kerana kesannya tidak baik kepada masa depan negara berperlembagaan seperti Malaysia ini,” jelasnya. 

Mohd yang juga bekas Guru Besar di SK Ladang Sabal Palm menegaskan keburukan seandainya Dewan Negara dimansuh adalah sukar menyuarakan suara rakyat yang selama ini diperjuangkan di dalam dewan. 

Apatah lagi, katanya, kerajaan BN yang sentiasa bersikap terbuka dengan pandangan-pandangan yang dibangkitkan bukan sahaja kalangan wakil rakyat BN malahan dari parti pembangkang. 

“Saya menyifatkan cadangan sebegini mengada-ngada macam sudah ketandusan idea,” ujarnya berseloroh sambil menyuarakan rasa kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang terbabit. 

Sementara itu, mantan Ketua Bahagian PBS Sekong, Datu Salleh Datu Haji Tambuyung pula berkata beliau bukan sahaja tidak setuju dengan cadangan sedemikian malah menyifatkannya sudah keterlaluan. 

Ini katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai perlembagaan asal yang berjaya menyatupadukan semua kaum masakan pula perlembagaannya boleh dipindah begitu saja. 

“Kita kesal dengan cadangan itu … justeru, saya menasihatkan rakyat di negara ini supaya bersatu padu dan menolak sekeras-keras cadangan yang tidak baik untuk masa depan negara tercinta Malaysia,” tegas beliau.


CADANGAN MEMANSUHKAN DEWAN NEGARA ADALAH DATANG DARIPADA DAP MELALUI PENGERUSI KEBANGSAANNYA, KARPAL SINGH. WALAU APAPUN MOTIF DISEBALIK CADANGAN INI, YANG PASTI PEMBANGKANG HARI INI TELAH MULA MENUNJUKKAN SIKAP SOMBONG DAN ENGGAN MENGHORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

KARPAL DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MENYOKONG CADANGAN INI SEPATUTNYA FAHAM MENGENAI PERLEMBAGAAN NEGARA DAN TIDAK SEKALI-KALI MEMBUAT KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN RAKYAT. PEMBANGKANG JUGA PERLU SEDAR BAHAWA PERLEMBAGAAN YANG ADA PADA HARI INI TELAH DITERIMA PAKAI SEJAK KITA MERDEKA LAGI, DAN MELALUI PERLEMBAGAAN JUGALAH NEGARA INI BERUPAYA MENGECAPI KEJAYAAN DAN KEAMANAN SEHINGGA KE HARI INI.

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.