Monday, November 26, 2012

Pembangkang tidak akan berhenti memfitnah

TERIMA KASIH…..Salah seorang murid menerima sumbangan yang disampaikan oleh Musa sambil di saksikan oleh ADUN Gum-Gum Zakaria, ADR Libaran Juslie dan Ketua Pemuda UMNO Libaran Suhaimi Hj Nasir
Pihak pembangkang sanggup menabur pelbagai fitnah, dakyah dan tohmahan untuk meracuni fikiran rakyat supaya membencikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang.

Tujuan pembangkang berbuat demikian adalah untuk meraih simpati rakyat demi mendapatkan sokongan padu terhadap perjuangan sia-sia mereka dan ini jelas membuktikan mereka sudah ketandusan idea dalam usaha mencari pengaruh di peringkat akar umbi.

Menurut Ketua Menteri Sabah, pembangkang masuk kampung keluar kampung hanya untuk bercakap bohong dan menabur janji kosong yang sukar dilakukan; sedangkan BN terus bekerja bagi memastikan masalah rakyat terbela, khusus di kawasan luar bandar.

Musa berkata, rakyat Sabah sebenarnya sudah bijak menilai kerajaan yang terbaik untuk mereka kerana keadaan politik di salah sebuah negeri ditadbir pembangkang boleh dijadikan contoh betapa ruginya rakyat sekiranya tersalah memberikan mandat nanti.

Katanya, apa yang berlaku di negeri berkenaan sekarang semacam tidak menentu menyebabkan rakyat tidak lagi sanggup dengan cara pentadbiran kerajaan sedia ada berbanding sebelumnya apabila ia dikategorikan sebagai negeri termaju di bawah pemerintahan BN.

"Mahukah anda dengan pemerintahan yang akhirnya menyusahkan rakyatnya sendiri. Oleh itu, rakyat dapat menilai dengan apa yang berlaku di negeri berkenaan jika dibandingkan dengan kerajaan kita yang kini terus menumpukan pelbagai pembangunan seperti kemudahan asas, infrastruktur, bekalan air, elektrik dan banyak lagi.

"Percayalah, kalau rakyat tersilap pilih nanti seolah-olah memperjudikan masa hadapan generasi akan datang. Ini kerana, pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa apa lagi untuk membawa pembangunan kepada negeri ini.

"Mereka hanya tahu bercakap bohong dan apa yang paling saya kesal ialah mereka mendakwa konon kerajaan kita gagal membawa pembangunan. Saya nak tanya, apa yang kita gagal, beritahu saya? Mereka tidak nampakkah pembangunan pesat bukan saja di bandar tetapi sampai kawasan luar bandar yang terpencil sekali pun, kita laksanakan program pembangunan," jelasnya.

Baca selanjutnya (DISINI)
 
Betullah kata Datuk Musa, pembangkang hanya cakap bohong dan janji kosong. Buktinya Laporan Ketua Audit Negara 2011 berjaya mendedahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat. Namun pembangkang hari ini lebih advance kerana bohong mereka bukan setakat ke kampung-kampung, malah sudah sampai ke Hong Kong dan Perancis.
 
Disebabkan sikap double standard pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang, lihatlah apa yang berlaku kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat. Negeri-negeri yang mereka tadbir bukannya semakin kaya, sebaliknya pemimpin-pemimpin mereka pula yang kaya-raya. 

32 comments:

  1. kerja pembangkang mmg buat fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kerja pembangkang. fitnah dan bohong

      Delete
  2. all lies goes to opposition

    ReplyDelete
  3. Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

      Delete
    2. Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang. Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan PR Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

      Delete
    3. Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi. Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

      Delete
    4. Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu,kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan. Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

      Delete
    5. PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

      Delete
  4. Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung. Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

      Delete
    2. Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan. Apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Najib membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu,Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

      Delete
    3. Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif. Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

      Delete
    4. Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan. Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

      Delete
  5. Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

      Delete
    2. Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata. Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

      Delete
    3. Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

      Delete
    4. Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

      Delete
    5. Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

      Delete
    6. Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

      Delete
    7. Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS. Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh DAP, sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.

      Delete
  6. SELURUH RAKYAT MALAYSIA SUDAH TAHU MODUS OPERANDI PEMBANGKANG DALAM MENARIK SOKONGAN RAKYAT.. MALAS TURUN PADANG SELESAIKAN MASALAH RAKYAT.. TAPI RAJIN PULA MEMBOHONG, MEMFITNAH DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA..

    ReplyDelete
  7. Sabah Umno liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Tun Said has reminded the people to always be wary of veteran political actors who change their tune after joining the opposition.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Describing this group as having forked tongue, he said such individuals should not be given space as their agenda, clearly was only to serve their personal interest and for their own political survival.

      Delete
    2. "In the political scene of late, it cannot be denied that these political actors have changed their tune since joining the opposition. The intention is to promote themselves and to appear like heroes to draw attention. We must be careful with such a group," he said after opening a Kemas (community development) programme in Kampung Piasau.

      Delete
    3. Also present was state Community Development and Consumer Affairs Assistant Minister Datuk Herbert Timbun Lagadan, who is also Kadamaian assemblyman.

      Delete

    4. Salleh, who is also Kota Belud Barisan Nasional (BN) coordinator, said Parti Bersatu Sabah (PBS), a BN component party, would be defending the Kadamaian seat and Kota Belud BN had no objection if the incumbent (Herbert) was chosen again to contest the seat in the coming 13th general election.

      Delete

    5. "This is because he (Herbert) has served the Kadamaian community well and I am confident it's not a big problem to retain the seat," he said and called on the people to give their full support to BN for stability to prevail, hence allowing continuity of the development agenda.

      Delete

    6. Salleh, who is also a former Sabah chief minister, said the people should be united and stand behind the BN leadership as it had proven to be capable of bringing development and prosperity to the people and country.

      Delete

    7. He said everyone should be forward-looking and not be emotional and follow the opposition's tune.

      Delete
    8. "BN is the best choice for the people as it has a proven good track record in governing the country since independence," he said.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.