Thursday, November 29, 2012

Datuk Musa Aman bijak mengurus kewangan negeri

Sabah bertuah kerana dipimpin oleh Datuk Seri Musa Hj. Aman yang bijak mengurus kewangan negeri, kata wakil Pemuda Umno Sabah, Bahrul Razha Hj. Chuprat.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah juga seorang yang bervisi jauh dan selalu mendidik anggota Umno supaya ikhlas dalam perjuangan.

Katanya, kepimpinan Ketua Menteri dapat dilihat melalui kestabilan ekonomi di negeri itu, antaranya harga hartanah sentiasa meningkat dan Bajet Negeri 2013 yang terbaik dengan peruntukan RM4.088 bilion.

“Selain itu, dengan pengurusan kewangan yang baik, pendapatan kerajaan konsisten RM3.8 bilion setiap tahun (2009-2012), rizab wang RM3 billion, Laporan Perbendaharaan Negara (AG): Sabah pengurusan kewangan terbaik dan berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama 12 tahun berturut-turut.

“Pengurusan kewangan yang cemerlang juga berjaya menarik ramai pelabur datang ke Sabah. Setakat Jun 2012, 24 syarikat diluluskan untuk melabur di Sabah dengan nilai pelaburan RM4.86 bilion yang pastinya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru,” katanya.
 
Baca Selanjutnya (DISINI)

30 comments:

  1. emasa Musa dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah, simpanan Sabah hanya RM200 juta. Sejak itu, dari tahun ke tahun simpanan negeri terus bertambah, sehinggalah mencapai RM3bilion.

    ReplyDelete
  2. Ketua Audit Negara memperakui, bahawa pengurusan Kewangan Negeri antara yang terbaik

    ReplyDelete
  3. Bukan hanya pengurusan kewangan malah pengurusan hutan juga.

    ReplyDelete
  4. Sememangnya Sabah menyumbang banyak kepada negara bukan saja pada sumber alam dan bahan mentah malah membawa negara ke mata dunia.

    ReplyDelete
  5. Sepanjang tempoh lima dekad sejak 1963, hanya ada tiga orang pemimpin di Sabah yang berjaya memegang jawatan Ketua Menteri Sabah bagi tempoh yang lama. Antara pemimpin-pemimpin itu ialah Tan Sri Harris Salleh, Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Seri Musa Haji Aman. Secara kebetulan, ketiga-tiga pemimpin ini telah dan sedang memegang jawatan tersebut bagi tempoh 9 tahun. Bermakna sepanjang tempoh lima dekad ini belum ada Ketua Menteri Sabah yang berjaya melepasi tempoh 10 tahun. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa Datuk Musa Aman akan memecahkan rekod pemerintahan paling lama atau melepasi tempoh 10 tahun bagi kerajaan negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak mustahil Datuk Musa mampu terus memimpin negeri ini untuk beberapa penggal lagi berdasarkan reputasi cemerlang pemerintahan beliau sejak mengambil-alih tapuk pemerintahan negeri Sabah. Walaupun ada segelintir rakyat di negeri ini yang kurang berpuas hati dengan hasil pimpinan beliau, namun situasi itu bukan ditahap yang kritikal melainkan sekadar "disensasikan" oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

      Delete
    2. Walaupun pembangunan di negeri ini masih tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, malah masih wujud masalah-masalah seperti kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mempertikaikan kemampuan pimpinan Datuk Musa Aman kerana penduduk di setiap kawasan mempunyai Wakil Rakyat mereka sendiri yang lebih tepat untuk dpersalahkan. Dan yang paling penting sekali ialah pembangunan atau transformasi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu proses yang berterusan, bukannya mengikut penggal lima tahun.

      Delete
    3. Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor. Fakta ini sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran bahawa Datuk Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

      Delete
    4. Walau bagaimanapun, keluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini. Buktinya, rezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia.

      Delete
    5. Selain itu, kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman juga berjaya menarik ramai pelancong dan pelabur yang akhirnya mendorong kepada pelaksanaan pelbagai projek-projek pembangunan di negeri ini.

      Delete
    6. Mungkin disebabkan reputasi cemerlang Datuk Musa Aman, ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang cuba untuk menjatuhkan beliau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa bersekongkol dengan orang luar yang berpotensi menjahanamkan ekonomi negeri Sabah.

      Delete
  6. soal perpaduan mesti diutamakan

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri Musa sememangnya mempunyai perancangan jangka panjang memajukan rakyat dan negeri ini

    ReplyDelete
  8. KM begitu komited mahu menentukan halatuju kemajuan dan pembangunan yang diperkenalkannya dahulu itu mencapai matlamat

    ReplyDelete
  9. usaha itu sejajar dengan objektif dalam Rancangan Malaysia ke-10

    ReplyDelete
  10. peningkatan produktiviti dan daya saing negara memerlukan tenaga kerja kreatif, berinovasi dan berintegriti

    ReplyDelete
  11. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman’s financial management of the Sabah government’s coffers and his forest management policies is rated the best in the nation, said state veteran leader Tan Sri Herman Luping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He said Musa, who has helmed the state government since the past nine years, had not only ensured the state government prospered, but had also given more political stability, prosperity and infrastructural development in the state.

      Delete
    2. “Sabah under him (Musa) is definitely in rapid progress modem,” Luping told Bernama here.

      Delete
    3. Luping, a former Deputy Chief Minister during the Usno era, said Musa’s comprehensive strategy, which took into account resources from the state and federal agencies, kick-started his vision for a better and more progressive Sabah.

      Delete

    4. “When Musa took office, he introduced a blueprint on a strategic state development agenda called ‘Halatuju’, which focused on an aggressive effort to fully realise the state’s tourism, agriculture and manufacturing potentials.

      Delete

    5. “It is this ‘Halatuju’ that propelled the three sectors by leaps and bounds over the years. These three economic activities were the key in Musa’s quest to hasten the state’s economic growth and in the process, improved the well-being of the people,” he added.

      Delete
    6. Luping said the significant growth and contributions of the three sectors to the state’s economy were obvious now for everyone to see, with tourism emerging as a rising industry with increasing tourist arrivals and construction of more hotels.

      Delete

    7. Sabah recorded an all time high of 2.84 million tourists last year, generating a revenue of RM4.98 billion.

      Delete

    8. There are 450 hotels of various grades throughout Sabah, offering some 18,000 rooms, and the average occupancy rate is 70 per cent.

      Delete
    9. Another 6,000 rooms are expected to be made available in time for the expected arrival of 3.6 million visitors by 2015, said Luping.

      Delete

    10. In the agricultural sector, he said the emphasis was to enhance food production by increasing domestic production and reducing the state’s dependence on imported food products.

      Delete

    11. According to Luping, Sabah has about 2.5 million hectares of land suitable for agricultural development and to date, approximately 1.5 million hectares has been developed.

      Delete

    12. The agricultural sector contributed RM7.24 billion in revenue in 2010, he said.

      Delete
    13. Luping said the manufacturing sector was moving at a fast pace with 53 projects approved last year, involving a total capital investments of RM1.5 billion.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.