Tuesday, August 6, 2013

Projek IC 1991: Anwar Menteri Kewangan sementara Musa Aman hanya bendahari umno

Tunjuklah apa saja bukti sekalipun, samada dalam bentuk dokumen, gambar mahupun video.. Anwar tetap akan nafikan penglibatan beliau dalam projek IC di Sabah. Malah Anwar sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit hanya untuk membayar khidmat peguam-peguam handalan dari luar negara bagi mempertahankan beliau sebagaimana yang dilakukan bagi kes liwatnya. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga berkeupayaan menggerakkan penyokong-penyokong butanya ke jalanraya atau dihadapan mahkamah bagi mempertahankan beliau dari dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Begitulah hebatnya Anugerah Tuhan yang sentiasa mendapat pembelaan luar biasa dari penyokong-penyokongnya dalam setiap jenayah yang dilakukan.

Berdasarkan laporan di Borneo Insider, Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi Manusia PKR Latheefa Koya berkata bahawa Anwar telah menafikan penglibatannya dalam Projek IC dan dalam masa yang sama beliau turut menamakan tiga individu lain yang terlibat dalam projek itu. Peliknya penafian yang dibuat oleh Anwar ini termasuk tuduhan tiga individu yang terlibat, lantas diterima dengan baik oleh para penyokongnya dan juga pemimpin-pemimpin bawahannya seperti Latheefa Koya. Tidak timbul sedikitpun persoalan lain sekalipun mereka tahu bahawa Anwar adalah menteri kewangan pada tahun 1991 dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Malah Anwar mengakui bahawa beliau tahu mengenai kewujudan Projek IC ini dan tahu siapa yang terlibat, tapi peliknya tidak ada pula tindakan dipihak beliau pada waktu itu, malah beliau membantah cadangan penubuhan RCI oleh PBS?

Dalam laporan Borneo Insider, portal itu turut menyebut nama Musa Aman bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap penafian dan putar belit Anwar. Entah apa motif Borneo Insider menyelitkan semula penafian yang dibuat oleh Musa sedangkan berita itu lebih dulu tersebar luas sebelum Anwar tampil memberikan keterangan. Mungkin juga portal itu sekadar mahu pembaca melakukan perbandingan tentang siapa yang lebih layak dihakimi, atau sekadar mengaburi mata rakyat terhadap cubaan putar belit Anwar yang kononnya akan mendedahkan tiga nama/dalang. Sungguhpun Musa telah menafikan penglibatan beliau dalam skandal projek IC ini namun penulis amat yakin bahawa penyokong-penyokong serta media pro pembangkang tidak semudah itu mempercayai penafian yang dibuat sebagaimana mereka menelan bulat-bulat penafian dan putar belit Anwar. Namun jika kita imbas kembali karier politik kedua-dua pemimpin ini, pasti ramai yang bersetuju bahawa Anwar lebih hampir dengan skandal projek IC berbanding dengan Musa.

Menurut pembohongan Dr Chong Eng Leong, satu jawatankuasa khas yang kononnya diketuai oleh Musa telah ditubuhkan pada tahun 1991 bagi tujuan mencari pendatang haram untuk didaftarkan sebagai ahli parti supaya mereka mengundi Barisan Nasional. Namun bagaimana Musa boleh mengetuai jawatankuasa itu sedangkan pada waktu itu beliau hanya bendahari umno manakala Anwar adalah Menteri Kewangan, malah pada tahun 1992, Musa hanya memegang jawatan bendahari Barisan Nasional sedangkan Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Jesteru bagaimana Musa boleh dituduh sebagai dalang projek IC sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa yang membolehkan beliau menguasai jabatan-jabatan kerajaan sebagaimana kuasa yang ada pada Anwar?.. malah Musa juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mendaftarkan warga asing sedangkan Anwar boleh tersenyum lebar apabila beliau mendapat pencalonan terbanyak dari Sabah bagi jawatan Timbalan Presiden umno pada tahun 1993?

Agaknya jika Chong Kah Kiat masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah hari ini, beliau juga mungkin akan dituduh sebagai dalang projek IC, kerana tuduhan pembangkang bukan berdasarkan bukti kukuh, sebaliknya berdasarkan siapa yang berada ditampuk kuasa. Sebab itu penulis amat yakin bahawa setiap pendedahan atau tuduhan pembangkang bukan atas dasar mahu mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar mahu menjatuhkan kerajaan supaya mereka boleh melaksanakan agenda yang lebih ekstrem dari pengganas..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.