Monday, May 27, 2013

Anak Lajim Ukin Didakwa Guna Dokumen Palsu Berhubung Pelaksanaan Projek

KUALA LUMPUR: Seorang anak bekas timbalan menteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Datuk K. Kumarendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana anak guamnya itu memberi kerjasama penuh kepada SPRM sejak kesnya disiasat pada Ogos tahun lepas.

Beliau turut memaklumkan anak guamnya itu datang secara sukarela ke mahkamah pada hari ini. Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes.


MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI.. 

KES ANAK NAZRI ATAU ANAK PEMIMPIN-PEMIMPIN BN YANG LAIN, BUKAN MAIN GANAS DISERANG OLEH RAFIZI, ZURAIDA DAN KONCO-KONCONYA.. SIAP MENGENDAP AKTIVITI KELUARGA NAZRI SEMATA-MATA MAHU MENCARI BUKTI YANG BOLEH DIPOLITIKKAN.. TAPI BILA KENA PADA LAJIM UKIN, ATAU LEBIH TEPAT LAGI ORANG KUAT ANWAR IBRAHIM DI SABAH, SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG SEBELUM INI SINONIM DENGAN PERJUANGAN MEMBANTERAS RASUAH SEAKAN-AKAN TERKUNCI MULUT MEREKA..

RAFIZI RAMLI YANG SELAMA INI AMAT RAJIN TURUN PADANG MENCARI BAHAN BUKTI SEPATUTNYA TAMPIL MENYUMBANG KEPAKARAN BELIAU DENGAN MEMBANTU PIHAK SPRM SUPAYA SI TERTUDUH TIDAK TERLEPAS DARI DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. JIKA RAFIZI SANGGUP TERBANG DUA KALI KE HONG KONG BERTEMU DENGAN ICAC HANYA KERANA PEMBOHONGAN BELIAU TIDAK LAKU DI MALAYSIA, BAGAIMANA PULA DENGAN KES ANAK LAJIM UKIN?? SANGGUPKAH BELIAU MENGORBANKAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK MEMASTIKAN ANAK LAJIM UKIN MERINGKUK DALAM PENJARA?????

SIKAP DOUBLE STANDARD TIDAK SEPATUTNYA WUJUD DALAM USAHA MEMBANTERAS RASUAH. BILA LAGI PEMBANGKANG MAHU TUNJUKKAN SIKAP TELUS, JUJUR, BERSIH, MURNI DAN ADIL MEREKA JIKA BUKAN HARI INI??????????

LAJIM??... KENAPA SANG BAPA SENYAP MEMBISU BILA ANAK SENDIRI KANTOI?? KALI INI TIDAK MAHU BUAT AKUAN BERSUMPAH KERR....???

Sunday, May 26, 2013

ANWAR SEMAKIN GILA KUASA SELEPAS PRU-13?

KOTA BELUD : Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa Pakatan Rakyat memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab dan menghormati keputusan rakyat yang memberikan majoriti mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Sambil menyifatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Gila Kuasa' kerana tidak dapat menerima kekalahan, beliau berkata Anwar tidak sepatutnya mempersoal keputusan PRU13 dan kesahihan kerajaan persekutuan hari ini.

"Menang tetap menang dan kita mengamalkan demokrasi. Dia (Anwar) tidak perlu menggunakan orang muda untuk mengejar kepentingan peribadinya menjadi perdana menteri, sebaliknya mendidik mereka dengan menekankan prinsip-prinsip pilihan raya demokrasi di mana yang kalah mesti dapat menerima yang menang.

"Kita perlu bergerak ke depan. Kita akan bertarung sekali lagi pada pilihan raya akan datang, saya berpendapat orang ramai sudah bosan dengan cara dia berpolitik. Sebenarnya BN tewas di Kadamaian (kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kota Belud), dan kami menghormati keputusan dan tidak akan menganiaya pengundi.

"Sebaliknya, kami akan bekerja keras untuk menguasainya semula," katanya pada majlis kesyukuran sempena kemenangan BN di Dewan Komuniti Kota Belud di sini Sabtu.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud.

Salleh, yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Sabah dan Adun Usukan menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang adalah 'kerajaan majoriti dan bukan kerajaan minoriti".

"Kita menerima demokrasi berasaskan kepada sistem parti. Kerajaan minoriti bermakna tiada parti yang menang lebih daripada separuh jumlah kerusi yang ditandingi. Pada pilihan raya baru-baru ini, sudah jelas BN menang lebih daripada itu," katanya.

Berhubung cakap-cakap bahawa BN akan dibuka kepada keanggotaan langsung, beliau berkata kempen itu perlu dipertingkatkan dengan satu pendekatan baharu bagi memenangi hati pengundi muda dan bandar.

Sementara itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara dan Sabah.

--BERNAMA

Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU-13

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

"Kami ada komitmen," Jusuf dipetik sebagai berkata. "Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,".

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

--BERNAMA

Voters didn’t buy ‘lie’ on marine park

The speedboat race was one of the water sports featured during the annual Marudu Bay Carnival in Kota Marudu yesterday. The other events were boats decoration and fishing competition. The carnival was held to promote the beauty of the coastal bay and its biodiversity, mangrove swamps and marine resources, including for eco-tourism.
KOTA MARUDU: The opposition’s lie during the election campaign that the gazetting of Tun Mustapha Marine Park would involve six kilometers of non-coastal land, including in Matunggong, had failed to influence voters in the coastal areas, according to Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili.

He said the opposition had used every tactic to scare the people from voting for Barisan Nasional including cooking up ‘illogical’ facts that the proposed marine park would result in the government taking over their non-coastal land.

“Thankfully, the voters in the coastal areas were not taken in by this rubbish concocted by the opposition to confuse the people, but instead we gained increased majority votes in these areas,” he said when opening the Marudu Bay Carnival here, yesterday.

Ongkili, who is also Kota Marudu Member of Parliament, said it was important for people to always question such claims by asking for concrete facts and data, especially as there were many unverified information in cyber space that was quickly spread as ‘facts’.

The decorated boats are one of the features of the colourful Marudu Bay Carnival, an annual activity in Kota Marudu.
He pointed out that the proposed marine park was part of the international and state efforts to conserve and develop resources at the area, which is rich in biodiversity, for the well-being of the people living there.

“These involve protection of the fisheries and banning of destructive fishing methods that will cause depletion of the marine resources.

“The claim that the gazetting of the marine park will involve taking six kilometers of the people’s land is a blatant lie and an illogical one. If this was true, we would also protest together with the people.

“And this claim clearly shows that the opposition will twist anything to gain the people’s vote by hoodwinking them,” he said.

Ongkili said conservation and development efforts for the proposed park would instead involve consultation with the people living in the area.

On the annual Marudu Bay Carnival, he said it was one of the efforts to promote the beauty of the coastal bay and its biodiversity, mangrove swamps and marine resources, including for eco-tourism. He also reminded the residents to upkeep the cleanliness of the bay.

Marudu Bay covers Kudat, Pitas and Kota Marudu districts right up to Pulau Banggi. Its valuable resources have been recognised and Marudu Bay is part of the five-country continental shelf and the Coral Triangle Initiative on Coral Reefs, Fisheries and Food Security, as well as part of the proposed 1.02 million hectares Tun Mustapha Marine Park in northern Sabah. The proposed park is also home to endangered marine animals, such as green sea turtles and dugongs.

Saturday, May 25, 2013

Natassia quits PKR after Ansari

KOTA KINABALU: PKR National Youth Exco from Sabah, Dr Natassia Sarah has quit the party today, soon after her soon-to-be father in law, Ansari Hj Abdullah did the same today.

Dr Natassia handed over her resignation letter to its youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin, at the Keadilan 9th National Congress, at MBPJ Hall, in Petaling Jaya, today.

“De Facto leader of PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) has destroyed my faith on his platform of principles,” she wrote in her Facebook posting later.

--Read More HERE

Ketua Cabang PKR Keluar Parti Adalah Perkara Biasa Kata Azmin

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan Ketua PKR Cabang Tuaran, Ansari Abdullah yang mengisytiharkan keluar dari parti sebagai perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti politik.

"Isu calon ini berlaku dalam semua parti politik...akhirnya parti perlu membuat keputusan dan satu kawasan hanya kita boleh hantar satu calon. Maka sudah tentulah ada yang tidak puas hati," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Nasional Keadilan di sini, Sabtu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata parti perlu terlebih dahulu melalui proses rundingan yang kadangkala mengambil tempoh yang panjang sebelum membuat keputusan.

Katanya, sekiranya kata putus masih belum dicapai melalui proses rundingan tersebut, pimpinan tetap perlu membuat keputusan yang pastinya akan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu.

"Apabila keputusan dibuat, sudah tentulah ada pihak yang terima dan tak terima," katanya.

Ansari pada Jumaat mengumumkan keluar parti melalui laman Facebook miliknya.

Beliau berkata sudah lama memasang niat untuk meninggalkan bidang politik tetapi terpaksa menangguhkan hasrat tersebut demi menjaga hati rakan seperjuangan yang memintanya tidak berbuat demikian.


BETUL LAH KATA AZMIN BAHAWA KETUA CABANG PKR KELUAR PARTI ADALAH PERKARA BIASA BAGI PARTI ITU. BEBERAPA HARI SEBELUM HARI MENGUNDI (5 MEI), EMPAT KETUA CABANG PKR SABAH JUGA TELAH KELUAR MENINGGALKAN PARTI ITU ATAS ALASAN YANG SAMA. MALAH BERATUS AHLI TERMASUK AJK PKR SABAH JUGA TELAH KELUAR MENYERTAI UMNO, DAN DIJANGKA BERIBU LAGI AKAN MELAKUKAN TINDAKAN YANG SAMA.. SO, MEMANG BETUL LAH TINDAKAN KELUAR PARTI DALAM PKR ADALAH PERKARA BIASA..

ALASAN YANG CUBA DIKETENGAHKAN AZMIN DENGAN MENGGAMBARKAN ANSARI DIPIHAK YANG SALAH KERANA ENGGAN MENERIMA KEPUTUSAN PARTI ITU TERNYATA TIDAK CUKUP MEYAKINKAN. JIKA BENARLAH KEPUTUSAN YANG DIBUAT MENGAMBIL TEMPOH YANG PANJANG, BAGAIMANA KEPUTUSAN ANWAR LEBIH MEMIHAK KEPADA WILFRED BUMBURING DAN LAJIM UKIN YANG BELUMPUN GENAP SETAHUN MENYERTAI PARTI ITU?? DISEBABKAN KEPUTUSAN TERBURU-BURU ANWAR, MAKA TERPAKSALAH ANWAR BERPUTIH MATA SETELAH GAGAL MENAWAN DUA KERUSI PARLIMEN (BEAUFORT DAN TUARAN).

KEGAGALAN PKR MENAWAN DUA KERUSI PARLIMEN TERSEBUT ADALAH BUKTI KUKUH BAHAWA PKR TERLALU LEMAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.. BUKAN KERANA KEKURANGAN GOLONGAN BIJAK PANDAI DALAM PARTI ITU, TETAPI DISEBABKAN OLEH SIKAP ANWAR YANG LEBIH MEMENTINGKAN KRONI DAN NAFSU BELIAU BERBANDING DENGAN TUNTUTAN AHLI-AHLINYA.. KELEMAHAN SEPERTI INI JUGALAH YANG MEMBUATKAN ANWAR GAGAL MENCAPAI IMPIANNYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI.. NAMUN DISEBABKAN SIKAP MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SUDAH MENJADI DARAH DAGING ANWAR, MAKA SEMUA KELEMAHAN BELIAU DENGAN MUDAH DISEMBUNYIKAN SEMUDAH MENUDUH SPR DAN BN MELAKUKAN  PENIPUAN PILIHANRAYA.

DENGAN TINDAK TANDUK ANWAR SEJAK KEBELAKANGAN INI YANG BANYAK MENIMBULKAN RASA MELUAT DAN MENYAMPAH DIKALANGAN RAKYAT NEGARA INI, SAYA HARAP LEBIH RAMAI AHLI-AHLI PKR ATAU PAKATAN RAKYAT AKAN MENGIKUT JEJAK LANGKAN ANSARI..

Akhirnya Ansari Abdullah Isytihar Keluar PKR Selepas Diperbodohkan Anwar

AIDCNews – 25/05/13 – Ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah dilaporkan FMT hari ini mengumumkan beliau telah meletak semua jawatan dan sekaligus bertindak keluar parti itu.

Ansari menyertai PKR kira-kira 14 tahun lalu dan pernah dilantik sebagai Pengerusi PKR Sabah pada tahun 2007/2008.

Dalam satu kenyataan ringkas disiarkan di laman sosial beliau pagi ini, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara awal daripada politik, namun permintaan daripada rakan-rakan, beliau menangguhkan pengumuman itu sehingga hari ini.

“Saya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti. Saya kini digantung sebagai ahli tanpa apa-apa tempoh masa. Saya tidak menerima ‘surat tunjuk sebab’. Begitu banyak keadilan dan proses yang sewajarnya.

“Saya mengkritik kepimpinan kerana mereka adalah salah kerana membenarkan 2/3 daripada kerusi di Sabah dipertandingkan oleh bukan ahli, APS (Angkatan Perpaduan Sabah) dan PPPS (Pertubuhan Pakatan Perpaduan Sabah ), menggunakan simbol Parti Keadilan, “katanya.

Ansari berkata APS yang dipimpin Datuk Seri Wilfred Bumburing dan PPPS yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin telah tewas di semua kerusi parlimen yang dipertandingkan dan mereka hanya menang hanya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Tamparuli dan Klias.

Menurutnya penolakan tiga suku daripada calon-calon yang dicadangkan oleh tujuh bahagian PKR di pantai barat zon utara Sabah, menunjukkan bahawa ibu pejabat parti itu masih berkeras mengawal PKR Sabah dari Kuala Lumpur.

Ini bertentangan dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berjanji mahu memberi autonomi kepada Sabah.

Friday, May 24, 2013

Jika Ada Tiga Anifah Aman, Sabah Sudah Maju 15 Tahun Dihadapan Selangor

JIKA ada tiga orang Anifah Aman, mungkin Sabah sudah maju 15 tahun di hadapan Selangor kerana Sabah kaya dengan sumber alam. Namun Sabah hanya mempunyai seorang Anifah yang telah berani menegur Kerajaan Persekutuan dan GLC yang digelar 'lintah darat' oleh rakyat Sabah iaitu Petronas. 

Bagaimanapun Pembangkang tidak mempunyai ahli politik berkaliber di Sabah untuk meraih lebih kerusi parlimen dan hanya berjaya mendapat 3 kerusi parlimen sekalipun gedang perang yang dipalu seolah-olah BN kehilangan kesemua 25 kerusi parlimen. 

Tidak ada walau seorang pemimpin atau ahli politik di Malaysia dapat membaca apa yang ada di minda Anifah sejak lima tahun lalu (2008) pada pilihanraya 5 Mei lalu; jika ada, sudah pasti BN kehilangan banyak kerusi jika pembangkang dapat memainkan isu yang disuarakan Anifah; malah jika pemimpin BN arif; tidak ada satu kerusi parlimen dan DUN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 5 Mei lalu. 

Kerajaan Transformasi 2013 seharusnya mengkaji semula apa yang telah dijelaskan oleh Anifah dalam perbahasan di Dewan Rakyat dan boleh disemak terus daripada Hansard Parlimen kerana Sabah tidak mungkin dibina dalam tempoh 24 jam! 

Berikut Hansard Parlimen bertarikh 7 Mei 2008 yang tersimpan rapi dalam Sejarah Politik Malaysia membuktikan apa yang dikata Anifah di Dewan Parlimen bukan omong kosong dan terbukti didasarkan daripada kajian mendalam yang dilakukan; sebelum dicerakinkan dalam bentuk pembangunan.

Baca Selanjutnya di SABAHKINI

Fitnah: Pembangkang Kantoi LAKONKAN Drama Black Out Hari Mengundi

KUALA LUMPUR: Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi. 

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. 

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. 

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. 

Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. 

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. 

Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. 

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya. 

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. 

Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU-13. 

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. 

"Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya. 

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah. 

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara. 

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya.

--BERNAMA

Pemimpin Masyarakat Bidas Cadangan Mansuhkan Dewan Negara

SANDAKAN: Beberapa pemimpin masyarakat di bandar ini kelmarin membidas cadangan yang dibuat pembangkang supaya Dewan Negara dimansuhkan. 

Bercakap kepada New Sabah Times semasa ditemui seorang pesara kerajaan yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Lumantik Beluran iaitu Mohd Jupuri menegaskan cadangan pemimpin tertinggi pembangkang itu dilihat tidak fleksibel memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan sejak merdeka lagi. 

Katanya, tiada sebab untuk memindah Perlembagaan Persekutuan kerana selama ini pun negara berada dalam suasana aman manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membelakangkan mana-mana kaum termasuk pihak pembangkang. 

“Saya tidak nampak apa kebaikannya untuk mencadangkan supaya Dewan Negara dimansuh kerana kalau kita teliti ia mungkin boleh membawa masalah. 

“Oleh yang demikian, cadangan sebegini haruslah dipantau segera agar tidak merebak kerana kesannya tidak baik kepada masa depan negara berperlembagaan seperti Malaysia ini,” jelasnya. 

Mohd yang juga bekas Guru Besar di SK Ladang Sabal Palm menegaskan keburukan seandainya Dewan Negara dimansuh adalah sukar menyuarakan suara rakyat yang selama ini diperjuangkan di dalam dewan. 

Apatah lagi, katanya, kerajaan BN yang sentiasa bersikap terbuka dengan pandangan-pandangan yang dibangkitkan bukan sahaja kalangan wakil rakyat BN malahan dari parti pembangkang. 

“Saya menyifatkan cadangan sebegini mengada-ngada macam sudah ketandusan idea,” ujarnya berseloroh sambil menyuarakan rasa kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang terbabit. 

Sementara itu, mantan Ketua Bahagian PBS Sekong, Datu Salleh Datu Haji Tambuyung pula berkata beliau bukan sahaja tidak setuju dengan cadangan sedemikian malah menyifatkannya sudah keterlaluan. 

Ini katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai perlembagaan asal yang berjaya menyatupadukan semua kaum masakan pula perlembagaannya boleh dipindah begitu saja. 

“Kita kesal dengan cadangan itu … justeru, saya menasihatkan rakyat di negara ini supaya bersatu padu dan menolak sekeras-keras cadangan yang tidak baik untuk masa depan negara tercinta Malaysia,” tegas beliau.


CADANGAN MEMANSUHKAN DEWAN NEGARA ADALAH DATANG DARIPADA DAP MELALUI PENGERUSI KEBANGSAANNYA, KARPAL SINGH. WALAU APAPUN MOTIF DISEBALIK CADANGAN INI, YANG PASTI PEMBANGKANG HARI INI TELAH MULA MENUNJUKKAN SIKAP SOMBONG DAN ENGGAN MENGHORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

KARPAL DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MENYOKONG CADANGAN INI SEPATUTNYA FAHAM MENGENAI PERLEMBAGAAN NEGARA DAN TIDAK SEKALI-KALI MEMBUAT KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN RAKYAT. PEMBANGKANG JUGA PERLU SEDAR BAHAWA PERLEMBAGAAN YANG ADA PADA HARI INI TELAH DITERIMA PAKAI SEJAK KITA MERDEKA LAGI, DAN MELALUI PERLEMBAGAAN JUGALAH NEGARA INI BERUPAYA MENGECAPI KEJAYAAN DAN KEAMANAN SEHINGGA KE HARI INI.

Wednesday, May 22, 2013

Abdul Rahman Pelawa Pembangkang Sumbang Idea

KANGAR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan Selasa mempelawa pakatan pembangkang menyumbang idea bagi menangani isu berkaitan kementeriannya.

Beliau berkata mereka boleh duduk bersamanya tanpa komitmen rasmi untuk bersama-sama mencari jalan mengatasi isu berbangkit, tanpa perlu berbahas di Parlimen.

"Elakkan Parlimen jadi tempat percakaran. Ada isu yang boleh diselesaikan di luar Parlimen atau peringkat kementerian," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri perasmian bangunan baharu Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, di sini.

Katanya cara itu juga dapat mengurangkan pembaziran masa ketika persidangan Parlimen kerana pembangkang tidak perlu lagi membangkitkan isu yang sudah selesai.

Mengulas isu lain, Abdul Rahman menyarankan JBPM mewujudkan pusat sehenti di setiap balainya dengan tujuan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kebakaran khususnya.

Bantuan kemanusiaan yang dimaksudkan ialah membantu mangsa mendapat dokumen penting yang musnah dalam kebakaran dan sebagainya, kata Abdul Rahman.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.


DARIPADA MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMUASKAN NAFSU POLITIK ANWAR IBRAHIM, BAIK PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG SAHUT SERUAN DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN SUPAYA MENYUMBANG IDEA BAGI MENANGANI ISU BERKAITAN KEMENTERIAN BELIAU. LEBIH BERBALOI UNTUK SEMUA LAPISAN DAN GOLONGAN MASYARAKAT BERBANDING DENGAN MENGAJAK RAKYAT MEMBUANG MASA MENDENGAR SANDIWARA PEMBOHONGAN ANWAR.

SAMPAI BILA PEMBANGKANG MAHU MEMPERKUDAKAN RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN ANWAR IBRAHIM? SEMUA PERSOALAN DAN KEMUSYKILAN PEMBANGKAN SUDAHPUN TERJAWAB.  SALURAN YANG DISEDIAKAN, TIDAK PULA DIGUNAKAN...

MENGENAI DAKWAT KEKAL; SPR SUDAH TUBUHKAN PASUKAN KHAS UNTUK MENYIASAT KENAPA DAKWAT ITU TIDAK KEKAL. MUNGKIN SELEPAS INI PAKATAN BOLEH CADANGKAN SUPAYA SPR MENGGUNAKAN INAI ATAU TATU SUPAYA TANDA ITU KEKAL UNTUK TEMPOH YANG LAMA. BERANI??

MENGENAI PENGUNDI HANTU; PETUGAS-PETUGAS MEREKA SENDIRI MENG"KANTOI"KAN PAKATAN SELEPAS MEREKA GAGAL MENJEJAKI 40 RIBU PENGUNDI HANTU YANG KONONNYA DITERBANGKAN KE SEMENANJUNG DARI SABAH DAN SARAWAK. BILA PENGUNDI HANTU ITU GAGAL DIKESAN, AKHIRNYA YANG MENJADI MANGSA IALAH RAKYAT TEMPATAN SEPERTI CHUA LAI FATT HANYA KERANA BELIAU BERKULIT GELAP. 

INILAH AKIBATNYA TERLALU TAKSUB MAHU MEMBUKTIKAN KONONNYA BERLAKU PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-13, AKHIRNYA PEMIMPIN PAKATAN SENDIRI MELUTUT MEMOHON MAAF.

MENGENAI PENGAKUAN SEORANG "PELAKON" TAJAAN PAKATAN RAKYAT, KONONNYA BELIAU BOLEH MENGUNDI DUA KALI, JUGA HANYA PEMBOHONGAN SEMATA-MATA KERANA INDIVIDU ITU SENDIRI MENGAKUI BAHAWA BELIAU TIDAK MENGUNDI UNTUK KALI KEDUA, SEBALIKNYA HANYA MENGAMBIL NOMBOR GILIRAN SEBAGAI BUKTI..

JESTERU, RAKYAT YANG SELAMA INI TERLOPONG MENDENGAR SANDIWARA RAJA DRAMA ANWAR IBRAHIM, HENTIKANLAH MENGAGUNG-AGUNGKAN ORANG INI JIKA MAHU TERUS MENIKMATI KEAMANAN SEPERTI SEBELUMNYA. DAN JIKA PEMBANGKANG BENAR-BENAR MAHU MEMBANGUNKAN NEGARA, BERILAH KERJASAMA DENGAN KERAJAAN BN SEBAGAIMANA YANG DISUARAKAN OLEH DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN.

Blame Yourself For Defeat

GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat lost the recent general election because its campaign strategy was faulty, not because it was the victim of fraud, according to the Malaysian Election Observers Network (Meonet). 

Meonet Chief, Ong Boon Keong said today that his organisation’s ground study found Pakatan did not have an effective strategy to penetrate Barisan Nasional’s rural vote bank, especially in Sabah and Sarawak. 

He noted that virtually all of Pakatan’s claims of fraud involved urban constituencies, where it was more successful than BN. 

“Strategically, Pakatan’s claim that fraud robbed it of victory is misplaced,” Ong told FMT. 

Meonet’s team of volunteers monitored the election in Sabah and Sarawak. 

Ong said BN effectively engaged the local chieftains and power brokers in the two states to secure the rural votes. He urged Pakatan to take a good look at its own campaign strategy, saying it would not be able to take over Putrajaya until it could penetrate BN’s rural vote bank. 

Meanwhile, Communications and Multimedia Minister Ahmad Shabery Cheek has described the Pakatan protest rallies as a “crazy fiesta” held by disenchanted groups who could not accept defeat. A total 11,054,577 votes were recorded for the parliament contest in the May 5 election. 

Pakatan garnered 5,623,984 of the popular votes (60%) against BN’s 5,237,699 (47.4%), and leaders of the opposition alliance have been citing these figures to claim that they were the rightful victors. 

The three parties in Pakatan collectively won 88 parliament seats against BN’s 133. Pakatan-friendly PSM won the Sungai Siput seat to make it 89 for the opposition. 

What the Pakatan leaders have not highlighted is that Umno won the most popular votes among individual parties. Umno secured 29.3% popular votes and won 88 federal seats, leaving the second biggest party, DAP, far behind with 15.7% and 38 seats. 

Penang Gerakan leader Baljit Singh has called on opposition leaders to accept their defeat gracefully. Using the analogy of a football match, he said the opposition should realise that the team that scored more goals would win a match, not the team with the most fans in the stadium. 

“Likewise, under the country’s first-past-the-pole election system, a party needs to win more seats, not just popular votes, to triumph,” said Baljit.

--FREE MALAYSIA TODAY

Tuesday, May 21, 2013

Dalang Pencerobohan Lahad Datu Tidak Akan Didedah

KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Ahmad Shabery Beri Keutamaan Kurangkan Caj Internet

PUTRAJAYA: Mengembangkan infrastuktur komunikasi dan caj internet lebih murah antara fokus utama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bagi memastikan pendemokrasian komunikasi di kalangan rakyat di negara ini. 

Beliau berkata perbincangan awal mendapati pengurangan caj boleh dilakukan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk peniaga kecil dan untuk itu kajian mengenai perbandingan caj dengan negara-negara lain akan dilakukan. 

“Kemudahan komunikasi sudah menjadi suatu perkara asas. Dulu asasnya jalan raya, api (elektrik) dan air tetapi sekarang liputan telefon dan broadband (jalur lebar)” katanya kepada pemberita di sini kelmarin. 

Ahmad Shabery sebelum itu menghadiri majlis serah tugas antara bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dengan beliau dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf. 

Ahmad Shabery berkata undang-undang untuk melindungi rakyat turut diberi perhatian termasuk mengenai masalah panggilan terputus atau ‘drop call’ serta caj jalur lebar sekiranya perkhidmatan itu terputus selama beberapa hari. 

Katanya beliau juga komited untuk meneruskan pelaksanaaan ideologi berasaskan kebebasan bersuara melalui kementerian, dengan perbincangan akan diadakan dengan semua pihak bagi mengenal pasti dan memperhalusi maksud kebebasan bersuara dan hadnya bagi individu, kepentingan nasional dan kepentingan awam. 

“Ada negara yang mungkin kebebasannya membenarkan setiap sesiapa mempunyai stesen televisyen, setiap parti politik dan kumpulan etnik. Apakah ianya memberikan kesan dan impak positif kepada negara dan sebagainya? Ini perkara yang perlu dihalusi dan diteliti,” katanya. 

Mengenai liputan yang adil dan saksama terhadap parti pemerintah dan pembangkang melalui media milik kerajaan, Ahmad Shabery berkata ia bukan soal pemerintah atau pembangkang sebaliknya yang penting adalah rakyat. 

“Dalam soal ini saya lihat ada beberapa perkara yang perlu dilihat kembali misalnya tentang liputan secara langsung soal-jawab di Parlimen (Dewan Rakyat)...apakah perlu dikembangkan selepas ini dengan cara yang lebih lagi, dan perkara-perkara yang membolehkan rakyat mendapat akses. 

“Sebab itu perlu kita percepatkan pelaksanaan televisyen digital supaya jumlah saluran lebih banyak seperti saluran berita yang lebih efektif yang bukan saja mengutarakan pendapat tetapi membuat liputan berkaitan rakyat, lebih banyak berita terkini berkaitan soal kepentingan awam dan sebagainya,” katanya. 

Mengenai pengguguran perkataan ‘penerangan’ daripada kementerian itu, Ahmad Shabery berkata ia sebahagian daripada transformasi kerajaan kerana perkataan ‘penerangan’ itu sendiri menggambarkan kaedah lama bagaimana kerajaan berkomunikasi dengan orang ramai. 

“Penerangan lebih dikaitkan sebagai sebagai alat penyebaran maklumat, hiburan, mungkin sedikit sebanyak membentuk pemikiran masyarakat menurut hala tuju yang dikehendaki oleh kerajaan dan ia lebih bersifat atas ke bawah pada waktu itu dan ia juga memberi konotasi kementerian yang lapuk di mana banyak negara dunia sekarang sudah tidak ada lagi kementerian penerangan,” katanya. 

Sementara itu, Rais dalam ucapannya sebelum itu berkata sembilan jabatan di bawah kementerian terdahulu akan diletakkan di bawah teraju Ahmad Shabery manakala 10 lagi di bawah Mohamed Nazri. 

“Kita bersyukur kerana kita dapat kesinambungan menerusi pelantikan kedua-dua pemimpin ini yang saya kira akan menegaskan lagi perjuangan kita menerusi pentadbiran kerajaan dan juga ke arah pencapaian dalam bidang-bidang yang telahpun kita ketahui,” katanya.

lower percentage of GST for Sabah and Sarawak

KOTA KINABALU: Implementing the Goods and Services Tax (GST) is only fair under ‘one country one price’ situation, or else people in Sabah will end up paying more than our counterparts in Peninsular Malaysia due to the higher cost of goods here.

Federation of Sabah Manufacturers Association (FSM) president Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau suggested the government impose a lower percentage of GST for Sabah and Sarawak if they decided to implement the proposal.

Wong pointed out that the goods in Sabah were 20 to 30 per cent more expensive than the peninsula, thus the seven per cent GST paid would certainly be higher than our West Malaysian counterparts.

Furthermore, people in the Interior will suffer more as the goods there were more expensive, he said when contacted yesterday.

If the government really wants to implement the GST, Wong suggested the government impose seven per cent in Kuala Lumpur, four to five per cent in Sabah and probably three percent in the Interior.

He said implementing GST of seven per cent would rake in an additional income of up to RM27 billion for the government, as stated by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala.

He said it was implemented in most developed countries.

“But Malaysia is a third world country, it will only be fair if we have ‘one country one price’, like Singapore and Australia.”

In this respect, Wong pointed out that the government has to balance the price differentials between Peninsular Malaysia, Sabah and the rural areas. He said it was a good policy so that people could not evade tax but it had to be fair to everyone.

Whilst the GST would affect consumers, Wong said it would indirectly be good for manufacturers or some in the business community as manufacturers no longer had to pay sales tax.

Wong added that it was not known yet how the government would implement the GST or whether there would be differential in percentage. However, FSM had submitted a memo to the government some time ago highlighting the issues affecting Sabah as well as suggesting recommendations.

Monday, May 20, 2013

Terima Kasih Pengundi: Anwar perlu contohi Jeffrey Kitingan


Keningau: Bingkor Assemblyman Datuk Dr Jeffrey Kitingan agrees that everyone should move on and strive to resolve the people's problems, now that the general election is over. 

He said the election is akin to a football match where there is an end to it. Thanking the voters in Bingkor, he promised to help the people resolve their problems. 

"I will also be opening up an office in Bingkor that will be officiated on May 24 so as to enable the people meet with me and channel their problems," he said when officiating at the Apin-Apin level Tadau Kaamatan on Saturday. 

On the Kaamatan celebration, he said it is unique and an asset to strengthen unity as well as to enhance the Kadazan, Dusun and Murut culture that provides an identity to the community as a native. Various programmes were held such as Sugandoi, tug-of-war and Unduk Ngadau.


SEMUA PEMIMPIN POLITIK JUGA PASTI MEMPUNYAI ANGAN-ANGAN UNTUK BERADA DI PUNCAK KUASA. NAMUN PERJUANGAN YANG IKHLAS IALAH APABILA PEMIMPIN POLITIK TERSEBUT TIDAK TERLALU TAKSUB DENGAN JAWATAN ATAU KUASA SEHINGGA MEMAKSA RAKYAT UNTUK BERHADAPAN DENGAN SITUASI HURU-HARA, SEKALIGUS MELETAKKAN NEGARA INI DALAM KEDUDUKAN BAHAYA.

JIKA JEFFREY KITINGAN, YANG MANA PARTI BELIAU HANYA MEMENANGI 1 KERUSI DUN, BOLEH BERTERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI BELIAU TANPA PERLU MENGANJURKAN PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN, KENAPA ANWAR YANG SUDAH MEMENANGI BANYAK KERUSI DI SELURUH NEGARA, MASIH TERLALAK-LALAK MENGEMIS SIMPATI RAKYAT SUPAYA BELIAU DIBERIKAN JAWATAN PERDANA MENTERI??

APA MOTIF ANWAR MENGUMUMKAN AWAL-AWAL KONONNYA AKAN BERSARA DARI POLITIK SEDANGKAN PADA HARI INI TIDAK NAMPAK PUN KESUNGGUHAN ATAU PERSEDIAAN BELIAU UNTUK MENINGGALKAN ARENA POLITIK TANAHAIR?? SOAL BERSARA DARI POLITIK PUN MAHU BERDRAMA JUGA KAH??

SEBELUM ANWAR BENAR-BENAR HILANG KEWARASAN AKAL FIKIRAN, ELOKLAH PENYOKONG-PENYOKONG BELIAU NASIHATKAN SAHAJA ORANG TUA INI SUPAYA MELUPAKAN CITA-CITA BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI. KALAU TIDAK MAHU BERSARA PUN, TIDAK PERLULAH BERDEMO SANA-SINI.. TUNGGU SAJA PRU14.. BUAT MASA INI, BERILAH LALUAN KEPADA KERAJAAN BN UNTUK MELAKSANAKAN MISI MEMBANGUNKAN NEGARA.

Abdul Rahman wants more homes to be affordable

Kota Kinabalu: More affordable homes for Malaysians everywhere is among the priorities of Datuk Dahlan, the Minister of the renamed Urban Wellbeing, Housing and Local Government Ministry. 

"Our concern is to see these housing projects take off and completed without any hitches," he said. 

The Ministry is a merger of two previous ministries Housing and Local Government Ministry and the Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry (FT).  Abdul Rahman, who is Kota Belud MP and Sabah Barisan Nasional secretary, said another of his concerns was improving solid waste management nationwide. 

"We need to look into this and work it out with the various states as well as the stakeholders," said Abdul Rahman, adding that he needs to convince certain states of the necessity to collaborate with the Federal Government on this issue. 

He said his Ministry will also be looking into issues of poverty and will be working with related ministries in tackling the problem. Meanwhile, his colleague Energy Minister Datuk Dr Max Ongkili would look at long-term planning for the provision of water and electricity. 

"We will do whatever is necessary to address this matter," Dr Maximus, who is Kota Marudu MP, said. 

Sufficient water supply was among the key concerns in Sabah. He said his Ministry would find ways to work closely with the state government on the matter. He added that his Ministry would also work on long term solutions for Sabah's power supply. 

"This will have to involve the government, private sector and various groups," Dr Maximus said, adding that state officials would brief him about Sabah's power supply next week. 

Meanwhile, Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Joseph Kurup said he was fully prepared to carry out duties assigned to him by the Prime Minister. For the time being, however, the Pensiangan MP said he was drawing up immediate, medium and long-term plans for his remote constituency of less than 100,000 people. 

"We are looking at a plan of action for the next 100 days and over the long-term," he said. 

He also added that the Pensiangan folk want more infrastructure such as roads, clinics and schools.


PARA MENTERI DI KABINET BARU NAJIB SUDAH PUN MERANCANG DAN ADA JUGA YANG SUDAH MULA MELAKSANAKAN MISI MEMBANGUNKAN NEGARA.. DIPIHAK PEMBANGKANG PULA MASIH DENGAN MISI ANWAR IBRAHIM MENYALAK TAK KIRA SIANG MALAM SEMATA-MATA MAHU MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MENGGULINGKAN KERAJAAN DENGAN CARA PALING TIDAK BERTAMADUN.. ENTAH APALAH GUNANYA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG YANG BARU DILANTIK RAKYAT MELALUI PRU13 JIKA KETUA MEREKA MASIH MENGGUNAKAN JALAN RAYA BAGI MELAKSANAKAN TUNTUTAN RAKYAT.......

Sunday, May 19, 2013

INFO: Driving licence similar to MyKad from August

KOTA KINABALU: The Road Transport Department (RTD) will issue a competent driving licence (CDL) which is similar to the MyKad, beginning this August.

Its director-general Datuk Ismail Ahmad said the initiative was a continuous transformation by the department to improve the quality and durability of drivers’ licences.

He said the move was aimed at addressing problems raised by licence owners, including forging and the quality of current driving licences.

“The introduction of the new design will see a couple of safety features which are not easy to duplicate as well as quality and durability of the card.

“The public who will be renewing their driving licences in August will be the first batch to receive this new CDL card,” he said at a recent meet the public event at the RTD complex in Bundusan.

Also present was Sabah RTD director Mohd Shuhaili Mohd Taufek.

According to Ismail, existing licence card holders are not required to change to the new card, but may do so for security purposes.

“All the security features of the new driving licence card is similar to the present MyKad,” he said.

Meanwhile, Ismail said RTD had also launched the Malaysian Vocational Licence (MVL), which combines three types of licence into a single licence, namely Public Service Vehicle (PSV), Goods Driving Licence (GDL) and Conductor Licence (CL).

He said through this new system, MVL holder only needs to pay RM20 for all the three licences, compared to RM20 for each licence previously.

“This will benefit more than 149,909 vocational licence holders who have both the PSV and GDL licences,” said Ismail.

Look at yourself first before accusing

KOTA KINABALU: Sabah Democratic Action Party (DAP) should look in the mirror before making baseless allegations and accusing Barisan Nasional (BN) of being racist.

Sabah Umno Wanita assistant secretary Datuk Jainab Ahmad said it was shameful that DAP was still continuing with its cheap tactic of playing on racial sentiments and trying to disunite the people of Sabah in its quest to gain power.

“In the first place, the people know that we in BN stood for the election under one ticket and not based on race or individual component parties. This is unlike the opposition pact Pakatan Rakyat (PR); they are not even in power but they already could not unite under one logo.

“Secondly, before it accuses BN, why doesn’t DAP look at its own PR governments in Penang, Selangor and Kelantan? Even they have their own quota. In BN, whoever is the minister or assistant minister, our role is to serve the rakyat as a whole,” said Jainab.

The Karambunai assemblywoman was commenting on recent remarks by Sabah DAP assistant secretary cum Likas assemblyman Junz Wong who said Sabah BN leadership appeared to be marginalizing the Chinese community.

Junz had questioned if Chief Minister Datuk Seri Musa Aman purposely reduced the number of Chinese representation in the state cabinet to punish the community for backing the opposition in the 13th general election.

Jainab, who has been promoted to Community Development and Consumer Affairs Minister under the new cabinet line-up, said both the Prime Minister and Chief Minister had taken conciliatory and dignified tones on the issue of the Chinese representation.

“They tell all the YBs to work and serve the rakyat and fulfil the promises made by BN, because our manifesto is a promise, ‘Aku Janji.’ The opposition on the other hand said their manifesto is just

a manifesto, not a promise that must be kept.

“I sincerely hope the people, young and old, know how to differentiate what is right and not be suck in by the lies and hatred the opposition continuously gives to them, especially through the Internet,” she said.

BN managed to retain power after securing a simple majority in the highly anticipated GE13, which saw a further decrease in the number of seats the coalition has in parliament.

The state BN government started a new term with only two ethnic Chinese in its federal cabinet after both MCA and Gerakan, who recorded their worst ever election performance on May 5, decided not to take up any ministerial or other posts.

In Sabah, BN maintained its overwhelming dominance, despite losing a higher number of seats to PR.

DAP took a swing at the state BN leadership after it appointed only two ethnic Chinese as full ministers in its state cabinet, as compared to three in the previous term.

Jainab, as well as another Sabah Umno leader Datuk Bolkiah Ismail, rejected DAP’s accusation as baseless and a mere attempt to gain political mileage.

“In Semenanjung, even when MCA did not want to be appointed, the PM said BN serves all irrespective of race or religious background. The decrease in Chinese representation is a non issue.

“My advise to DAP is to stop politicising matters we are not interested in. We want to work but they are only interested in pointing fingers and complaining, not resolving issues. It is BN’s YBs who resolve issues faced by the people.

“What I see is that when people want their problems solved, they go to BN because they know only BN has the sincerity and political will to bring about real changes. Sadly however, some of them turn around and voted along racial lines comes the election, rejecting BN when it was us who seriously worked for them,” she said.