Monday, May 27, 2013

Anak Lajim Ukin Didakwa Guna Dokumen Palsu Berhubung Pelaksanaan Projek

KUALA LUMPUR: Seorang anak bekas timbalan menteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Datuk K. Kumarendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana anak guamnya itu memberi kerjasama penuh kepada SPRM sejak kesnya disiasat pada Ogos tahun lepas.

Beliau turut memaklumkan anak guamnya itu datang secara sukarela ke mahkamah pada hari ini. Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes.


MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI.. 

KES ANAK NAZRI ATAU ANAK PEMIMPIN-PEMIMPIN BN YANG LAIN, BUKAN MAIN GANAS DISERANG OLEH RAFIZI, ZURAIDA DAN KONCO-KONCONYA.. SIAP MENGENDAP AKTIVITI KELUARGA NAZRI SEMATA-MATA MAHU MENCARI BUKTI YANG BOLEH DIPOLITIKKAN.. TAPI BILA KENA PADA LAJIM UKIN, ATAU LEBIH TEPAT LAGI ORANG KUAT ANWAR IBRAHIM DI SABAH, SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG SEBELUM INI SINONIM DENGAN PERJUANGAN MEMBANTERAS RASUAH SEAKAN-AKAN TERKUNCI MULUT MEREKA..

RAFIZI RAMLI YANG SELAMA INI AMAT RAJIN TURUN PADANG MENCARI BAHAN BUKTI SEPATUTNYA TAMPIL MENYUMBANG KEPAKARAN BELIAU DENGAN MEMBANTU PIHAK SPRM SUPAYA SI TERTUDUH TIDAK TERLEPAS DARI DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. JIKA RAFIZI SANGGUP TERBANG DUA KALI KE HONG KONG BERTEMU DENGAN ICAC HANYA KERANA PEMBOHONGAN BELIAU TIDAK LAKU DI MALAYSIA, BAGAIMANA PULA DENGAN KES ANAK LAJIM UKIN?? SANGGUPKAH BELIAU MENGORBANKAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK MEMASTIKAN ANAK LAJIM UKIN MERINGKUK DALAM PENJARA?????

SIKAP DOUBLE STANDARD TIDAK SEPATUTNYA WUJUD DALAM USAHA MEMBANTERAS RASUAH. BILA LAGI PEMBANGKANG MAHU TUNJUKKAN SIKAP TELUS, JUJUR, BERSIH, MURNI DAN ADIL MEREKA JIKA BUKAN HARI INI??????????

LAJIM??... KENAPA SANG BAPA SENYAP MEMBISU BILA ANAK SENDIRI KANTOI?? KALI INI TIDAK MAHU BUAT AKUAN BERSUMPAH KERR....???

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.