Thursday, January 10, 2013

Buang Masa: Rafizi serahkan dokumen palsu atau recycle?

Pertemuan dengan ICAC positif, yakin kes dibuka semula????
Oleh: Borneo Bullet

Delegasi Keadilan telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan tersebut.

Semasa pertemuan itu, Rafizi kononnya begitu yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia merupakan bukti baru yang belum diperolehi oleh ICAC. Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta itu adalah derma politik kepada Umno.

Malah, Rafizi juga yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Dan kononnya Dato’ Seri Lajim Ukin juga akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Belumpun genap sebulan Rafizi membuat pendedahan, pihak ICAC telahpun memberikan jawapan seperti berikut;
"THE Independent Commission Against Corruption (ICAC) in Hong Kong will not revisit its probe into the RM40 million allegedly linked to Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. Sources said the graft-buster found that no new evidence had been brought before the commission with connection to the case. 
The commission found that there are no new evidence whatsoever to warrant a fresh round of investigations."
Melalui jawapan ICAC ini, maka dengan sendirinya Rafizi Ramli berjaya menambahkan lagi rekod terkantoi beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang politik.

Belumpun reda Rafizi dikantoikan oleh Deepak berhubung isu cincin RM13 juta, kini datang pula jawapan ICAC yang mengesahkan bahawa skandal Hong Kong yang dimomokkan pembangkang selama ini hanya pembohongan semata-mata.

Berkenaan dengan isu cincin RM13 juta, kata Rafizi, bukti(dokumen) yang diperolehinya adalah daripada Deepak. Tapi kemudian, Deepak menyatakan bahawa Rafizi berbohong, bahkan dia tidak pernah pun berjumpa dengan Rafizi Ramli.

Mungkinkah, dokumen yang diserahkan oleh Rafizi kepada ICAC juga adalah palsu (sama seperti isu cincin RM13 juta)? Jika di Malaysia dia boleh gunakan nama Deepak untuk melancarkan pembohongan dan fitnah beliau, apatah lagi di Hong Kong yang mana pegawai-pegawai ICAC tidak pernah mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini?

Patutlah Rafizi hanya memerlukan tempoh 3 minggu untuk menyerahkan dokumen-dokumen "baru" itu kepada ICAC, sedangkan ICAC menyiasat kes ini bertahun-tahun malah meluangkan masa sebulan di Sabah untuk menjalankan siasatan namun tetap tidak menemui sebarang bukti-bukti kukuh.

Hanya ada dua cara bagaimana Rafizi boleh mengemukakan bukti-bukti "baru" itu dengan pantas, iaitu pertama menggunakan dokumen kitar semula, dan yang kedua ialah mencipta sendiri dokumen itu menggunakan teknologi sedia ada.

Tidak mustahil Rafizi sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan "bos" beliau dapat merasai kerusi empuk Perdana Menteri. Malah, Rafizi tidak gentar sama sekali jika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memfitnah kerana Khalid Ibrahim sedia bermurah hati menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman beliau.

Memandangkan Pilihanraya Umum sudah semakin hampir, Bullet yakin bahawa Rafizi tidak akan berhenti disini sahaja. Kita tunggu sajalah lepas ni apa lagi yang dia mahu pusing.. tuduh ICAC bersekongkol dengan Musa Aman? Tuduh ICAC dibayar oleh kerajaan BN? Yang pasti Rafizi tidak akan berhenti berbohong selagi kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah ini.

17 comments:

  1. nampaknya dokumen yang rafizi serah kepada ICAC tak diterima sebagai bukti

    ReplyDelete
  2. Kecoh sekarang isu jet peribadi mewah yang anwar pakai untuk kerja2 parti. Pelik pulak anwar menayangkan kemewahannya sedangkan depan rakyat beliau sering menceritakan bagaimana kononnya beliau hidup ditindas oleh umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mengkantoikannya bukan sapa2 tapi orang kuatnya sendiri iaitu Tian Chua. Tian Chua telah upload gambar2 tersebut di ruang maya ntah apa sebabnya. Ke saja je nak kantoikan anwar?

      Delete
    2. Sana sini kecoh bab hal ini. Beberapa individu telah dikaitkan antaranya Taufik Omar dan Ibrahim Menudin namun sumber di ruang maya banyak mengatakan jet itu milik Syarikat Bresnan International Aviation yang berpangkalan di New York.

      Delete
    3. Sekarang ini tiga jawapan berbeza yang diberikan oleh 3 ekor penipu dari pkr. Anwar sendiri kata jet itu ditaja oleh seorang kenalan. Puteri penipu pulak kata jet itu kata pesawat itu dipinjam. Manakala boyfriend puteri penipu pulak kata pesawat itu disewa. Macamana boleh ada 3 jawapan yang berbeza lak ni?

      Delete
    4. Dikhabarkan jugak kononnya Pejabat NOW milik rafizi tak henti2 berdering telefon sebab ramai rakyat nak kan rafizi menjalankan tugas sulitnya mendedahkan perkara berkaitan jet anwar ini.

      Delete
    5. Rakyat tak mau rafizi hanya bertindak berat sebelah namun bila berhadapan dengan anwar, segala nya menjadi lembik dan lemah lutut macam bapok. Betul ke rafizi dah melarikan diri sebab takut berhadapan dengan rakyat yang mahukan dia membongkar isu ini segera?

      Common rafizi. You can do it man! Buktikan kalau kau telus sangat dan bukan bapok!!!

      Delete
  3. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

    Bukan main lagi dia buat sidang media untuk menunjukkan bukti kononnya Deepak Jaikishan memang ada urusan dengan Rosmah Mansor dalam kes cincin yang batu permatanya sebesar buah tembikai kalau diikutkan kepada nilai yang diberikan oleh PKR kepada cincin berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Alih-alih tak ada bukti bahkan bukti yang dikatakan pula, hanyalah ciptaan Rafizi Ramli sahaja. Dan bukti tersebut hanyalah sebuah email yang boleh dicipta oleh budak tadika, apatah lagi invois tersebut hanyalah dalam bentuk Excel, perisian yang memang digunakan untuk membuat perkara-perkara berkaitan dengan perakaunan dan simpankira.

      Delete
    2. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Dan Rafizi yang kononnya seorang AKAUNTAN boleh buat kesilapan sebegitu rupa dan bersifat sangat bodoh waimma kepada kerani akaun yang baru belajar nak kenal invois.

      Delete
    3. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Belumpun sampai 12 jam berbohong, Deepak Jaikishan sendiri yang mengesahkan bahawa Rafizi adalah seorang penipu. Kata Rafizi, bukti yang diperolehinya adalah daripada Deepak. Tapi kemudian, Deepak menyatakan bahawa RAFIZI BERBOHONG, BAHKAN DIA TIDAK PERNAH pun berjumpa Rafizi Ramli.

      Secara tak langsung Deepak Jaikishan telah mengesahkan Rafizi menggunakan namanya untuk menipu.

      Delete
  4. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

    Ini bukan kali pertama Rafizi kantoi, sebelum ini beliau telah kantoi dalam percubaan menipu seolah-olah ICAC Hong Kong akan menyiasat Musa Aman, atas kerjasama pihak pembangkang. Modus Operandinya adalah lebih kurang sama dengan kes pembelian kapal selam scorpene di mana SUARAM menipu kononnya mahkamah Perancis sedang menyiasat sedangkan kes tersebut langsung tidak wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Rafizi juga pernah kantoi dalam isu NFC setelah melanggar 21 undang-undang BAFIA apabila mendapat akses kepada dokumen-dokumen sulit bank dengan cara mengelirukan pegawai bank.

      Delete
    2. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Tidak cukup dengan itu, Rafizi juga terkantoi menipu mempunyai bukti mengenai kononnya LRT Ampang tidak selamat dan diberi kepada syarikat yang tidak berwibawa.

      Delete
    3. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Begitu juga apabila Rafizi bergandingan dengan Nurul Izzah membawa isu kononnya projek KLIA2 Air Traffic Control (ATC) sistem kepada syarikat yang tidak berwibawa sedangkan syarikat tersebut telah 17 tahun berkhidmat di KLIA tanpa sebarang masalah.

      Delete
    4. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Memandangkan rekod Rafizi yang begitu banyak sekali menipu dan terkantoi, manakala Deepak pula merupakan ahli perniagaan yang berjaya, maka persoalan mengenai siapa yang menipu atau siapa yang cuba menipu siapa rasanya tidak sukar untuk dijawab.

      Delete
    5. Memang sahlah si Rafizi Ramli yang diprojekkan sebagai Ahli Parlimen Pandan, sebagai seorang PENIPU TERHEBAT!

      Apa yang pasti, pendedahan Deepak kelihatannya ‘masuk akal’ atau ‘muat elok’ jika kita menjejak kembali jalan yang ‘dilalui’ oleh isu scorpene, terus kepada SUARAM, Bala dan Raja Petra Kamaruddin di mana akhirnya ia tetap membawa kita kepada satu nama, iaitu Anwar Ibrahim.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.