Saturday, January 5, 2013

'GOD OF THE GAMBLERS' KEBANGGAAN PKR


KETIKA menjalankan tugas khas ke luar daerah baru-baru ini, Paparazzi telah menemui beberapa orang kuat 'God Of The Gamblers', Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin; terutama 'Body Guard' yang bernama Obin yang ikut serta ke Christmas Island, Australia bersama Sabdin Ghani, Jimmy Goh (Wartawan Akhbar Cina), Datuk Kimjus Duin dengan penerbangan sewa khas RM80,000.

Lajim, Sabdin, Jimmy dan Kimjus terbang ke Chrismas Island dengan jet sewa khas selepas menjual tanah milik anak syarikat Koperasi Pembangunan Desa di Australia untuk menemani Lajim berjudi di Kasino; sambil berlibur dengan wang habuan daripada Skandal Penjualan Harta KPD.
 
Mengikut maklumat yang Paparazzi terima daripada Obin dan beberapa pegawai kanan KPD, Lajim ke Australia untuk menyaksikan 'Management Buy Over' (MBO) sebuah anak syarikat KPD, kalau tidak silap, Benta Niaga Sdn Bhd yang mempunyai harta ratusan juta dollar di Australia; namun dijual pada harga antara RM40 hingga RM60 juta sahaja.

Tambah maklumat itu lagi, syarikat berkenaan dibeli oleh Mantan Pengurus Besar KPD, Dr Richard Gunting yang menamakan Datuk Sabdin Ghani sebagai proksi dengan jumlah saham (percuma) tertentu. Bagaimanapun Sabdin 'ditendang keluar' daripada syarikat berkenaan setelah semua saham habis dijual.

Dr Richard Sakian Gunting baru-baru ini mengisytiharkan diri keluar daripada UPKO (BN) dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing. Richard berketurunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Pembangunan Sabah.

Paparazzi turut mendapat maklumat daripada Orang Kanan USIA (Pertubuhan Islam Seluruh Sabah) bahawa semasa Tun Sakaran menjadi Ketua Menteri 'Merry Go Round'; Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) diberi kawasan konsesi 'pre-log area' di Ulu Bole seluas 2,000 ekar.

Namun menurut maklumat dalaman USIA dan PBBS, Lajim telah menjual kawasan berkenaan kepada Pemilik Juta Hotel Keningau, Liew Kuat Kiong dengan harga RM3 juta iaitu RM 1,500 seekar.

Bagi menunjukkan 'keprihatinannya' sebagai 'Janang Gayuh', Lajim membuka Mini Market Bisaya dengan kos RM250,000 sahaja, namun beberapa bulan kemudian Mini Market berkenaan terpaksa ditutup kerana kekurangan modal pusingan dan salah urus.

Cerita yang Paparazzi paparkan ini sebagai permulaan sahaja iaitu yang berlaku di zaman UMNO kerana Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan mempunyai rahsia besar yang bakal didedahkan menjelang PRU-13 bagi memastikan Lajim kempunan menjadi Ketua Menteri Sabah.

Papparazzi sedang berusaha mendapatkan gambar eksklusif Lajim ditangkap berjudi di atas kapal pesiaran di perairan Sabah untuk tatapan pembaca Sabahkini.net.

22 comments:

  1. Apa Sumbangan Lajim Ukin pada rakyat?

    ReplyDelete
  2. MUNGKIN Lajim ada sumbangan pada suku sakatnya di kawasannya; tetapi
    bukan kepada keseluruhan rakyat di kawasan yang diwakilinya 26 tahun
    lalu

    ReplyDelete
  3. Di kawasannyapun beliau tidak mempunyai sumbangan yang ketara, apatah lagi di kawasan-kawasan lain.

    ReplyDelete
  4. Lajim pernah menjadi menteri kabinet negeri pada beberapa kementerian,
    antaranya Kementerian Pertanian dan perumahan. Cuba tanya rakyat apa
    sumbangan Lajim?

    ReplyDelete
  5. Semasa ditampuk kuasapun tidak mampu memberi sumbangan, kini pula
    menyenaraikan perjuangannya melalui PPS dengan menggariskan berbagai
    janji. Rupanya beliau baru terbangun dari tidur yang amat lena sepanjang
    lebih 26 tahun sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  6. Padan muka Anwar, kerana kerja pembohongannya kepada rakyat kini
    berbalas dan terpaksa menerima lakonan Lajim; kononnya MP Beaufort itu
    mampu menggalas sokongan rakyat Sabah merealisasikan impiannya ke
    Putrajaya.

    ReplyDelete
  7. Anwar lupa, bahawa Lajim sudah mula ditolak oleh sebahagian besar
    pengundi yang diwakilinya, atas sebab itu semasa Lajim dalam barisan
    nasional, bukan cerita rahsia lagi di kalangan pengundi, bahawa beliau
    bukan winnable candidate bagi Bn; atas sebab Lajim mahu juga memaksa
    menjadi calon, maka beliau tiada pilihan, melainkan keluar daripada Bn.

    ReplyDelete
  8. Pada Sabtu malam, Anwar mengumumkan bahawa calon pembangkang bagi
    parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah Lajim Ukin. Lajim akhirnya jadi
    calon juga pada PRU-13, tidak kiralah menang atau kalah, janji jadi
    calon.

    ReplyDelete
  9. Nafsu besar Lajim, biasalah dalam permainan politik bohong, kalaupun
    cacat tetap mengaku sihat, kalaupun tiada kemampuan, tetap mengaku
    berkemampuan, kerana dalam politik bohong, yang berbicara adalah isi
    bakul sendiri dan kemudian angkat sendiri.

    ReplyDelete
  10. Dalam paparan Lajim melalui PPS yang dilancarkan semalam, ketara sangat,
    bahawa apa yang dicakapnya sungguh mengarut. Beliau fikir, zaman ini
    zaman kuda gigit besi lagi, beliau lupa bahawa zaman sekarang adalah
    zaman IT dan zaman kebijaksanaan.

    ReplyDelete
  11. Hanya mereka yang buta hati, buta akal, buta mata dan tiada pelajaran
    yang boleh tertarik apa yang dicakap Lajim. Selagi rakyat bukan
    tergolong dalam kategori ini, adalah pasti mentertawakan apa yang Lajim
    katakan.

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya para pemimpin dalam pembangkang mengetahui kedalaman ilmu dan
    kemampuan Lajim, apakan daya, tiada manusia lagi menjadi pilihan
    sestandard Lajim. Jadi, tanya diri sendiri bagaimana kualiti para
    pemimpin pembangkang.

    ReplyDelete
  13. Anwar pun digelar sebagai raja judi sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. Lajim sebenarnya kecewa kerana PM Najib tak melayan kehendaknya yang mahu menyingkir Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah dan pastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  15. Jika perkara ini diterima oleh PM Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Inilah perkara yang menyebabkan Lajim bertindak keluar dari UMNO dan sertai Pakatan PR, kerana gilakan kuasa dan pangkat.

    ReplyDelete
  16. Kerana takutkan cabaran daripada individu tersebut maka Lajim pun bertindak keluar dari UMNO.

    ReplyDelete
  17. MEMANDANGKAN LAJIM TIDAK PERNAH NAFIKAN, MAKA BETULLAH BAHAWA BELIAU KAKI JUDI

    Penaja Kewangan Lajim, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W, Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J. “J” bermaksud “jackpot”.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANDANGKAN LAJIM TIDAK PERNAH NAFIKAN, MAKA BETULLAH BAHAWA BELIAU KAKI JUDI

      Pada tahun 2007, sebelum PRU 2008, Lajim telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina Kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr. W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan ke Tabung Pilihanraya PRU 12.
      Mr. W telah membayar RM8 juta kepada Lajim.

      Delete
    2. MEMANDANGKAN LAJIM TIDAK PERNAH NAFIKAN, MAKA BETULLAH BAHAWA BELIAU KAKI JUDI

      Walaubagaimanapun, Mr. W tidak mendapat apa-apa projek melainkan 55 keping cek yang tidak bertarikh berjumlah RM3 juta. Namun semua cek itu tidak bernilai.

      Delete
    3. MEMANDANGKAN LAJIM TIDAK PERNAH NAFIKAN, MAKA BETULLAH BAHAWA BELIAU KAKI JUDI

      Pernah satu masa, Lajim berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadaikan dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut.

      Delete
    4. MEMANDANGKAN LAJIM TIDAK PERNAH NAFIKAN, MAKA BETULLAH BAHAWA BELIAU KAKI JUDI

      Projek RM50 juta untuk membina Kolej Islam itu sebenarnya tidak wujud. Dan Mr. W tidak lagi mahu membantu Lajim. (Sebab itu Lajim terpaksa mencari seorang penaja baru)

      Delete
    5. MEMANDANGKAN LAJIM TIDAK PERNAH NAFIKAN, MAKA BETULLAH BAHAWA BELIAU KAKI JUDI

      Sebenarnya, Mr. W mahu wangnya dikembalikan dan sekiranya tidak, dia akan mendedahkan perkara ini. Dan oleh sebab itu, Umno tidak mahu lagi mencalonkan Lajim dalam PRU akan datang. Dan sebab itu juga secara tiba-tiba, Lajim “tersedar” dan kemudiannya menyertai pembangkang untuk membuat perubahan yang kononnya berpaksikan keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, memerangi rasuah, penyelewengan kuasa…dan macam-macam lagi. Sedangkan dialah yang rasuah!

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.