Saturday, January 12, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Apa Kata Blogger

PUNAH HARAPAN 1 JUTA HANYA DALAM IGAUAN #KL112
hahahhaja... punah harapan nak menunjukkan dunia betapa bencinya rakyat kepada kerajaan Malaysia sekarang. Berdasarkan laporan ini kita ambillah 45 ribu luar dicampur 30 ribu ( stadium merdeka hanay boleh menampung kapasiti maksima 35-40 ribu sahaja) dalam stadium. Jumlah keseluruhannya dalam sekitar 85 ribu sahaja. Tak cecahpun angka ratusan ribu (seperti digambar gamburkan oleh zunar kartunis dalam twitternya dan si dayus yang komen dalam entri pu3 hari ini) so agaknya kemahiran mengira korang sah failed. Budak sekolah tadikapun pakat gelakkan kebodohan korang. - Pewaris Anak Bangsa

DARI PUKUL 7.30 MALAM KENAPA DIPENDEKKAN JADI 5.00 PETANG? PENONTON LARI YEK?
Hishamuddin Rais cakap besar kononnya, Himpunan Sokong Shamsidar telah berjaya menghimpunkan 500,000 orang walaupun hakikatnya, kapasiti Stadium Merdeka jangankan 500,000, nak masuk 50,000 pun adalah mustahil sama sekali. Namun sesuatu yang menjadi tarikan dan perlu diperkatakan ialah, ketika Anwar Ibrahim mulai berucap, para penonton yang datang tanpa sebarang tujuan, mulai meninggalkan pekarangan Stadium Merdeka dan enggan mendengar cakap Anwar. - The Flying Kick

Pakatan's 1 Million Shame
Here I am in Kota Kinabalu monitaring the 1 million Pakatan's "Himpunan Kebangkitan Rakyat" and from various reports coming out of KL things not looking too good for Pakatan. Having past the dateline of 2 p.m. they have not even achieved 5% of the estimated 1 million turnout. People are tired of Anwar Ibrahim's antics, of being used to serve his selfish political agenda. - Hantu Laut



1 JUTA SUDAH GAGAL ! KAH KAH KAH...
anwar pasti hampa. perhimpunan beruk hari ini tak sampai target 1 juta.. melihatkan pada foto sekadar 25 ribu orang je. rakyat malaysia ada 27 juta. jadi nisbah rakyat yang sokong pakatan di stadium hari ini tak sampai 0.01%.. hahahahahahahahaha GAGAL GAGAL. lain kali suruh tok nenek korang datang lah! - Gerakan Anti PKR



#HKR112 Himpunan Dah Hampir Sejuta Orang?
Himpunan Shamsidar kali ini tak seramai mana seperti yang digembar gemburkan. Himpunan sejuta? Ptuii! 50ribu pun tak cecah beb... Kalau gambar dari bawah mesti nampak ramai bukan?

"Jangan Lupa nanti lepas berdemo pi ambik duit peluh..
Nampaknya sindrom ambil upah dan trauma takut tak dibayar mula menghantui peserta demo haram. Mereka bagaikan kucing kurap yang kelaparan setelah ada setengahnya tertipu kerana tidak mendapat upah seperti yang di janjikan."
- Pisau


Anugerah Peserta Paling BENGONG
Gambar ini mempu bercerita segala-galanya mengenai betapa begongnya penyokong pakatan yang bersifat robot. Apa sahaja selua nak dipolitikkan sampai nak kahwin pun dipolitikkan. - Sungai Rapat Online


Bullet: Dia ingat Najib yang tentukah harga hantaran awek yang dia nak kawin?? Daripada tolak Najib, baik tolak bakal mertua.. bengong!


Mana Satu Arah Kiblat Penyokong Pakatan Rakyat?
Mana satu arah kiblat penyokong pakatan rakyat sebenarnya?, adakah ikut Haji Hadi arah lain, Ikut Anwar Ibrahim arah lain dan ikut Guan Eng pulak arah lain? Tak kan tak bawa kompas kiblat, jika dilihat mereka ini sering sembahyang dimerata tempat. Antara tempat paling disukai adalah tempat terbuka. - Sungai Rapat Online

Penyokong Ramai Tapi Kalah Juga Akhirnya..Kesian..
Nak kata meningkat tidak juga, nak kata berkurang pun tidak juga. Apa yang boleh disimpulkan bahawa setakat ni sahajalah kemampuan Pakatan Rakyat untuk himpun peserta. Tak pernah melebihi 50 ribu orang, walaupun mereka dakwa ratusan ribu orang yang hadir, itu semua adalah cakap besar sahaja ataupun mainan psikologi sahaja. - Putrarahman


Hambar: Kecewalah Anwar Ibrahim
SAMBUTAN HAMBAR. Kecewalah Anwar Ibrahim. Perhimpunan PR ini.. tiadapun yang perlu ditunjukkan. Polis memaklumkan bahawa tiada insiden tidak diingini berlaku dan tiada tangkapan dibuat pada Perhimpunan KL112 yang diadakan di Stadium Merdeka. AWAS besar kemungkinan kanak2 jadi mangsa dalam stadium merdeka, kerana kesesakan. Bayangkan 50 ribu memenuhi stadium yg berkapasiti 30 ribu itu. Jika ada kematian berlaku, pasti pembangkang menuding jari pada Kerajaan, kerana menyebabkan kematian. - Apa Yang Tersirat

Meluat Dengan Anwar Ibrahim Akibatkan Ramai Penyokong Pakatan Keluar Stadium
Seperti dijangka oleh ramai pihak bahawa pengaruh dan sokongan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan tidak lagi menyengat mahupun menerima sokongan dari semua pihak dari Pakatan.Sebentar tadi sewaktu ucapan Anwar Ibrahim di Stadium Merdeka ramai yang berpusu pusu beredar dan pulang tampa mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Dianggarkan sekitar 5 ribu penyokong Pakatan bergegas keluar Stadium tampa memperdulikan ucapan Anwar Ibrahim.- Papa Gomo

 
Pelajar Sekolah Pondok Dipaksa ke #112 Didedah
Teman tau la nak kata. Jika benar dakwaan ini, adalah satu yang mengecewakan. Pakatan Rakyat dan PAS didakwa telah menggunakan kanak-kanak bawah umur dan budak-budak sekolah pondok atau sekolah agama serta cikgu-cikgu PASTI dibawah kawalan PAS untuk meramaikan Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka, Pakatan Rakyat didakwa sanggup menggunakan budak-budak sekolah pondok dan cikgu-cikgu PASTI demi untuk meramaikan himpunan ini untuk menjadi beruk-beruk. Harap-harap Pakatan Rakyat dan PAS boleh tolong jelaskan. Jangan perkudakan budak-budak ini untuk kepentingan parti dan untuk cita-cita peribadi. - Apple Biru

A new mega Bangkit rally : 50 million expected
Monyet King’s mega rally is called “HIMPUNAN BIKIN KUIH BANGKIT”. It will be held on 13 January 2013 at Zoo Negara. Monyet King’s rally aims to encourage Malaysians to learn how to make and eat kuih bangkit. We expect up to 50 million hungry people to attend our rally.Participants should bring their own ingredients: tepung ubi, margarine, gula halus, telur ayam, santan, daun pandan, garam.. - MK

 
Bullet: PR tetap join ni, tapi seperti biasa setiap Himpunan ada tuntutan.. so bolehlah mereka tuntut harga tepung ubi, margarine, gula halus, telur ayam, santan, daun pandan dan garam diturunkan...
Miahahahaha!!

BOLEH BAWA KANAK-KANAK TAK?
Apa dah jadi ini. Nampaknya PR sememangnya memiliki sebilangan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa taknya.. dalam larangan membawa kanak-kanak ke himpunan aman seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Himpunan Aman 2012. Juga larangan yang terkandung dalam Akta kanak-kanak 2011. Peliknya masih ada yang sangat degil membawa kanak-kanak dalam himpunan KL112. Walaupun semalam ketua pengarah jabatan kebajikan Malaysia Datuk Noraini Mohd Hashim telah menasihatkan kepada ibubapa tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan. - Pewaris Anak Bangsa
 
Nurul Izzah kecewa Dengan Sambutan Hambar Penyokong Pakatan
Nurul Izzah sendiri akui Himpunan yang dianjurkan papanya Anwar Ibrahim hari ini GAGAL menarik sokongan rakyat. Malah Nurul Izzah yang kelihatan berjalan lesu hari ini enggan mengulas kegagalan Pakatan PAS,DAP dan PKR.Makin teruk gelagat pimpinan Pakatan yang kemarukkan kuasa. Buktinya hari ini kegagalan mereka dalam menghimpunkan penyokong mereka sendiri ternyata memberikan petanda jelas bahawa PAS,DAP dan PKR akan tersungkur layu pada PRU13 nanti.- Papa Gomo
 
Nik Aziz Ucapkan Terima Kasih Kepada Polis
Nik Aziz Nik Mat merupakan ahli politik pembangkang yang terakhir memberi ucapan. Dalam ucapan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah membantu perhimpunan bergerak dengan lancar. - MiM

 
Bullet: Dalam hati Nik Aziz "kenapalah peserta kali ni sikit sangat, tak ganas la macam ni"..


Pemimpin Pakatan buktikan mereka sanggup SUSAH bersama RAKYAT!
UIKS?!! Penyokong sendiri sampai pengsan lebam jalan kaki, dia naik kereta mewah vroom-vroom terus sahaja ke stadium?!! Tak patut…memang tak patut…- mykmu

27 comments:

  1. perhimpunan ini tak membawa maksud apa2 pun.

    ReplyDelete
  2. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Tamat sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang moga-moga menjadi himpunan terakhir sebelum rakyat Malaysia menempuhi PRU ke-13. Rata-rata mengatakan bahawa perhimpunan anjuran Mat Sabu dan Hishamuddin Rais ini gagal mencapai matlamat yang dikehendaki. Memang pada namanya sahaja angka 1 Juta itu sengaja diletakkan untuk menanamkan rasa gerun dan takut kepada pihak kerajaan dan penyokong kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  3. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Namun hasrat sebenar Mat Sabu dan Hishamuddin Rais adalah untuk mendapat sekurang-kurangnya lebih daripada kapasiti kawasan tampungan stadium dan persekitarannya adalah gagal.

    ReplyDelete
  4. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Kecekapan pihak berkuasa terutamanya pihak polis mengatur perjalanan, melaksanakan perkara mengikut SOP yang telah ditetapkan haruslah dipuji. Walaupun berhadapan dengan khalayak yang tidak putus-putus melakukan provokasi, tetapi kecekalan pihak polis menjadi kunci himpunan hari ini tidak bertukar menjadi hodoh.

    ReplyDelete
  5. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Walaupun telah digariskan oleh pihak polis yang pada mana kanak-kanak kurang dari umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk mengikuti himpunan ini, masih lagi terdapat ibu bapa yang tidak bertanggung jawab engkar dengan arahan tersebut.

    ReplyDelete
  6. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Tujuannya adalah untuk menyukarkan perlaksanaan modus operandi pihak polis agar berlaku pergeseran antara peserta dan pihak berkuasa. Dengan memilih 8 kawasan berbeza sebagai tempat mula, logistik peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka dengan jumlah lebih daripada 50,000 orang adalah satu mimpi ngeri walaupun untuk sesebuah syarikat Event Management yang sudah berpengalaman.

    ReplyDelete
  7. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Arahan dari Hishammuddin Rais supaya ada ibu bapa membawa anak kecil mereka adalah untuk melakukan provokasi terancang kepada pihak polis. Apabila polis menahan ibu bapa tersebut, maka akan berlaku pergelutan antara pihak polis dan ibu bapa. Di dalam situasi ini, pihak polis akan berada pada keadaan 'disadvantage' kerana walaupun terdapat pewartaan undang-undang dikeluarkan, mereka yang dilihat melindungi anak-anak kecil akan mendapat 'favourable angle' daripada pihak media.

    ReplyDelete
  8. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Ini yang diharapkan oleh media pro-pembangkang untuk berlaku supaya mereka boleh memainkan isu kekasaran pihak polis kepada anak kecil. Tetapi bagi pihak polis pula, mereka tidak bertindak ke atas ibu bapa ini pada waktu kejadian. Walaupun sengaja anak kecil dibawa lalu di hadapan polis, mereka tidak bertindak untuk menyaman ataupun melakukan tangkapan kepada ibu bapa tersebut bagi menjaga psikologi khalayak untuk tidak bertindak ganas.

    ReplyDelete
  9. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Tahniah kepada pihak polis. Tetapi selepas ini mungkin surat saman tersebut akan sampai ke rumah-rumah mereka yang melakukan kesalahan demi untuk menegakkan undang-undang. Larangan-larangan serta batas-batas untuk mengikuti perhimpunan ini telah dikeluarkan di setiap saluran media yang ada. Tidak ada alasan lagi untuk ibu bapa ini untuk membawa anak mereka.

    ReplyDelete
  10. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Peserta yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan anak-anak muda didapati meninggalkan stadium sebelum ucapan Anwar sekali pun. Mereka dapat menjangkakan bahawa tidak akan berlaku huru-hara ataupun kekecohan pada hari tersebut kerana keadaan adalah terlalu terkawal. Keadaan lalu-lintas yang lancar serta terdapat persediaan untuk mengelakkan peserta merasakan marah dan kecewa.

    ReplyDelete
  11. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Dalam keadaan yang terkawal sebegini, peluang untuk melakukan kekecohan adalah sangat tipis. Cubaan untuk turun ke Dataran Merdeka juga dibuat goleh beberapa perkumpulan AMK, tetapi sekiranya tanpa sebab mereka ingin masuk ke dataran, maka kesalahan tersebut akan terletak pada tangan mereka.

    ReplyDelete
  12. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Provokasi di Dataran Merdeka adalah untuk mencetuskan supaya pihak polis bertindak ke atas mereka, tetapi mengikut SOP polis, selagi mereka tidak melepasi barricade yang mereka telah sediakan maka selagi itulah polis tidak akan bertindak.

    ReplyDelete
  13. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Dalam sudut psikologi juga, Dataran Merdeka telah memuat masuk hampir 2,000 anggota polis dan juga penguasa DBKL. Dengan kekuatan anggota seperti ini, siapa yang berani untuk melakukan onar.

    ReplyDelete
  14. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Tidak dinafikan bahawa kehadiran peserta kali ini adlah lebih ramai daripada Bersih 3.0 yang hanya mengumpulkan sekitar 22,500 orang sahaja. Kali ini, dipersetujui ramai bahawa jumlah kehadiran hari ini meningkat sekali ganda kepada 50,000 orang peserta.

    ReplyDelete
  15. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa Bersih 3.0 melibatkan hanya satu pihak sahaja iaitu NGO Bersih. Tetapi buat Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 ini, telah melibatkan keseluruhan parti-parti Pakatan Pembangkang beserta penglibatan kesemua NGO anti-kerajaan.

    ReplyDelete
  16. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Jentera setiap parti, Bersih, ANAK, Anti-Lynas, Royalti, dan pelbagai lagi NGO-NGO baru yang ditubuhkan khusus untuk menarik orang ramai untuk turun hanya mampu mengumpulkan sebanyak itu sahaja.

    ReplyDelete
  17. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Perlu diingatkan juga bahawa di dalam jumlah 50,000 khalayak yang turut hadir, bukanlah semuanya yang menyokong perhimpunan tersebut. Adalah naif untuk menafikan bahawa 100% yang turun adalah penyokong kepada perhimpunan itu semata-mata. Walaupun jumlahnya tidaklah ramai, tetapi tetap signifikan sekiranya mereka ini tidak turun ke padang sekali.

    ReplyDelete
  18. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Peserta mula bergerak daripada 8 tempat mula yang berasingan dengan Pasar Seni yang paling hampir (750m) dan Masjid Ar-Rahman (UM) paling jauh (9.6km). Tempat yang paling banyak mengumpulkan peserta adalah dari Masjid Negara dan KLCC, masing-masing membawa jumlah lebih kurang 7,000-9,000 peserta. Tempat-tempat lain tidaklah mempamerkan jumlah yang sebegini ramai.

    ReplyDelete
  19. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Ini kerana telah dimaklumkan bahawa di setiap kawasan tersebut diketuai oleh NGO tertentu dan pemimpin parti tertentu yang terlibat. Di Masjid Negara, adalah tempat mula bagi penyokong dan jentera PAS yang diketuai oleh Khalid Samad, Mujahid Yusoff Rawa dan Azmin Ali dan KLCC adalah tempat mula ROYALTI dan ANAK yang dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman yang rata-ratanya masih lagi terdiri daripada penyokong PAS.

    ReplyDelete
  20. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Satu lagi trend yang meningkat adalah penyertaan daripada perkumpulan mahasiswa yang melibatkan hampir 3,000 orang yang diketuai oleh Nurul Izzah. Tetapi jumlah ini juga tidak boleh dibanggakan kerana pada hari sebelumnya, Timb. Menteri Pengajian Tinggi telah mengirimkan tweet beliau yang mengatakan bahawa tiada larangan untuk mahasiswa turun ke perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  21. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Walaupun arahan sedemikian dikeluarkan, jumlah mahasiswa yang turun adalah sekadar 3,000 sahaja jika dibandingkan dengan julah seluruh penuntut IPT yang berjumlah 300,000 orang. 1% sahaja yang menyokong kepada Pakatan Pembangkang. 297,000 mahasiwa yang lain tidak turut serta dan boleh digambarkan mereka ini tidak cenderung kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  22. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Penglibatan mengikut kaum pula adalah lebih menarik lagi. Didapati 90% peserta yang turun adalah daripada kaum Melayu yang membawa jumlah seramai 45,000 orang. Kaum Cina pula adalah 8% dengan jumlahnya 4,000 orang manakala India pula adalah 1% dengan 500 orang saja dan lain-lain sebanyak 1% juga.

    ReplyDelete
  23. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Daripada jumlah ini disimpulakan bahawa Kaum Cina hanyalah daripada pergerakan Anti-Lynas sahaja yang selama inipun berkumpul sekitar angka tersebut sahaja. Penyertaan kaum India dengan hanya 500 orang sahaja menunjukkan kaum India tidak lagi bersama Pakatan Pembangkang. Isu roboh kuil di Sepang jelas menunjukkan yang kaum India merasakan marah dengan tindakan tersebut.

    ReplyDelete
  24. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    NGO-NGO yang cuba dihidupkan bersempena dengan HKR 112 ini seperti TANAH dari Johor dan lain-lain tidak mendapat sebarang sambutan. Kegagalan ini adalah kerana NGO-NGO baru ini tidaklah mendapat sambutan rakyat dan tidak sempat berkembang dengan baik menjelang himpunan ini.

    ReplyDelete
  25. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Secara kesimpulannya, yang berkumpul pada hari ini tidak sama sekali layak ditarafkan sebagai himpunan 'rakyat' kerana mereka ini adalah penyokong tegar pembangkang dan juga jentera parti. Persoalan sama ada NGO-NGO anti-kerajaan ini dipandu oleh Pakatan Pembangkang ataupun tidak sudahpun terjawab. kelayaknya mereka harus namakan himpunan kali ini sebagai Himpunan Penyokong Pakatan Pembangkang.

    ReplyDelete
  26. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Dengan jumlah 50,000 peserta, Barisan Nasional tidak perlu gentar kerana jumlah mereka ini tidakpun lebih daripada jumlah pengundi 2 parlimen sahaja. Katakan jumlah ini adalah 30% sahaja sahaja yang turun, paling-paling kurang, Pakatan Pembangkang ada bersama mereka hanya tidak lebih daripada 200,000 orang sahaja yang benar-benar tegar ke arah pembangkang. Ini bersamaan dengan paling maksima pun hanyalah 9 atau 10 parlimen sahaja.

    ReplyDelete
  27. #KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Isu yang lebih penting untuk mendapatkan 2/3 kerusi parlimen kini hanyalah tinggal untuk memenangi hati mereka yang berada pada keadaan was-was dan mereka yang sudah hilang keyakinan kepada Parti Pembangkang tetapi pada masa yang sama belum lagi boleh menerima Barisan Nasional sebagai pilihan pertama. Mereka inilah kunci kepada kemenangan 2/3 kerusi parlimen Barisan Nasional.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.