Saturday, January 12, 2013

Kezaliman Pakatan Rakyat mengundang amarah rakyat

Hampir 12,000 Rakyat Kedah Serang Balak Azizan Di Pedu!









"Saya diberitahu penganjur bahawa himpunan itu sebenarnya hanya mensasarkan sejumlah 4,000 hingga 5,000 orang peserta sahaja, namun sangat mengejutkan apabila dianggarkan hampir 12,000 rakyat Kedah berhimpun "menakluk" kawasan tersebut.

Tidak hairanlah jika terdapat lebih dari 220 buah bas beratur di sepanjang kawasan tersebut.

Carok Batang Padi yang semalam dipagar oleh pihak PKNK dengan papantanda amaran, telah hilang pintu pagarnya entah ke mana dan kawasan yang telah digondolkan PAS Kedah itu menjadi tapak rakyat Kedah melepaskan kemarahan dan kekecewaan." - Kedahan69ers

Dalam 8 tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat, penganjur perhimpunan ada menyenaraikan tuntutan-tuntutan seperti Hentikan Rampasan Tanah Rakyat dan Jangan Racun Alam Sekitar.

Tapi bila kerajaan Pakatan Rakyat merampas tanah penduduk kampung dan memusnahkan alam sekitar, tidak ada pula para NGO pro pembangkang ini menganjurkan perhimpunan yang sama di negeri-negeri yang dizalimi oleh kerajaan PR.


Mungkinkah kerajaan PR mahu menuntut dua perkara ini supaya pemimpin-pemimpin mereka berpeluang merasai hasil keuntungan merampas tanah rakyat dan menjual balak-balak sekiranya mereka diberikan mandat memerintah negara selepas PRU13? Lihat saja apa yang mereka lakukan di Kedah dan Kelantan. Hutan yang selama ini dijaga baik oleh kerajaan BN habis ditebang oleh pemimpin-pemimpin rakus pakatan yang kononnya berjuang membela nasib rakyat.

Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) agaknya sudah buta dan pekak kerana masih tidak sedar tujuan sebenar pakatan pembangkang. Niat mereka mengadakan perhimpunan di negeri ini hanya bertujuan membantu pakatan pembangkang merampas negeri ini dari kerajaan BN. Bila ini berlaku, nasib rakyat Sabah akan sama seperti nasib rakyat di Kedah. Bumi Sabah yang hari ini sebahagian besarnya masih dilitupi hutan tebal dan kaya dengan pokok-pokok balak yang bernilai tinggi, pasti akan bertukar menjadi bulan jika pakatan pembangkang diberikan peluang memerintah walau hanya sepenggal.

13 comments:

  1. negeri2 pakatan mmg byk masalah.

    ReplyDelete
  2. Bantahan terhadap penerokaan balak di kawasan tadahan air sampai kemuncaknya apabila lebih 12,000 penduduk di negeri ini dan luar berhimpun secara aman di Charok Batang Padi dekat sini hari ini sebagai memprotes tindakan kerajaan Pas Kedah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpulan tersebut yang menaiki 238 bas dari seluruh negeri ini termasuk luar seperti Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berhimpun selama tiga jam di kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 3 petang.

      Delete
    2. Peserta turut membawa pelbagai sepanduk antaranya tertera tulisan Pembalakan Tanpa Kawalan Kerajaan Negeri Akibatkan Hakisan, Pertanian Di Kawasan Takungan Akibat Rakyat Minum Air Racun Dan Baja dan Kawasan Tasik Pedu Untuk Tadahan Hujan, Bukan Untuk Pembalakan yang menjelaskan kebimbangan mereka terhadap aktiviti penerokaan hutan tersebut.

      Delete
    3. Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, perhimpunan tersebut mencapai matlamat apabila mendapat sambutan dalam kalangan penduduk negeri ini dan luar yang ingin meninjau sendiri kerakusan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan itu.

      Delete
    4. "Kita menjangkakan hanya 5,000 hingga 6,000 sahaja yang akan turut serta tetapi ternyata banyak dalam kalangan penduduk datang ingin mendapat kepastian tentang isu pembalakan berleluasa di kawasan ini.

      Delete
    5. "Itu tujuan kita membawa penduduk ke sini supaya mereka lihat apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah itu tentang hakikatnya pembalakan turut dijalankan di puncak kawasan berhampiran tadahan air di Tasik Pedu ini,"katanya kepada pemberita selepas perhimpunan tersebut.

      Delete
  3. Utusan Malaysia menerusi siri laporan khas sebelum ini mendedahkan Kedah kini berdepan ancaman bencana alam khususnya banjir lumpur dalam skala besar ekoran pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air sekali gus mengundang reaksi bantahan daripada pelbagai pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Pas Kedah juga dilaporkan menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas, Baling untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala kira-kira 350 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek agro pelancong.

      Delete
    2. Tambah Mohd. Yusof lagi, perhimpunan yang disifatkan sebagai raksasa itu turut disertai oleh lebih 1,000 penduduk dalam kalangan masyarakat Siam, Cina dan India.

      Delete
    3. "Tetapi kini mereka rakus menerokainya hutan yang menjadi aset untuk anak cucu kita," katanya.

      Delete
    4. "Kita percaya anggota masyarakat membantah tindakan kerajaan negeri ini. Keseluruhan hutan ini adalah hak kita dan kawasan tadahan ini adalah anugerah daripada Allah, kita patut bersyukur kerana kita ada kawasan tadahan yang sebelum kerajaan Pas mentadbir tidak pernah disentuh.

      Delete
  4. Katanya, selain berhimpun secara aman penduduk yang menyertai perhimpunan tersebut berpeluang sendiri meninjau kawasan hutan yang digondolkan atas alasan untuk melaksanakan projek ladang buah-buahan.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.