Thursday, January 17, 2013

PBS dijangka aktifkan sepenuhnya jentera pilihanraya di semua PDM

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dijang- ka mengaktifkan sepenuhnya kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, pada hujung bulan ini.

Ketua Penerangan PBS Datuk Johnny Mositun berkata presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dijangka mengarahkan semuaPDM berbuat demikian sebaik sahaja selesai khemah kerja pemantapan jentera pilihan raya parti dari 18 Jan hingga 20 Jan ini di Kem Bina Negara di Kundasang.

“Walaupun Parti Bersatu Sabah sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang, namun kita akan aktifkan sepenuhnya jentera pilihan raya di kesemua PDMbagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan cemerlang di Sabah sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

“Bagi PBS, kita yakin majoriti rakyat negeri Sabah menyokong BN yang telah membuktikan kemampuannya mentabdir negeri dan negara ini dengan baik,” katanya kepada Bernama, di sini kelmarin.

Mositun yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata khemah kerja tiga hari itu akan dihadiri pemimpin tertinggi PBS, barisan Exco Wanita dan Pemuda serta semua ketua bahagian.

Beliau berkata program itu antara lain bertujuan memantapkan persediaan jentera pilihan raya termasuk menangkis dakyah dan propaganda pembangkang menjelang pilihan raya yang dijangka getir itu. - New Sabah Times

12 comments:

  1. PBS harus sedia perkukuhkan jentera.

    ReplyDelete
  2. Masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) akan kehilangan kuasa dalam kerajaan jika mereka membuat perhitungan yang salah pada pilihan raya umum ke-13, kata seorang pensyarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Henry Bating dari Unit Bahasa Kadazandusun, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, berkata ini kerana suara komuniti itu tidak diwakili pada peringkat tertinggi dalam parti pembangkang.

      Delete
    2. Berbanding dalam Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pemimpin KDM pada peringkat tertinggi, tidak ada etnik KDM yang menjadi presiden parti dalam pakatan pembangkang dan ini akan merumitkan urusan penggubalan dasar berkaitan kepentingan komuniti KDM, katanya

      Delete
    3. “Semangat kekeluargaan BN yang didukung oleh pemimpin KDM dalam BN telah membawa pelbagai kebaikan dan kejayaan kepada masyarakat KDM,” katanya.

      Delete
    4. Antara kejayaan itu ialah penubuhan kolej KDM, pelaksanaan kurikulum pengajian Kadazandusun di sekolah, kolej, institut dan universiti serta peningkatan status Mahkamah Anak Negeri ke taraf mahkamah sivil, katanya.

      Delete
    5. “Ini adalah beberapa pencapaian tersirat yang pada hakikatknya diperoleh hasil kepimpinan kekeluargaan dalam BN, di mana pemimpin-pemimpin utama KDM dalam BN turut memainkan peranan.

      Delete
    6. “Mereka (pemimpin KDM dalam BN) bekerja umpama ‘diam-diam ubi berisi’ dan bukan seperti ‘ayam bertelur riuh sekampung’ atau ‘menang sorak, kampung tergadai’,” katanya.

      Delete
    7. Sehubungan itu beliau berharap masyarakat KDM tidak terjebak dengan permainan emosi pemimpin KDM parti pembangkang yang membangkitkan pelbagai isu bagi “membakar” perasaan komuniti terbabit dan beralih kepada pembangkang.

      Delete
    8. Tegasnya taraf hidup sebahagian besar masyarakat KDM, termasuk di kawasan luar bandar kini sudah jauh lebih baik dengan adanya pelbagai kemudahan peluang ekonomi yang diwujudkan kerajaan BN.

      Delete
    9. “Rata-rata pendapatan per kapita mereka jauh lebih baik 10 tahun kebelakangan ini hasil pembangunan kerajaan seperti inisiatif penanaman dan pemasaran getah di kawasan pedalaman,” katanya.

      Delete
  3. Parti Bersatu Sabah has submitted its list of candidates for the 13th general election to prime minister and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak.

    Its president, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, said the party considered the list as "final", barring any last-minute changes.

    PBS, the second largest BN component party in Sabah after Umno, contested four parliamentary and 14 state seats in the 2008 general election.

    Speaking at the wreath-laying ceremony at the Petagas Memorial Monument to honour those killed in the line of duty during World War 2, Pairin said his party was ready to face the election.

    In Ipoh, Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said there was no need for candidates to lobby for seats for the next general election.He said Najib already had a list of credible as well as "substitute" candidates.

    Najib, he said, had asked for three names for each parliamentary and state seat to be submitted about eight months ago.

    "This means he has evaluated all possible candidates. There is no need for candidates to lobby for seats at the 11th hour," he said after presenting the RM100 school aid to pupils in several schools in his parliamentary constituency of Bagan Datoh.

    In Kuantan, Pahang Pas commissioner Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said the opposition was still negotiating on the seat allocation for Pahang, but added that the list was expected to be finalised next week.

    It is learnt that Pas may swap a state seat in Pekan with Parti Keadilan Rakyat's parliamentary seat as PKR is keen to contest in Chini which it had won in 1999.

    Apart from Chini, PKR state chairman Datuk Fauzi Abdul Rahman had said the party was also interested to contest the Bebar state seat in the Pekan constituency.

    In 2008, Pas contested six parliamentary and 22 state seats, with PKR (six parliamentary and 13 state seats) and DAP (two parliamentary and seven state seats).

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.