Wednesday, January 30, 2013

RCI Sabah: Pengarah JPN akui tidak ada arahan pihak atasan

Isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat. 

Isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995. 

Benarkah dakwaan ini? 

Dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ? 

LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.


Mohd Nasir Sungip merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (negeri Sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi "Durian Burok" dari tahun 1992-1995. 

Operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan (IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi. 

Tambah Nasir Sungip, ini adalah arahan SPR. 

SOALAN? 

Benarkah ini arahan SPR? 

Lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.














1) Bekas Pengarah JPN, Ramli Kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara asing peluang untuk mengundi. Ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.



















2) Bekas Pengarah JPN, Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. Datuk Rauf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan. 

KESIMPULANNYA

Seramai 94 orang termasuk 24 pegawai JPN telah disumbat ke dalam ISA kerana isu penjualan IC BIRU ini. 

2 bekas Pengarah JPN di atas antara yang telah mengaku mereka melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan mahu extra duit dan penjualan IC BIRU tersebut dilakukan tanpa arahan dari pihak atasan. 

Cubaan pembangkang untuk memburukkan nama bekas Perdana Menteri DR. Mahathir dan SPR semakin tidak berjaya kerana hampir kesemua yang terlibat mengaku mereka memberikan IC atas dasar mahu mencari keuntungan peribadi. 

itu pasallah tun m kata dia sedia disiasat dan didakwa... tada hal punya kata tun m..! - GAP

23 comments:

  1. sindiket IC palsu merupakan tindakan individu tertentu untuk kepentingan sendiri saja.

    ReplyDelete
  2. Penahanan 19 orang dipercayai anggota sindiket memperdaya pendatang asing untuk mendapatkan kad pengenalan palsu di Tawau jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu tersebut, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said. (petikan BH Jun 2012)

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata, tindakan polis daerah Tawau itu wajar dalam memastikan keselamatan rakyat di negeri ini terus dijaga.

    “Tindakan selaras dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 1 Jun lalu,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan negeri, diminta mengulas kejayaan polis Tawau memberkas 19 orang, termasuk seorang petugas Jabatan Pendaftaran Negara dari Putrajaya, dalam siri tangkapan sejak 25 Mei lalu.

    ReplyDelete
  5. Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Henrynus Amin, menggesa polis membuat siasatan terperinci mengenai kegiatan sindiket mengeluarkan kad pengenalan palsu itu.

    ReplyDelete
  6. "Penahanan beberapa orang itu (di Tawau) adalah sebahagian kecil sahaja daripada masalah yang besar. Polis perlu membuat siasatan lebih mendalam,” katanya.

    ReplyDelete
  7. byk betul manipulasi akan hal ni.

    ReplyDelete
  8. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  9. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit.

    ReplyDelete
  10. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.

    ReplyDelete
  11. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad.

    ReplyDelete
  12. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.

    ReplyDelete
  13. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing;iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an.

    ReplyDelete
  14. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.

    ReplyDelete
  15. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

    ReplyDelete
  16. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan.

    ReplyDelete
  17. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud.

    ReplyDelete
  18. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara.

    ReplyDelete
  19. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  20. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran.

    ReplyDelete
  21. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati.

    ReplyDelete
  22. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  23. PEMIMPIN2 PEMBANGKANG BERTUBI2 MENGHENTAM KERAJAAN BN BERKENAAN DENGAN PROJEK IC DAN PATI WALAUPUN MEREKA TAHU YANG MENUBUHKAN RCI ITU ADALAH KERAJAAN BN, SEMENTARA ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHANNYA

    Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.