Tuesday, January 22, 2013

RM40 juta: Rafizi tersungkur, William ganti

Senyap seketika isu RM40 juta selepas Rafizi Ramli jatuh tersungkur beberapa kali. Tapi seperti yang dijangka, pembangkang tidak akan berputus-asa bermain dengan persepsi selagi Anwar Ibrahim belum dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini giliran William Leong pula memikul tanggungjawab meneruskan pembohongan dan fitnah bagi memastikan kesinambungan isu RM40 juta tidak berhenti setakat 9 January 2013

Jika Rafizi boleh nafikan laporan New Straits Times yang mengatakan bahawa siasatan terhadap Musa telah digugurkan hanya dengan bermodalkan kerahsiaan butiran siasatan dan status siasatan, bagaimana pula dengan kenyataan William Leong? Adakah konsep Kerahsiaan Siasatan hanya boleh diguna-pakai bila siasatan ICAC memihak kepada mangsa fitnah Pakatan Pembangkang?

Lebih malang lagi apabila kenyataan William, jika kita susuri satu-persatu, ternyata amat bertentangan dengan makna Kerahsiaan Siasatan.
“Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim. Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini." 
“Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan,” 
“ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar,”
Selepas William mendedahkan perkembangan terkini atau maklumat siasatan seperti diatas, menyusul pula kenyataan BODOH beliau seperti di bawah: 
“Kita tahu ICAC Hong Kong sedang siasat. Kes ini masih berjalan walaupun ada laporan kata sudah tutup. Mereka (ICAC) tidak beritahu media arus perdana bahawa kes ini dalam siasatan bertujuan melindungi kerahsiaan siasatan."
Jika ICAC mahu melindungi kerahsiaan siasatan, jangankan media arus perdana, dengan ahli-ahli politik sekalipun jangan harap berpeluang mempolitikkan hasil siasatan ICAC. Amat dangkal kenyataan William Leong apabila beliau mengatakan bahawa ICAC tidak akan memberitahu kepada media bahawa kes itu sedang berjalan sedangkan apa yang dilaporkan NST sebelum ini adalah kes itu sudah digugurkan.

Seperkara lagi, bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa siasatan sedang berjalan?? Bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa Lajim akan dipanggil, dokumen sudah diserahkan dan sebagainya??

Siapa yang cuba mencabuli Kerahsiaan Siasatan disini???

Timbul juga persoalan berkenaan dengan sikap berdiam diri Rafizi Ramli. Bukankah dia yang berkobar-kobar mahu membuktikan skandal RM40 juta ini benar-benar melibatkan orang-orang yang dia benci? Memandangkan Rafizi bertanggungjawab mengetuai delegasi KEADILAN ke Hong Kong, kenapa bukan dia saja yang dihubungi oleh ICAC? Adakah ICAC sudah tidak mempercayai Rafizi ekoran tindakan Rafizi yang gemar mempolitikkan apa sahaja perkembangan kes ini? atau, adakah Rafizi sedang tercungap-cungap menanggung penat lelah selepas membohong tanpa henti sejak menyertai Pakatan? atau, memang benar Rafizi sudah jatuh tersungkur selepas semua pembohongan beliau berjaya dipatahkan secara semulajadi tanpa perlu pemimpin-pemimpin BN bekerja keras?

Walau apapun jawapannya, kesungguhan membohong pembangkang hari ini bolehlah kita samakan dengan acara Lari Berganti-Ganti, cuma dalam politik kita tukar namanya kepada acara Membohong Berganti-Ganti.. Inilah istilah yang paling sesuai bagi mengambarkan sifat semulajadi pembangkang hari ini yang tidak pernah jemu membohong selagi hasrat mereka mahu merampas kerajaan belum tercapai.

"Apa agaknya reaksi ICAC bila saksi yang mereka panggil itu pernah membeli "surat cinta" berharga RM50,000?"

32 comments:

  1. Memang ramai hero2 pembangkang ni tapi yang sering muncul, tidak lain tidak bukan, memang c Rafizi.

    ReplyDelete
  2. Memang tiada rahsia siasatan kalau memang sudah mau terdesak untuk mendedahkannya.

    ReplyDelete
  3. Tengoklah sejauh mana dakwaan2 dan fitnah akan berhasil.

    ReplyDelete
  4. penipuan Rafizi makin terdedah.

    ReplyDelete
  5. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

    ReplyDelete
  6. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

    ReplyDelete
  7. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

    ReplyDelete
  8. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

    ReplyDelete
  9. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

    ReplyDelete
  10. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

    ReplyDelete
  11. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

    ReplyDelete
  12. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

    ReplyDelete
  13. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

    ReplyDelete
  14. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

    ReplyDelete
  15. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

    ReplyDelete
  16. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

    ReplyDelete
  17. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

    ReplyDelete
  18. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

    ReplyDelete
  19. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete
  20. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

    ReplyDelete
  21. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    KOTA BHARU 25 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Pas Kelantan mendedahkan secara terperinci 'transaksi komersial' bernilai RM30 juta hasil daripada penjualan syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd., kepada dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

    ReplyDelete
  22. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehnya, syarikat tersebut dimiliki oleh taikun balak sebelum dijual kepada kedua pemimpin DAP tersebut.

    ReplyDelete
  23. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan syarikat tersebut hanya membayar premium sebanyak RM2 juta kepada kerajaan Pas Kelantan dan RM1.8 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) hasil daripada pajakan tanah balak itu.

    ReplyDelete
  24. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    "Jika benar berlaku, bayaran kira-kira RM4 juta tidak berbaloi dengan tanah seluas 4,592 hektar untuk tempoh 50 tahun, maka disebabkan itu kami mahu kerajaan Pas Kelantan dedahkan kepada rakyat daripada transaksi sebanyak RM30 juta itu berapa yang diperoleh kerajaan negeri serta YIK.

    ReplyDelete
  25. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    "Selain itu, kami juga mendapat tahu berdasarkan perjanjian di antara pemilik asal Upayapadu dengan YIK, syarikat tersebut perlu dimiliki oleh bumiputera melebihi 50 peratus, tetapi selepas pindah milik berlaku, syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh bukan bumiputera.

    ReplyDelete
  26. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    "Sepatutnya YIK tidak boleh benarkan penjualan syarikat itu kerana tiada seorang pun pengarah atau pemegang syer daripada bumiputera. Ini kesilapan kerajaan Pas Kelantan dan YIK sehingga menyebabkan rakyat mengalami kerugian besar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ReplyDelete
  27. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengakuan Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak bahawa beliau dan sepupunya, Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan melibatkan tanah seluas 4,529 hektar di Gua Musang.

    ReplyDelete
  28. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

    ReplyDelete
  29. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Perkasa turut mendesak Kerajaan Pas Kelantan supaya menjalankan siasatan terperinci berhubung isu tersebut kerana ia menjejaskan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  30. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    "Kita mendesak supaya sebuah badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat penjualan ini kerana mungkin wujud pihak ketiga atau orang tengah yang memainkan peranan untuk mendapatkan keuntungan di samping itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu memainkan peranan mereka dalam isu ini.

    ReplyDelete
  31. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    "Ini satu kecelakaan dan tragedi untuk rakyat negeri ini kerana sudah banyak tanah di Hulu Kelantan tergadai. Walaupun tidak berlaku pindah milik pada tanah rizab Melayu, tetapi ia dipajak dalam tempoh yang terlalu lama. Soalnya kenapa dipajak kepada syarikat luar, tidak kepada anak Kelantan, apakah mereka takut rahsia bocor.

    ReplyDelete
  32. William Leong patut jawab aktiviti penjualan tanah oleh kerajaan PAS kepada DAP.. jika tidak ada unsur2 rasuah, kenapa perlu takut bagi penjelasan?

    "Mungkin taikun balak itu tidak salah, tetapi Kerajaan Pas Kelantan dan YIK bodoh kerana 'menggadaikan' tanah lebih 4,000 hektar untuk hasil sebanyak RM4 juta sahaja," katanya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.