Sunday, January 6, 2013

Siasat Penyerahan Tanah Di Kelantan, Siasat Juga Pembalakan Rakus Di Kedah

 
Penyerahan beribu-ribu hektar tanah milik rakyat dan umat Islam Kelantan kepada syarikat-syarikat bukan milik orang Islam atau lebih tepat lagi, syarikat-syarikat milik kroni DAP, oleh PAS Kelantan, sememangnya sudah lama diperkatakan. Bagaimanapun, PAS yang bijak berselindung di sebalik doa dan solat hajat selain serban dan zuhudnya Nik Abdul Aziz sentiasa dapat mengelak daripada dilihat sebagai penyeleweng tanah terbesar.

Apatah lagi, PAS kerapkali menuding jari menyalahkan UMNO yang kononnya telah menjual tanah-tanah rezab Melayu kepada pihak asing, walaupun pada masa yang sama, mereka tidak menyebut langsung tentang tanah-tanah yang telah disediakan untuk menggantikan rezab Melayu yang telah diambil untuk tujuan pembangunan dan sebagainya.

Berbanding dengan PAS yang begitu rakus mengejar keuntungan besar dan tidak bermoral, UMNO dan Kerajaan Pusat menyediakan ruang dan peluang yang lebih baik untuk sesiapa sahaja yang menyertai program yang dibuat sepertimana KEDA, FELDA, FELCRA dan sebagainya.

Sedangkan sesiapa sahaja yang masuk ke dalam program PAS, mereka hanyalah dilatih untuk menjadi kader PAS dan mengorbankan apa-apa sahaja milik mereka atas nama PAS, termasuklah isteri yang perlu dikongsi.

Dek kerana itulah, PAS tidak malu walau sepicing pun, walaupun telah terdedah bahawa PAS menipu semata-mata, sepertimana dalam kes Tabung Derma Memali, KOHILAL, projek-projek Husam Musa di Kelantan, Ladang Rakyat dan sebagainya.

Menariknya, dalam kes Ladang Rakyat, tidak sahaja PAS Kelantan melihat prospek besar untuk untung berganda dalam rampasan tanah rakyat sebaliknya tindakan PAS memusnahkan alam sekitar seringkali mendapat perlindungan daripada pelbagai pihak termasuklah pihak berkuasa yang mudah kow-tim dan kow-tow kepada para pemimpin PAS.

Ladang Rakyat merupakan alasan di sebalik kerakusan penebangan balak dan kerosakan alam sekitar. PAS mewujudkan alasan Ladang Rakyat untuk mewajarkan tindakan mereka mengkayakan kroni-kroni mereka, terutama sekali dari DAP menerusi jalan memproksikan Melayu-Melayu bangang yang menjadi penyokong tegar PAS. Kerja-kerja tersebut diselaraskan dan dilicinkan oleh pemimpin-pemimpin utama PAS sepertimana yang berlaku di Kelantan.

Ironinya, PAS gila menebang balak apabila mereka mula berbaik-baik dengan DAP bermula awal tahun 2000 dahulu. Dan kegilaan menebang balak itu yang kemudian dijenamakan sebagai LADANG RAKYAT itu kemudiannya, melarat kepada penjualan dan pemindahmilikan tanah kepada kroni-kroni DAP, sama ada dari Malaysia mahupun dari Singapura.

Masing-masing masih tidak terjawab, bagaimana PAS Kelantan boleh memindahkan hak milik beribu-ribu hektar tanah kepada kroni-kroni DAP yang bukan sahaja mentekedaghah balak dan tanah tetapi juga menjadikan orang Melayu yang menyokong PAS sebagai hamba abdi yang cukup dengan RM200 sebulan.

SPRM telah diberitahu tetapi entah mengapa, bagaikan ada hantu besar di dalam SPRM yang menghalang perlaksanaan siasatan terhadap transaksi tanah melibatkan Kerajaan Negeri di bawah PAS. Sekaligus menjadikan PAS seperti jin ekor tercanak yang begitu bangga kononnya mereka telah melakukan program pembalakan dan penebangan hutan secara betul dan mengikut prosedur. Dan di sebalik pelbagai pendedahan bukti yang menunjukkan perlanggaran undang-undang serta peraturan melibatkan Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, SPRM sehingga ke hari ini terus berdiam diri.

Justeru, seandainya siasatan terhadap penyerahan tanah milik rakyat Kelantan kepada syarikat-syarikat yang meragukan transaksinya, perlu amat untuk siasatan terhadap LADANG RAKYAT KEDAH dimulakan secepat mungkin.

PAS sehingga kini meneruskan kerja-kerja pembohongan mereka dengan begitu megah kerana tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa. Dan pada masa yang sama, pihak berkuasa pula dilihat bagaikan tikus kesejukan yang hanya berani apabila melibatkan pemimpin dan orang UMNO tetapi amat kecut perut apabila melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

17 comments:

  1. PAS kena selesaikan isu2 di Kelantan sebelum nak sibuk hal2 di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Negeri2 bawah tadbiran pembangkang pun ada juga masalah tanah.

    ReplyDelete
  3. Pembangkang jangan cuba selindungkan masalah yang dihadapi di negeri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  4. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

    ReplyDelete
  5. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

    ReplyDelete
  6. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

    ReplyDelete
  7. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

    ReplyDelete
  8. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

    Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

    ReplyDelete
  9. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

    ReplyDelete
  10. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

    ReplyDelete
  11. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

    ReplyDelete
  12. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

    ReplyDelete
  13. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

    ReplyDelete
  14. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

    ReplyDelete
  15. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

    ReplyDelete
  16. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

    Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete
  17. KALAU TIDAK MAHU PERKARA SAMA TERJADI KEPADA SABAH, JANGAN SEKALI-KALI UNDI PEMBANGKANG MASA PRU13 NANTI

    Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.