Monday, January 7, 2013

Tiada Noktah Kerajaan Laksana Program Pembangunan

 
SANDAKAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan program pembangunan untuk rakyat mengikut kesesuaian dengan perkembangan semasa, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata proses pembangunan sesebuah kawasan dilaksanakan tanpa noktah dan ia diatur bagi memastikan ia mencapat matlamat kepada golongan sasar.

“Inilah usaha dan komitmen kerajaan selari dengan amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, kelmarin.

Katanya antara program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia, Rebet RM200 membeli telefon pintar, Sentuhan Kasih dan 1Azam.

Beliau berkata berbeza dengan parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu melaksanakan apa-apa program untuk membantu rakyat.

“Mereka hanya pandai bercakap kosong dan bohong seperti ‘Saudagar Ubat’ untuk meraih sokongan rakyat tetapi tidak mampu menunaikan janji yang mereka berikan,” katanya.

Musa berkata parti pembangkang juga mempunyai rekod buruk dalam menunaikan janji mereka kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata, BN mempunyai rekod baik untuk menunaikan janji dan melaksanakan program pembangunan untuk rakyat disebabkan mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya.

Pada majlis itu, Musa turut mengumumkan berita gembira untuk penduduk Kampung Pulau Nunuyan Laut apabila meluluskan peruntukan untuk membina sebuah dewan untuk sekolah rendah di pulau tersebut.

20 comments:

  1. Dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khusus di Sabah akan meneruskan agendanya, bukan sahaja mempertingkatkan pembangunan, bahkan ekonomi dan kebajikan penduduknya juga terus terpelihara.

    ReplyDelete
  2. Barisan Nasional (BN) berani membuat janji pembangunan tanpa ragu-ragu kepada rakyat kerana memiliki keupayaan dalam segala aspek untuk menjadikannya suatu kenyataan.

    ReplyDelete
  3. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata hakikat itu adalah jurang yang membezakan parti pemerintah dengan pembangkang yang sekadar bermodalkan janji tanpa kemampuan menunaikannya.

    ReplyDelete
  4. 'Ini cara BN berkempen. Kita terangkan program yang dibuat dan apa yang akan dibangunkan di Batu Sapi. Kita tak pernah janji kosong dan kita tunaikan seberapa segera yang boleh kerana rakyat mengingati apa yang kita janjikan.'

    ReplyDelete
  5. “Rakyat perlu menyedari perkara ini kerana kita mahu wujud kesinambungan dari segi pembangunan. Kalau pembangkang dipilih, apa akan jadi dengan perancangan pembangunan?” katanya

    ReplyDelete
  6. Kerajaan perlu terus membuat perbelanjaan untuk pembangunan dan pada masa yang sama menangani hutang negara pada paras yang boleh diurus, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata fasa pembangunan penting sedang dijalankan sekarang membabitkan projek bernilai berbilion-bilion ringgit seperti Mass Rapid Transit (MRT).

    ReplyDelete
  8. Dasar kerajaan BN menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khusus di Sabah akan meneruskan agendanya dalam mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan kebajikan penduduknya.

    ReplyDelete
  9. Mengundi BN maksudnya menyokong pembangunan berterusan di negara ini.

    ReplyDelete
  10. Rakyat kena bijak bila masa mengundi nanti.

    ReplyDelete
  11. Selagi rakyat memberi sokongan penuh pada BN, selagi itulah kerajaan akan terus laksanakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

    ReplyDelete
  12. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

    momentum pembangunan negeri ini bukan sahaja perlu dikekalkan malah hendaklah terus diperhebatkan. Sehubungan itu, sejumlah RM2.42 bilion adalah disediakan untuk Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2013. Anggaran ini melibatkan sebanyak RM1bilion pembiayaan Kerajaan Negeri dan RM1.42bilion adalah sumbangan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Sumbangan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melibatkan Peruntukan Imbuh Balik Persekutuan sebanyak RM35.4 juta, Pinjaman Persekutuan sebanyak RM186.07 juta dan Pemberian Secara Langsung (Geran) berjumlah RM1.19bilion.

      Delete
    2. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Sebahagian besar daripada Anggaran Pembangunan tahun 2013, iaitu sebanyak RM2.07 bilion atau 85.71 peratus adalah diperuntukkan kepada sektor ekonomi yang mana di antaranya adalah untuk kemudahan asas yang diperuntukkan sebanyak RM988.23 juta, RM763.7 juta untuk infrastruktur dan perhubungan manakala sebanyak RM234.9 juta lagi untuk pertanian dan pembangunan tanah.

      Delete
    3. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Daripada jumlah RM988.23 juta anggaran pembangunan yang dicadangkan untuk kemudahan asas, RM480.67 juta adalah untuk program bekalan air, RM400 juta untuk bekalan elektrik luar bandar dan RM95.56 juta untuk projek-projek pembetungan.

      Delete
    4. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Sementara peruntukan sebanyak RM12 juta adalah untuk menampung perbelanjaan Sumbangan Modal berkaitan dengan projek-projek bekalan air dan
      elektrik.

      Delete
    5. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Pembangunan infrastruktur dan perhubungan disediakan sebanyak RM763.7 juta. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM742.95 juta adalah untuk jalanraya dan jambatan, RM13.5 juta untuk pelabuhan dan dermaga dan RM7.25 juta untuk perkhidmatan keretapi.

      Delete
    6. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Antara program utama di bawah pertanian dan pembangunan tanah ialah program pengairan dan saliran diperuntukkan sebanyak RM72.72 juta, projek-projek pengembangan pertanian sebanyak RM42.06 juta dan program perkhidmatan haiwan sebanyak RM34.87 juta.

      Delete
    7. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Sejumlah RM291.16 juta atau 12.03 peratus daripada jumlah anggaran pembangunan tahun 2013 adalah diperuntukkan untuk sektor sosial. Sebanyak RM181.92 juta daripada jumlah berkenaan adalah untuk pembangunan luar bandar dan masyarakat yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Ketua Menteri.

      Delete
    8. TIADA NOKTAH KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN

      Sektor Pentadbiran Am diperuntukkan sebanyak RM29.75 juta atau 1.23 peratus untuk pembiayaan projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah & Ukur dan pembinaan bangunan-bangunan kerajaan.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.