Wednesday, January 9, 2013

TIADA TSUNAMI POLITIK DI SABAH

Sumber: Bernama

KOTA BELUD : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyangkal dakwaan pembangkang akan berlaku tsunami politik atau kebangkitan rakyat di Sabah, menegaskan Barisan Nasional (BN) berada di landasan betul untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
 
Menyifatkan dakwaan itu sebagai khayalan dan tokok tambah, beliau berkata ia bertujuan menunjukkan kekuatan politik pembangkang dan mempengaruhi sokongan di negeri ini yang merupakan kubu kuat BN. 

"Yang pastinya, BN mungkin menghadapi cabaran hebat, terutama sekali di kawasan bandar dan sub bandar tetapi majoriti rakyat di Sabah masih lagi menyokong BN untuk mentadbir negeri ini dan negara.


"Sudah tentu tidak akan terjadi tsunami politik atau kebangkitan rakyat di Sabah. Ia semata-mata propaganda politik untuk mewujudkan kesangsian atau kekeliruan di kalangan pengundi. Hakikatnya BN masih utuh dan padu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin akar umbi setempat di sini Selasa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata di Sabah baru-baru ini bahawa akan berlaku 'Kebangkitan Rakyat Sabah' dalam pilihan raya umum yang datang.

  Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, yakin BN akan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang ini. 

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan sebaliknya terus menyokong pelbagai program transformasi yang diusahakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak demi masa depan yang lebih baik.

"Saya percaya apa yang terjadi di Semenanjung dalam pilihan raya umum 2008 tidak akan berlaku di Sabah. Yang nyata, landskap politik seluruh negara telah jauh berubah dalam masa empat tahun yang lepas di bawah pimpinan Najib.

"Yang jelas, Najib telah merubah kedudukan BN selaku parti pemerintah ke arah lebih baik. Najib, yang telah menerapkan pendekatan mesra rakyat dalam menangani pelbagai masalah, amat disukai rakyat. Beliau bersedia mendengar kesusahan dan rungutan rakyat serta sanggup turun padang untuk melihat keadaan yang sebenar," katanya.

Salleh berkata ini pastinya satu kelebihan bagi BN dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

31 comments:

  1. Sokongan rakyat terutamanya di Sabah
    terhadap Barisan Nasional (BN) masih kukuh dan mereka akan terus
    memberi mandat kepada BN untuk kembali menerajui pucuk pimpinan negara.

    ReplyDelete
  2. keyakinan tersebut adalah berasaskan kepada banyak faktor yang begitu
    jelas dapat dilihat dalam scenario politik semasa di Negara ini.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan
    BN-UMNO mempunyai halatuju dan agenda perjuangan yang jelas, relevan,
    matang, progresif, kompetitif, kondusif dan berinovatif untuk membawa
    masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini ke tahap kemajuan yang
    lebih tinggi, seiring dengan tuntutan semasa.

    ReplyDelete
  4. Konsep dan semangat kerjasama serta semangat
    setiakawan yang dipelopori dan dipraktikkan oleh anggota komponen BN
    yang diterajui UMNO sejak dari dulu hingga sekarang sangat kondusif
    untuk diwarisi generasi akan datang di negara ini.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan BN-UMNO juga telahpun membuktikan
    keupayaannya melaksanakan agenda pembangunan negara, terutama sekali
    mengangkat martabat masyarakat Bumiputera, khususnya di Sabah

    ReplyDelete
  6. kerajaan BN-UMNO sangat mementingkan soal
    perpaduan serta keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan agama di
    negara ini dan ini dapat disaksikan melalui amalan dan pendekatan
    politik sederhana yang ia praktikkan.

    ReplyDelete
  7. BN-UMNO sentiasa mendidik rakyat supaya
    mengamalkan cara berpolitik yang berhemah, dan bukannya mengamalkan cara
    berpolitik bersifat anarkisme atau terlalu ekstrem yang boleh
    menimbulkan ketegangan

    ReplyDelete
  8. Kita juga dapat perhatikan bahawa pendekatan politik yang diamalkan oleh pihak pembangkang itu lebih bersifat populis

    ReplyDelete
  9. Politik pembangkang bertentangan
    dengan budaya hidup yang selama ini telah melahirkan masyarakat dan
    generasi yang bersopan santun, berbudi bahasa serta menghormati
    keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara.

    ReplyDelete
  10. Sikap pembangkang juga seolah-olah mahu
    mengajar generasi muda supaya tidak mengambil peduli soal sensitiviti
    masyarakat majmuk yang selama ini adalah tunjang kepada keamanan dan
    kestabilan politik serta ekonomi yang kita nikmati selama ini.

    ReplyDelete
  11. Inilah yang hendak kita dan mesti
    dipertahankan dan jangan sekali-kali kita biarkan pembangkang musnahkan
    aset negara yang paling berharga ini.

    ReplyDelete
  12. Naib
    Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Umno dan Barisan
    Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus melaksanakan langkah
    perlu bagi memastikan keadaan itu berterusan.

    ReplyDelete
  13. dakwaan
    kononnya Umno dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik
    pembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  14. tu
    (gembar-gembur) tidak membimbangkan sangat. Kita akan mengambil langkah
    tertentu untuk memastikan kita dapat mengukuhkan Umno dan BN di Sabah.
    Parti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN
    Sabah terus kukuh,

    ReplyDelete
  15. Barisan
    Nasional (BN) masih bertapak kukuh di Sabah meskipun pembangkang
    membuat tohmahan tidak berasas kononnya BN semakin lemah di negeri di
    bawah bayu itu.

    ReplyDelete
  16. BN
    masih kuat bertapak di Sabah walaupun pembangkang bermain politik
    dengan melemparkan tohmahan tidak berasas kononnya BN tidak kuat.

    ReplyDelete
  17. BN akan menempa kejayaan dalam pilihanraya nanti

    ReplyDelete
  18. pembangkang sentiasa
    mencuri peluang dengan membuat pelbagai tohmahan dengan niat dan
    matlamat untuk meraih sokongan dan simpati rakyat.

    ReplyDelete
  19. rakyat di Sabah sudah dapat menilai belang sebenar pembangkang dengan menolak mereka dalam pilihanraya nanti

    ReplyDelete
  20. Mereka pembangkang hanya pandai membuat janji tetapi tidak mampu melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat,

    ReplyDelete
  21. Untuk PRU-13 nanti, Sabah dan Sarawak pasti terus menjadi penyumbang utama kerusi Parlimen seterusnya penentu survival BN terus berada di Putrajaya. Sejak 1970-an lagi, kedua-dua negeri ini menjadi kubu kuat dan kedudukan itu tidak akan tergugat. Dengan komitmen BN khususnya di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menangani masalah pembangunan di luar bandar di Sabah dan Sarawak, rakyat dijangka terus mendukung BN dalam pilihan raya umum nanti. Perdana Menteri kerap melawat pedalaman Sarawak dan Sabah bagi mengetahui masalah rakyat secara lebih dekat. Peruntukan lebih besar disalurkan untuk jalan raya, bekalan api dan air bersih.

    ReplyDelete
  22. Melangkah ke hadapan, tidak akan berlaku anjakan atau perubahan besar di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya nanti. Kerusi luar bandar dan separa bandar dengan majoriti pengundi Bumiputera hampir pasti kekal dalam genggaman BN. Kajian Merdeka Center tahun lalu mendapati 70 hingga 80 peratus pengundi di Sarawak mempunyai persepsi positif terhadap dasar dan tindakan BN. Kajian itu mendapati bahawa 64.1 peratus menyokong BN.

    ReplyDelete
  23. Daripada kajian itu didapati 36.9 peratus memilih parti yang dapat membawa pembangunan; 28 peratus adalah berdasarkan isu yang berkembang dalam masyarakat dan negara dan 27 peratus lagi akan mengundi calon yang dapat membawa pembangunan, bekerja kuat dan mampu menyuarakan aspirasi rakyat.

    ReplyDelete
  24. Meskipun demikian, 11.2 peratus responden mahu mengundi pembangkang, dengan 36 peratus pengundi Cina mahu mengundi pembangkang, manakala 33 peratus pengundi Cina belum pasti siapa yang hendak diundi.

    ReplyDelete
  25. Ketika pembangkang dilihat sebagai tidak mempunyai pemimpin berwibawa dan masih tercari-cari pemimpin yang dapat menggerakkan sokongan, harapan untuk pembangkang menang besar pada PRU nanti adalah tipis. Paling pun ia hanya dapat menambah satu dua kerusi majoriti Cina di bandar utama.

    ReplyDelete
  26. Kelemahan utama pembangkang ialah ketiadaan jaringan dan jentera penggerak kempen berkesan. Berbanding BN yang memiliki jentera akar umbi mantap melalui parti komponen masing-masing, pakatan pembangkang begitu lemah dari segi jentera akar umbi disebab-kan faktor geografi dan hambatan sistem pengangkutan di kedua-dua negeri. Parti komponen pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai banyak cawangan di luar bandar.

    ReplyDelete
  27. Ketiadaan jentera akar umbi atau sokongan cawangan di daerah dan kampung menyulitkan usahanya memenangi hati dan minda pengundi kerana dasar, idealisme dan ideologi mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan kepada peringkat akar umbi.

    ReplyDelete
  28. Pemilihan calon yang benar-benar berwibawa adalah satu lagi masalah besar yang membelenggu pakatan pembangkang, terutama PKR. DAP tidak berdepan masalah mencari calon muda profesional, berkelayakan dan berpengaruh. Malah, satu daripada daya tarikan DAP ialah keupayaannya menampilkan calon muda berbanding Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

    ReplyDelete
  29. PKR menghadapi masalah mencari calon profesional, muda dan berkelayakan terutama untuk bertanding di kawasan Melayu/Melanau. Selagi masalah ini tidak diatasi, selagi itulah peluang untuknya memenangi kerusi adalah sukar.

    ReplyDelete
  30. Untuk pembangkang berada di Putrajaya, ia perlu memenangi sekurang-kurangnya setengah daripada 56 kerusi di Sabah dan Sarawak – sesuatu yang sebenarnya amat sukar untuk pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  31. Dengan terbatasnya keupayaan pakatan pembangkang dari banyak segi berbanding BN di kedua-dua negeri terbabit, impian untuk merebut kuasa dari BN adalah sesuatu yang mustahil, setindak-tidaknya pada PRU ke-13 nanti.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.