Monday, January 14, 2013

Tuntutan 20 peratus royalti lumpuhkan Petronas cari sumber baru

BACHOK:Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Beliau berkata, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggung jawab. 

“Jika (royalti) dinaikkan, syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup secara tunai kepada nelayan kawasan Bachok di Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini kelmarin. 

Beliau mengulas cadangan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13. 

Katanya, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baharu di negara-negara baharu yang memerlukan jumlah modal yang sangat besar. 

Awang Adek berkata jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun yang tidak termasuk pelbagai cukai. 

“Pembangkang kena ingat separuh dari keuntungan Petronas datangnya dari operasi di luar negara,” kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu. 

Katanya dengan pendapatan itu kerajaan dapat menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang terutama merangka projek-projek ekonomi, pelbagai bentuk subsidi dan kemudahan asas kepada rakyat. 

“Petronas kini paling berjaya meneroka minyak di 36 buah negara. Kenapa kita harus menyekat masa depannya dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab? 

“Jangan mudah percaya dengan janji manis pembangkang,” katanya. New Sabah Times

33 comments:

  1. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.

    ReplyDelete
  2. Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  3. "Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. "Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan kesealamatan negeri yangmemakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas," katanya.

    ReplyDelete
  5. Janji pembangkang memang tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  6. Harap Petronas juga telus dalam setiap operasinya di negeri2 pengeluar minyak.

    ReplyDelete
  7. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk
    meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20
    peratus merupakan janji yang tidak logik.

    ReplyDelete
  8. Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  9. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh
    kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang
    lebih luas

    ReplyDelete
  10. Lima
    projek utama Petronas di Sabah, yang diumumkan pada 2011, akan mula
    beroperasi tahun ini, menandakan satu lagi kejayaan penting bagi
    industri minyak dan gas negeri.

    ReplyDelete
  11. Projek-projek itu ialah Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Saluran
    Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP), Stesen Janakuasa Kimanis (KPP), Pusat
    latihan Petroleum Kimanis (KTC), dan pembangunan huluan Bukan Berkaitan
    Gas Kinabalu (NAG).

    ReplyDelete
  12. projek-projek tersebut berjalan dengan lancar, mencapai sasaran dalam pelaksanaan masing-masing.

    ReplyDelete
  13. Projek-projek ini, kebanyakannya bertaraf
    dunia, merupakan sebahagian daripada rancangan keseluruhan Petronas
    untuk mengoptimumkan nilai sumber minyak dan gas yang ditemui di luar
    pesisir pantai Saba

    ReplyDelete
  14. Petronas pada 2011 mengumumkan pelbagai
    projek, huluan dan juga hiliran, melibatkan gabungan perbelanjaan modal
    sebanyak RM45 bilion.

    ReplyDelete
  15. Pelan ini juga termasuk Loji Urea Ammonia Sabah (SAMUR) di Sipitang dan Terminal Pengegasan Semula Lahad Datu.

    ReplyDelete
  16. Seorang tokoh akademik berkata sebarang cadangan mengenai kenaikan royalti minyak kepada Sabah harus diukur secara realistik, bukan dengan janji palsu.

    ReplyDelete
  17. Pensyarah Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Asmady Idris percaya kerajaan Barisan Nasional mempunyai formula terbaik untuk menambahbaik sasaran peratus royalti minyak negeri.

    ReplyDelete
  18. "Pihak pembangkang meletakkan sasaran peratus kenaikan royalti minyak sewenang-wenangnya tetapi rakyat bijak mengukurnya secara realistik," katanya

    ReplyDelete
  19. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha BN Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengingatkan rakyat bahawa janji pembangkang untuk menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah akan akhirnya menjejaskan kewangan Petronas dan boleh membawa kepada muflis.

    ReplyDelete
  20. Abdul Rahman menegaskan bahawa berdasarkan formula semasa, bagi setiap RM100 hasil yang diraih daripada minyak Sabah, lima peratus akan ke tabung negeri manakala lima peratus lagi kepada tabung Persekutuan.

    ReplyDelete
  21. Kira-kira 45 peratus masuk ke dalam kos penemuan dan baki 45 peratus kepada keuntungan kasar usaha sama. Akhirnya, keuntungan Petronas, selepas mengasingkan hasil dengan yang lain dan selepas membayar cukai, hanya kira-kira 16.74 peratus, katanya

    ReplyDelete
  22. Dr Asmady berkata penambahan peratusan ke atas royalti minyak kepada Sabah bukan menjadi ukuran, sebaliknya penilaian rapi keperluan semasa dan pemantauan bekalan minyak itu kepada perkembangan sektor ekonomi negeri Sabah.

    ReplyDelete
  23. Beliau berpendapat bahawa cadangan pembangkang menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah hanya sebagai bahan kempen pilihan raya dengan menjanjikan sesuatu yang belum pasti dapat ditunaikan.

    ReplyDelete
  24. Dalam musim menghadapi pilihan raya, pihak pembangkang boleh berkata apa sahaja sebagai landasan mencapai hasrat mereka tetapi pada akhirnya tiada apa-apa (berlaku), katanya.

    ReplyDelete
  25. Dr Asmady berkata kerajaan hari ini cukup bijak menangani isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal royalti minyak selain prihatin memikirkan kebaikan rakyat dan membangunkan ekonomi negeri ini ke tahap lebih baik, katanya.

    ReplyDelete
  26. Beliau mencadangkan semua pihak duduk berbincang termasuk Petronas, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan bagi mengenal pasti segala faktor berkaitan, termasuk pemantauan domestik kepada prestasi eksport dan import semasa.

    ReplyDelete
  27. Sementara itu, bekas ahli akademik Program Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial UMS Prof Madya Dr P. Balakrishnan pula berkata sebarang perubahan ke atas penambahbaikan peratusan royalti minyak harus dibincang secara rapi demi manfaat rakyat. "Penambahbaikan untuk naik royalti minyak kalau memberi kebaikan kepada rakyat boleh diambil kira," katanya.

    ReplyDelete
  28. Balakrishnan yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata Petronas perlu membuka lebih peluang ke atas pelaburan dalam pelbagai sektor bagi membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

    ReplyDelete
  29. Janji menaikkan royalti minyak antara 15 hingga 20 peratus kepada Sabah yang ditabur pakatan pembangkang sekiranya mereka memerintah menunjukkan pembangkang tidak memahami selok-belok industri petroleum.

    ReplyDelete
  30. Sambil menyifatkan ia sebagai janji bohong, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sebagai jurutera yang pernah berkerja dengan syarikat petroleum antarabangsa, beliau mengetahui bahawa industri petroleum berisiko tinggi dan memerlukan modal pelaburan yang amat besar.

    ReplyDelete
  31. Setiap hasil daripada 100 tong minyak Sabah yang dikeluarkan, lima peratus pergi kepada negeri Sabah dan lima peratus lagi kepada kerajaan persekutuan. Sebanyak 45 peratus untuk mencari gali minyak dan 45 peratus lagi adalah keuntungan (kasar) yang dikongsi Petronas dengan rakan syarikat cari gali seperti Shell dan Esso.

    ReplyDelete
  32. "(Selepas pembahagian hasil dan membayar cukai) Hasil yang diperoleh Petronas kira-kira 16 peratus. Sekiranya (royalti Sabah) diberi lagi 10 peratus, Petronas akan tutup," katanya

    ReplyDelete
  33. Tawfiq berkata sebagai sebuah daripada syarikat petroleum terbaik di dunia, Petronas perlu terus kukuh kerana ia amat penting kepada Malaysia untuk masa depan negara.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.