Thursday, March 14, 2013

Cubaan Pembangkang Manfaatkan Insiden Pencerobohan GAGAL

Kegairahan pembangkang cuba memanfaatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu untuk mendapatkan sokongan rakyat ternyata berjaya mengundang rasa meluat dan menyampah dikalangan rakyat. Ada yang mempertikaikan sistem pertahanan negara, ada yang menuduh kerajaan bersandiwara, ada memperlekehkan pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan, ada yang mempertikaikan kelewatan dan kekurangan bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas ekoran pelancaran Ops Daulat dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja yang terlintas difikiran pemimpin-pemimpin pembangkang, semuanya dihambur keluar tanpa melihat kepada realiti dan sensitiviti.

Hari ini, pembangkang mempertikaikan sistem pertahanan negara kononnya sistem pertahanan kita masih belum bersedia menghadapi ancaman luar. Tapi persoalannya, siapa yang membantah bila kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk melengkapkan aset pertahanan negara?? Siapa yang gemar mewar-warkan di media untuk tatapan masyarakat dunia termasuk negara-negara yang sedang mengintai peluang menceroboh negara ini tentang kelemahan aset pertahanan negara?? Siapa yang terpampang jelas wajahnya dilaman-laman sosial sedang berunding sesuatu dengan ketua pemberontak?? Pemimpin politik mana yang namanya disebut oleh media asing seperti Reuters dan Manila Times menunjukkan wujud perkaitan antara ahli politik tersebut dengan pencerobohan di Lahad Datu??...

Ahli politik terutama kalangan pembangkang pernah dinasihatkan supaya berhenti bercakap tentang pasukan keselamatan dan aset pertahanan negara demi populariti apatah lagi tanpa mengetahui fakta sebenar. Tindakan mempertikaikan kemampuan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan merupakan amalan yang tidak wajar kerana isu tersebut boleh mengundang bencana kepada negara ini. Malangnya, nasihat itu sengaja diabaikan ahli-ahli politik pembangkang kerana bagi mereka impian merampas kerajaan lebih penting dari mempertahankan kedaulatan negara. Lebih malang lagi apabila tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya berlaku dalam kalangan ahli politik negara ini, tetapi tidak di luar negara yang mana ahli politiknya amat menghormati institusi keselamatan negara masing-masing.

Dalam kenyataan terbaru DS Najib, beliau mengumumkan bahawa kerajaan sedia menambah aset pertahanan negara, namun beliau meminta supaya rakyat di negara ini terutamanya pembangkang tidak mempertikaikan atau membantah langkah kerajaan itu. Insiden pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya menjadi pengajaran kepada ahli politik pembangkang supaya sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan bagi menguatkan sistem pertahanan negara. Sebagai langkah pertama, kerajaan telahpun mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas, penubuhan lima buah balai polis di Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Malah, UMS juga sedia memainkan peranan dengan menubuhkan sebuah pusat penyelidikan yang berfungsi sebagai pusat rujukan berkaitan hal ehwal negeri Sabah termasuk aspek keselamatan.... Bagaimana pula dengan peranan pembangkang???

Mengenai dakwaan pemimpin pembangkang Sabah kononnya berlaku kekurangan bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk yang terjejas, sepatutnya ahli politik itu datang sendiri ke Felda Sahabat untuk melihat situasi sebenar. Terbaru, Kementerian Kesihatan akan menyediakan sebuah hospital bergerak terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu bagi menampung keperluan dan perkhidmatan kesihatan di zon konflik itu. Dengan adanya hospital bergerak ini, pesakit tidak perlu lagi menempuh perjalanan jauh untuk ke bandar Lahad Datu. Selain bantuan berterusan dari kerajaan, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) juga telah menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk membantu penduduk kampung yang terjejas. 10 tan barangan keperluan seperti tilam, makanan dan ubat-ubatan telah diagihkan kepada tiga kem bantuan di Lahad Datu dan Semporna.

Sementara itu, kerajaan baru-baru ini juga telah mengumumkan tiga bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar. 

Dan yang menariknya mengenai bantuan ini, dan mungkin boleh membuatkan pemimpin-pemimpin pembangkang berputih mata, adalah apabila salah seorang penerima bantuan dengan penuh rasa bersyukur mengatakan bahawa beliau tidak akan lupa jasa kerajaan..
"Baguslah kerajaan nak bantu kami. Saya tidak akan lupakan jasa kerajaan... saya berterima kasih sangat-sangat," Miskiah Maskun, 45 (kenyataan dipetik dari BERNAMA)
Mengenai keceluparan pemimpin-pemimpin pembangkang, tidak perlulah dijelaskan secara panjang lebar kerana tomahan, cacian dan kutukan terhadap Tian Chua, bukan lagi rasiah di negara ini.. Hingga ke pulusuk kampung pun tahu siapakah gerangannya ahli politik yang empunya mulut paling celupar di Malaysia.. Ratusan laporan polis yang dibuat terhadap Tian Chua membuktikan kedangkalan pemimpin-pemimpin pembangkang apabila mengulas sesuatu isu.

Kesimpulannya, insiden pencerobohan ini berjaya membuka mata rakyat untuk melihat wajah mana yang nampak bodoh dalam berhadapan situasi cemas seperti ini dan wajah mana yang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh mempertahankan negara disamping membantu rakyat sehingga terlupa bahang PRU13..

1 comments:

  1. pembangkang hnya tau ambil kesempatan dari insiden ini untk kepentingan politik mereka, tapi rakyat tetap sedar ageda buruk pembangkang

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.