Saturday, March 9, 2013

Yong Teck Lee nyanyuk: mandat 5 tahun kerajaan belum berakhir


KOTA KINABALU: Both the state and federal governments should announce the date that they would dissolve the legislative assemblies and parliament because the five-year mandate given to the current governments had expired yesterday, said SAPP president Datuk Yong Teck Lee. - The Borneo Post
Betullah Yong Teck Lee sudah nyanyuk.. botaknya semakin licin mengenangkan nasib politik beliau yang kini semakin hilang arah setelah dikeluarkan dari rundingan kerusi Pakatan Rakyat. Walaupun beliau sedar bahawa masa depan politik beliau sudah gelap gelita, namun sebagai pemimpin politik yang opportunist dan hipokrit, nafsu membuak-buak untuk merampas jawatan ketua menteri Sabah tetap menjadi pendorong utama beliau untuk terus berjuang dalam arena politik sekalipun beliau tewas kepada seorang suri rumah ketika Pilihanraya Kecil Batu Sapi lepas.

Secara umumnya ramai berpendapat bahawa Parlimen mestilah dibubarkan lima tahun selepas pilihan raya umum sebelumnya, iaitu 8 Mac 2008 untuk penggal ke-12 Parlimen. Tetapi yang sebenarnya bukan begitu, memandangkan menurut Perlembagaan, lima tahun penggal Parlimen hanya mula dikira dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu 28 April 2008 dan bukannya daripada tarikh pilihan raya 8 Mac, 2008. Ini bermakna jangka hayat lima tahun Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada 27 April, 2013. Jesteru, PRU13 mesti dilakukan selewat-lewatnya pada bulan Jun (mengambilkira tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen) apabila mandat Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada April ini.

Apa yang membuatkan Yong Teck Lee tidak sabar mahu mengadakan Pilihanraya Umum? Adakah dia mula yakin bahawa peluangnya untuk merampas jawatan Ketua Menteri semakin cerah selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu?? Atau Yong Teck Lee sekadar mahu menarik perhatian ketika semua rakyat di negeri ini tidak henti-henti memuji kesungguhan kerajaan dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu?? Sebagai veteran politik yang pernah menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah, dan hampir membankrapkan negeri ini, Yong Teck Lee sepatutnya tahu bahawa Parlimen akan terbubar dengan sendirinya apabila tempoh mandat 5 tahun telah berakhir, iaitu pada 27 April ini. So, apa yang orang tua ni risau sangat?

Dalam kenyataan Yong Teck Lee, beliau turut mengatakan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu bukan alasan untuk menangguhkan pilihanraya.
“The current violence in Lahad Datu is no excuse to delay the general elections because the Malaysian armed forces and police are already on top of the security situation." - Yong
Setakat ini tidak ada pula Datuk Seri Najib umumkan bahawa Pilihanraya Umum terpaksa ditangguhkan ekoran pencerobohan di Lahad Datu. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pilihan Raya Umum ke-13 hanya boleh ditangguhkan bagi kawasan-kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu (sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat). Dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan. Bermakna, pilihanraya umum tetap akan diteruskan melainkan beberapa kawasan tertentu sekiranya diisytiharkan darurat.

Jika kenyataan Yong Teck Lee bahawa tidak ada alasan menangguhkan PRU13 adalah merujuk kepada kawasan-kawasan yang terjejas ekoran pencerobohan pengganas Sulu, Bullet cadangkan supaya kerajaan dan pasukan keselamatan kita memberikan kelonggaran kepada Yong Teck Lee untuk berkempen di Kampung Tanduo. Mungkin dengan cara ini barulah Yong Teck Lee sedar bahawa agenda melindungi kedaulatan negara lebih penting dari mendengar agenda politik beliau yang sarat dengan tipu muslihat, pembohongan, fitnah dan sebagainya.

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.