Saturday, March 2, 2013

Kawalan Di Sempadan, Perairan Negara Perlu Dipertingkat - Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pasukan keselamatan meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar.
Beliau berkata ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang. 
"Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini Jumaat. 
Selain itu, Dr Mahathir berkata pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat. 
"Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik," kata bekas perdana menteri. - Bernama
Terlebih dahulu, Bullet ucapkan Takziah kepada keluarga Insp. Zulkifli dan Kpl Shahbudin yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan Malaysia dari tentera Tausug di Kg Tanduo, Lahad Datu. Apa yang berlaku di Sabah sepatutnya menjadi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin pembangkang dan pendemo jalanan supaya lebih menghargai keamanan yang selama ini dinikmati di negara ini. Dan hargai juga tanggungjawab serta beban yang dipikul oleh para pasukan keselamatan negara yang bergadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara,, tidak seperti pembangkang yang sanggup menggadaikan maruah negara untuk kepentingan politik..

Tiada siapa menyangka insiden yang terkawal akhirnya bertukar tragedi yang amat menyayatkan hati terutama kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melakukan yang terbaik untuk negara dan semua pihak harus memandang berat perkara ini. Kesungguhan pasukan keselamatan negara melindungi kedaulatan negara sepatutnya mendapat pujian semua pihak, dan segala tomahan yang dilemparkan kepada mereka patut dikembalikan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang hanya tahu berpolitik dan menyusahkan negara.

Bullet juga sangat bersetuju dengan saranan Tun Dr Mahathir supaya pasukan keselamatan meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara. Insiden pencerobohan ini perlu juga menjadi pengajaran kepada kerajaan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali dikemudian hari.

Memandangkan PRU 13 semakin hampir, diharapkan semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang tidak mengambil kesempatan mempolitikkan insiden ini demi menghormati pasukan keselamatan negara yang terkorban..

2 comments:

  1. tiada lagi peluang untuk penceroboh masuk ke negara kita

    ReplyDelete
  2. tembak terus ja bagi mampos .

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.