Saturday, April 27, 2013

PKR Sabah Makin Parah: Lagi 200 Ahli Keluar Parti Dan 400 Ahli Bakal Menyusul

SANDAKAN, 26 April – Dua ratus anggota PKR cabang Libaran, Sandakan dan Batu Sapi bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). 

Mereka diketuai Ketua Penerangan Cabang PKR Libaran Mohd Mirudin bersama Ahli Jawatankuasanya (AJK) Lee Chi Ui, AJK cabang PKR Sandakan Isnain Amat dan AJK cabang PKR Batu Sapi Tahir Husin. 

Mereka berkata tindakan keluar parti dibuat berikutan telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR negeri dan pusat kerana mendakwa tidak berlaku adil. 

“Tiada keadilan dalam PKR, kami di peringkat akar umbi dibohongi serta dijanjikan termasuk berhubung pemilihan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. 

“Pemimpin PKR Sabah memberikan macam-macam janji tetapi pada saat akhir penentuan calon PKR di Sabah termasuk di Libaran, Batu Sapi dan Sandakan yang dibuat oleh pucuk pimpinan pusat tunggang terbalik. Kami kecewa dan terasa dianiaya,” kata Mohd dalam perjumpaan dengan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman di sini, malam tadi. 

Isnain pula berkata kira-kira 400 lagi anggota PKR dari tiga cabang itu akan keluar parti kerana hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan PKR yang tidak mempunyai hala tuju dalam memperjuangkan masa depan rakyat negara ini terutama di negeri Sabah. 

Sementara itu, Musa menyifatkan tindakan anggota PKR itu menunjukkan rakyat sedar bahawa BN mempunyai kepimpinan berwibawa dan mempunyai rekod yang baik dalam memerintah negara. 

Beliau berkata mereka yakin dengan kepimpinan BN diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan manifesto BN untuk PRU13 ini menambahkan lagi keyakinan itu. 

Berbeza dengan parti pembangkang yang tidak mempunyai perancangan dan persefahaman di kalangan mereka, bergaduh sesama sendiri dan berlaku tidak adil termasuk kepada anggota mereka, katanya.


BIBIT-BIBIT PERPECAHAN PARTI KEADILAN RAKYAT SABAH;

12 April 2013 - Relations between opposition party, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and ally, Sabah Reform Movement (PPPS) and Sabah Reform Alliance (APS), appear to have soured as the election draws closer. Sabah PKR leaders appear to be 'jealous' of the two non-governmental bodies' leaders Datuk Lajim Hj Ukin (PPPS) and Datuk Wilfred Bumburing (APS), over the attention they are getting from Pakatan Rakyat (PR) leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Artikel Penuh (DISINI)

13 April 2013 - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan pengumuman calon PKR Sabah, disebabkan oleh konflik yang gagal diselesaikan berkenaan dengan beberapa kerusi. Ketua Umum PKR itu juga mengatakan beliau telah memberi jaminan kepada Ketua Cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah, calon yang dicadangkan oleh Ansari akan dipertimbangkan. - Artikel Penuh (DISINI)

18 April 2013 - Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah menyifatkan kepimpinan parti itu gagal mengotakan janji yang dibuat semasa pelancaran deklarasi PKR di Kuching, Sarawak, iaitu menjanjikan autonomi kepada Sabah. - Artikel Penuh (DISINI)

18 April 2013 - Sebanyak 246 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) setelah tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong. - Artikel Penuh (DISINI)

24 April 2013 - PKR Beaufort menerima tamparan apabila Ketua Cabangnya, Abdul Jarih Ukin, yang juga adik calon parti itu di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Datuk Lajim meninggalkan parti untuk menyokong Barisan Nasional (BN). Beliau bersama 250 ahli parti itu menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Yayasan Sabah bersama rakyat. - Artikel Penuh (DISINI)

25 April 2013 - Sabah PKR was rocked by defections after four division chiefs quit the party, claiming that the party did not respect the promised autonomy to its state leaders. The division chiefs from Sandakan Mazhry Nasir, Saidil Simoi (Kota Belud), Irianshah Yunus (Kalabakan), Abdul Zainal Atin (Putatan) and deputy division chief Zainuddin Hassan (Putatan) handed over their application forms to Sabah Umno secretary Datuk Yahya Hussin. - Artikel Penuh (DISINI)

25 April 2013 - Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat. Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin, calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias. - Artikel Penuh (DISINI)

26 April 2013 - Seorang ahli PKR membuat laporan polis setelah mendakwa ditumbuk oleh penyokong pakatan parti itu, Angkatan Perubahan Sabah (APS) dalam satu kejadian di pasar Pekan Tamparuli, Rabu lepas. - Artikel Penuh (DISINI)

2 comments:

  1. PKR kini makin trkubur

    ReplyDelete
  2. Yakah? Belum tentu terkubur sangat. Tapi majoriti rakyat Sabah mahu jatuhkan BN. So what? Media cakap macam-macam, cuba keluar and see for yourself macam mana gila ramai penyokong pembangkang. Enough is enough, BN perlu masuk kubur sekarang. PKR makin terkubur tu means struggle but survive at the end, tu lah maksudnya kan hehe

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.