Thursday, April 18, 2013

246 ahli PKR Sabah sertai BN

MUHYIDDIN Yassin (tiga dari kanan) menerima borang keahlian UMNO daripada bekas ahli PKR sambil disaksikan oleh Musa Aman (tiga dari kiri) pada majlis di Tuaran malam tadi.
TUARAN 18 April - Sebanyak 246 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) setelah tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong. 

Mereka yang diwakili oleh empat orang wakil penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama Rakyat Tuaran di Dewan Masyarakat Sulaman di sini malam tadi. 

Yang turut hadir penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor; penyandang DUN Kiulu, Datuk Jahid Jahim; dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pasukmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Madius Tangau. 

Wakil kumpulan itu, Nasip Tukang, 56, berkata, tindakannya keluar dari PKR dibuat setelah menyedari tertipu dengan janji-janji kosong pembangkang selama ini. 

"Saya berasa begitu menyesal menyokong pembangkang sejak setahun lalu selepas terpengaruh dengan janji palsu mereka kerana golongan ini jelas hanya berjuang untuk diri sendiri. 

"Sehingga kini tiada satu pun daripada janji mereka ditunaikan, malah kemajuan dan kemudahan yang ada di kampung kami juga adalah atas usaha kerajaan BN," katanya yang berasal dari Kampung Panimbawan itu. 

Tambahnya, demi masa depan anak-anaknya dia bertindak menyertai BN bagi memastikan masa depan mereka dan negara akan terus terbela bersama BN. 

8 comments:

  1. Menurut bekas ahli parti pakatan yang telah menyertai BN, sehingga kini tiada satu pun daripada janji (PKR) yang ditunaikan malah mengakui bahawa kemuidahan adalah bantuan dari kerajaan. Jelas nyata disini pengundi PKR di Tuaran semakin tidak mempercayai pimpinan parti PKR. Sehubungan dengan itu, pada 6 april yang lalu BN telah mengeluarkan
    artikel menyatakan enam sebab mangapa rakyat terus memberi mandat kepada parti berkenaan pada pilihan raya ke-13 ini.

    ReplyDelete
  2. Perkara yang pertama adalah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat. Setelah lima tahun negara berada dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak banyak pembangunan dan juga transformasi yang dibawa. Salah satu pencapaian terbaik beliau adalah membawa slogan 1 Malaysia yang digunapakai dalam pembangunan dan juga ekonomi negara. Kini terdapat Klinik 1 Malayisa, kad Diskaun Siswa 1 Malaysia, BR1M, baucer buku 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malysia dan banyak lagi yang kerajaan telah laksanakan dibawah slogan 1 Malaysia ini. Kita perlu mempertahankan apa yang telah dicapai sehingga kini, kita tidak boleh memperjudikan masa depan kita. BN juga percaya kepada keadilan sosial dan menjadi inklusif, menyentuh hati nurani dan meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Perkara yang kedua adalah mempunyai rekod pencapaian yang baik. BN dibentuk pada tahun 1973 dan sekarang sudah mencapai umur 40 tahun, sebelum PRU-12 Parti ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia akan tetapi penurunan yang mendadak pada tahun 2008 apabila negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor jatuh ke tangan pembangkan dan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali. Berbekalkan pengalaman dalam kekalahan PRU-12 tahun 2008 pastinya BN akan mengguna sepenuhnya pengalaman menang dan kalah dalam pilihan raya untuk memenangi PRU-13 ini. Di sabah sahaja, PBS memperkenalkan 6 muka baru untuk bertanding. Sudah pastinya gabungan mantap antara yang baru dan lama mampu mengguatkan kubu pertahanan PBS di Sabah dan seterusnya membantu BN memenangi kerusi di Sabah. Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, BN adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji. BN juga komited dalam meneruskan rekod kecermelangan ini. Benarlah apa yang dikatakan oleh parti ini bahwa sekarang bukan masa untuk bereksperimen, jangan sesekali lakukan uji kaji dalam menentukan masa depan negara. Sesungguhnya, BN telah membukitakan kepada rakyat; Bn sentiasa melakukan penambahbaikan.

    ReplyDelete
  4. Perkara yang ketiga adalah mempunyai rekod pencapaian yang baik. BN sudah memegang tampuk pemerintahan di Malaysia sekian lamanya. Mereka berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya. Politik mereka adalah politik perpaduan, sesuai dengan gagasan rakyat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Barisan Nasional yang terdiri daripada beberapa parti utama di Malaysia antaranya adalah UMNO, MCA, MIC, PBRS, UPKO dan beberapa lagi dan gabungan ini adalah gabungan yang dinamik. BN sesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip.

    ReplyDelete
  5. Perkara keempat adalah gerakan kesederhanaan. Bn adalah parti yang mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif, mereka mengutamakan perpaduan dalam berpolitik. BN juga dalam artikel tersebut menyatakan mereka menentang eksplotasi kaum dan agama untuk kepentingan politik. Bagi mereka perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan.

    ReplyDelete
  6. Perkara yang kelima adalah perkongsian kuasa telah diuji. BN menyatakan gabungan pelbagai parti telah teruji. Selepas 55 tahun , ia masih mewakili seluruh lapisan masyarakat dari semua negeri di Malaysia. Bn juga percaya kepada kesinambungan walaupun para pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh. Pari ini mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman iaitu mengambil kira pendapat dan suara semua.

    ReplyDelete
  7. Perkara yang keenam dan terakhir adalah memenuhi kehendak rakyat. BN parti yang berkongsi harapanb dan aspirasi. Berusaha keras menjadikan suatu kenyataan untuk semua. Mereka juga memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terursu ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar. Selain daripada itu, menepati janji membawa harapann. Memacu rakyat dan rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan rakyat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

    Sudah jelas disini bahwa kerajaan komited dalam memenangi dan terus berkhidmat dengan rakyat. Jadi, pilihlah kerajaan yang benar-benar komited untuk rakyat.

    ReplyDelete
  8. PKR Sabah makin lemah, ramai ahlinya keluar

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.