ANWAR BATAL HASRAT UMUM CALON PKR
KOTA KINABALU : Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan pengumuman calon PKR Sabah, disebabkan oleh konflik yang gagal diselesaikan berkenaan dengan beberapa kerusi. Ketua Umum PKR itu juga mengatakan beliau telah memberi jaminan kepada Ketua Cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah, calon yang dicadangkan oleh Ansari akan dipertimbangkan.
“Di Sabah, sebab mengapa saya tidak mengumumkan calon sekarang adalah kerana walaupun banyak kerusi telah diselesaikan, masih terdapat konflik di satu dua kerusi,” kata Anwar dalam sidang akhbar di Likas petang kelmarin. “Saya tidak mahu merumitkan keadaan. Saya belum bersedia mengumumkan lagi,” tambah Ketua Pembangkang itu.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebelum ini menolak senarai calon Ansari Jumaat lepas mengatakannya sebagai 'cadangan semata-mata'. Ansari telah mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Tuaran, selain mengumumkan calon bagi enam kerusi parlimen lagi.
Penyandang kerusi parlimen Tuaran adalah Datuk Seri Wilfred Bumburing yang telah meninggalkan parti komponen BN UPKO dan menubuhkan partinya Angkatan Perubahan Sabah (APS) — bersekutu dengan Pakatan Rakyat (PR). - Sabahkini
THAMRIN 'KENCING' PEMIMPIN AKAR UMBI PKR SABAH
MENGIKUT sumber yang boleh dipercayai, 16 cabang seluruh negeri Sabah tidak berpuas hati dengan senarai calon PKR yang akan diturunkan dalam pilihanraya ke 13. Difahamkan senarai calon yang dicadangkan oleh Ketua Cabang tidak diterima oleh Ketua Majlis Pimpinan Negeri, Tamrin Haji Jaini, sebaliknya Tamrin menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mencalonkan penyokongnya di setiap cabang.
Hal ini membawa kepada perpecahan kepada PKR Sabah dan seterusnya melenyapkan peluang PKR Sabah untuk menawan sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen di Sabah. Apa yang menyedihkan ramai bakal calon PKR Sabah baru setahun jagung dalam parti sudah mendapat tempat untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU-13.
Apakah perasaan 16 Ketua Cabang PKR yang selama ini bertungkus-lumus memperjuangkan dan menghidupkan aura PKR di cabang masing-masing, sedangkan suara mereka tidak diendahkan?
PULANG: Anwar sedang menunggu penerbangan pulang ke KL petang kelmarin setelah tidak mencapai kata sepakat dengan pemimpin akar umbi PKR Sabah yang 'dikencing' Thamrin. |
Apalah makna jawatan Ketua Cabang dipertandingkan sedangkan suara mereka tidak mendapat tempat di hati para pemimpin parti, baik peringkat pusat mahupun peringkat negeri?
Para pemimpin pusat seharusnya menghormati suara akar umbi kerana ketua-ketua cabang ini dipilih oleh rakyat/pengundi melalui pemilihan/ pilihanraya peringkat parti dan bukannya dilantik oleh pucuk pimpinan parti.
Diharap kepada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan kemelut ini sebelum hari penamaan calon. Jika situasi ini dibiarkan begitu sahaja, maka harapan Pakatan Rakyat untuk melihat Sabah menyumbang sekurang-kurang 10 kawasan Parlimen akan hancur berkecai dan keadaan ini boleh merencatkan harapan rakyat untuk melihat terbentuknya sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan PAKATAN RAKYAT.
Bertindak sebelum nasi menjadi jadi bubur.
Salam Hormat,
PENGUNDI ATAS PAGAR
PKR Sabah kini bergolak dan mengalami masalah dalam memilih calon
ReplyDeletetak mungkin bergolak... mungkin ini satu strategi. lagi pun tindakan ni seperti nampak satu tindakan yang berhati hati oleh kepimpinan PKR.
Deletemeunjukkan kepimpinan pkr sabah sangat bermasalah seperti di BATU SAPI dahulu Ansari Abdullah kalah teruk dan di Tuaran beliau sudah 3 kali kalah......malap lah peluang pkr di tuaran !
ReplyDeleteSetakat hari ini pun belum kompom Mukhtar dapat bertanding di Sulaman.
ReplyDeleteAda permainan juga ni jgn heran klu Ansari juga yg muncul dlm penamaan
calon esok selepas 'mengkeldaikan' beberapa org yg dekat kepadanya
dgn lakonan mereka bhwa beliau tersingkir. Dia mau kasi pecah undi dgn
'menggalakkan' beberapa 'keldainya' tanding BEBAS slpas keributan
dn kemarahan atas ketidak terpilihan nya dlm list Tamrin.
SIAPA KATA BN TIDAK BERPECAH? KAMILIA DAN LAIN-LAIN TANDING BEBAS! BN cakap banyak. dia kena paku sendiri!!!
ReplyDeletehttp://www.sabahterkini2u.blogspot.com/2013/04/siapa-kata-bn-tidak-berpecah-kamilia.html
paling teruk pr...parlimen labuan pas vs pkr ada 6 lagi dun di semensnjung pkr vs pas...beginikah yang nak bentuk kerajaan...hehehhee...pkr ..parti kelentong rakyat...sabah kini...bagus anda bertanding...lama sudah anda mengutuk pemerintah
ReplyDelete