Friday, April 26, 2013

Konflik PKR Sabah Semakin Parah: Ahli PKR ditumbuk penyokong APS

KOTA KINABALU: Seorang ahli PKR membuat laporan polis setelah mendakwa ditumbuk oleh penyokong pakatan parti itu, Angkatan Perubahan Sabah (APS) dalam satu kejadian di pasar Pekan Tamparuli, Rabu lepas.

Difahamkan mangsa yang berusia 40an dikatakan telah terserempak dengan rombongan calon kerusi Parlimen P170 Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing dan bertanyakan sesuatu dalam insiden berlaku sekitar jam 10 pagi itu.

Bagaimanapun sejurus kemudian, mangsa telah didatangi salah seorang pengikut rombongan terbabit sebelum ditumbuk di bahagian badan.

Jurucakap bagi PRU13 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Supt Mohd Azhar Hamin dalam satu sidang media mengesahkan kejadian itu dan polis masih melakukan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Kita masih menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan suspek masih dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan kes berasingan, beliau berkata empat lelaki tempatan telah ditahan polis di atas pelbagai kesalahan bersempena kelangsungan kempen Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU13) ini.

“Polis telah menahan empat lelaki yang berusia 20 hingga 30an atas beberapa kesalahan sepanjang tempoh kempen PRU13 bermula.

“Antara kesalahan adalah membawa pisau ketika berkempen di Ranau dan kes sehingga mendatangkan kecederaan di Batu Tujuh, Sandakan baru-baru ini,” katanya.

Mohd Azhar turut berkata sebanyak lapan laporan polis di seluruh Sabah diterima sejak 24 April sehingga kelmarin dan tujuh daripadanya telah dibuka kertas siasatan yang membabitkan antara lain kesalahan iaitu ceramah tanpa permit dan kehilangan bendera.


Dari pemimpin hinggalah ke penyokong-penyokongnya, semuanya ganas-ganas belaka.. Hasil didikan Anwar?

APS yang baru sahaja bersekutu dengan PKR bukan sahaja gagal membantu Pakatan Rakyat untuk memastikan BN tumbang di Sabah pada PRU kali ini, malah cuba menjadi parti dominan, tamak, angkuh dan ganas. Apalah salahnya jika masalah dalaman (antara Ansari dan Bumburing) itu dibawa berbincang? Hal-hal remeh seperti inipun Anwar tidak mampu selesaikan..?

Sia-sia saja Anwar tabur wang ringgit serta janji-janji manis semata-mata untuk "mengumpan" Wilfred Bumburing supaya keluar meninggal BN dan bersekutu dengan PKR. Usaha Anwar menggunakan khidmat "katak" bagi melaksanakan misi rampasan kuasa bukan sahaja bakal menemui jalan buntu, malah mungkin akan menjadi masalah besar kepada PKR sekiranya Anwar masih buat-buat bodoh mengenai konflik PKR di Sabah.

Bermula dengan protest terhadap keputusan pemilihan calon, sehinggalah perang mulut antara Ansari Abdullah dengan Wilfred Bumburing.. Kini berlaku pula insiden tumbuk-menumbuk antara ahli dan penyokong.. MASIH LAYAKKAH MEREKA DIGELAR PEMIMPIN??

TATAP BN BAH!!

7 comments:

  1. TATAP BN..hahaha Terbaik info ini Saudara.. ini menampakkan yang mana pemimpin PKR semakin tidak sehaluan. Pilih calon pun ikut cakap ketua.

    ReplyDelete
  2. pakatan di mana2 pun tetap ganas, kini sikap itu dah dibawa ke Sabah. tidak patut sama sekali

    ReplyDelete
  3. taksud berpolitk sampai sanggup melakukan keganasan, inilah sikap pakatan. sesama sendiri pun bertelaga.

    ReplyDelete
  4. ah tu memang samseng jalanan di tamparuli yang buat tiada kaitan dengan PARTI atau APS memang ni samseng2 semua urang kenal kaki lepak, kaki arak dan kaki dadah syabu...hari2 berada di pekan..TIADA KERAJ, melepak manjang....

    ReplyDelete
  5. Apa boleh buat dah silap pilih calun. Berjuang jak la jgn putus harap

    ReplyDelete
  6. Mcm lh org2 BN malaikat tak pernah buat kacau. Lgi teruk di KL smpai bakar kereta ank calon pkr

    ReplyDelete
  7. mangsa berumur 40an? haha Dr Chong Eng Leong adalah mangsa yang dimaksudkan. Dia sudah tua tetapi memang tidak beradablah penyokong DSP Wilfred menumbuk seorang tua yang hanya bertanya kepada Wilfred kenapa dia berbohong sedangkan Dr Chong sendiri adalah individu yang mengatur perjumpaan antara keduanya, dia adalah saksi atas apa yang dibincangkan dan diucapkan, Ternyata kenyataan akhbar DSP Wilfred mengatakan Hj Ansari sebagai pembohong itu sebenarnya tidak tepat. Pertanyaan itu mendapat jawapan spontan dari penyokong DSP Wilfred yang segera menumbuk Dr Chong seorang yang sepatutnya dihormati dan dilayan sebagai seorang warga emas.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.