Saturday, May 11, 2013

Lajim Ukin curiga kekalahan di Beaufort, tapi mengiktiraf kemenangan di Klias?

LAJIM MAHU KEMUKA PETISYEN 
KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk Lajim Ukin akan memfailkan petisyen kerana beliau percaya berlaku perkara mencurigakan semasa proses pilihan raya dan pengundian di kawasan Parlimen Beaufort pada 5 Mei lalu. 
Beliau mendakwa antara unsur yang meragukan, membabitkan ketibaan lewat peti undi di pusat pengumpulan termasuk rasuah 'politik wang' dan kehadiran 'pengundi hantu' di beberapa tempat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu. Menurutnya, terdapat dua peti undi masing-masing daripada Pusat Daerah Mengundi Melikai, Melampai dan Sitompok lewat tiba di pusat pengumpulan undi yaang disediakan. - SABAHKINI
Kenapa hanya untuk Parlimen Beaufort?? Bagaimana pula dengan kerusi yang dimenangi oleh Lajim (DUN Klias)?? Jika Lajim enggan mengiktiraf keputusan bagi Parlimen Beaufort, beliau juga tidak sepatutnya mengiktiraf kemenangan beliau di DUN Klias.. Adakah hanya dikerusi yang pembangkang kalah sahaja berlakunya perkara mencurigakan?

Mengenai rasuah "politik wang", perkara itu boleh disangkal sebagaimana pembangkang menyangkal bukti-bukti samada dalam bentuk video atau gambar yang mengaitkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dalam isu rasuah atau skandal seks. Kenapa begitu sukar untuk pembangkang menerima bukti-bukti dalam bentuk video atau gambar bila tuduhan itu boleh menjejaskan kredibiliti mereka? Namun, sepantas kilat pula mereka mempercayai bila ada bukti-bukti dalam bentuk yang sama mengaitkan penyelewengan atau rasuah pemimpin-pemimpin BN.

Tidak mustahil dakwaan mengenai "rasuah politik" wang ini hanya propaganda pembangkang untuk menghasut rakyat supaya menolak Barisan Nasional. Dan tidak keterlaluan jika saya pinjam kenyataan Tian Chua yang berbunyi tuduhan rasuah politik wang ini hanya KONSPIRASI pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti SPR. Bertitik tolak dari itulah, maka pemimpin-pemimpin pembangkang mempunyai alasan untuk menggerakkan demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan kerajaan BN.

Mengenai ketibaan lewat peti undi ke pusat pengumpulan undi, perkara ini tidak patut dijadikan isu kerana wakil-wakil pembangkang bukan sahaja dibenarkan berada di pusat pengiraan undi, malah dibenarkan untuk mengekori kenderaan yang membawa peti undi tersebut ke pusat pengumpulan undi. Dan seperkara lagi, wakil atau egen pembangkang akan diberikan sesalinan borang 13 dan 14 dengan jumlah bilangan undi/keputusan yang mana kedua-dua borang ini memungkinkan keputusan tidak dapat diubah walaupun peti undi lewat sampai ke pusat pengumpulan undi.

Mengenai dakwaan pengundi hantu pula, untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan, bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggunakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian. Jesteru, bagaimana pengundi hantu ini boleh mengundi banyak kali?

Andainya, seorang pengundi itu di sebelah paginya telahpun mengundi, dan katakan kesan dakwat kekal itu hilang 100%, kemudian beliau pergi semula ke Saluran Undi sama untuk mengundi semula, orang yang pertama akan protes ialah wakil-wakil atau ejen calon sendiri. Ini  kerana, rekod mereka menunjukkan pengundi berkenaan cuba menipu dan boleh ditangkap polis (jika KTM melaporkan kepada Polis) kerana cuba menipu di bawah undang-undang pilihanraya Malaysia.

Memandangkan Lajim Ukin bersungguh-sungguh mahu mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan pilihanraya Parlimen Beaufort, saya harap Lajim juga membantah kemenangan beliau bagi DUN Klias.. Walaupun kedua-dua kerusi ini berbeza, namun proses pengendaliannya tetap sama dan badan yang bertanggungjawab memantau pilihanraya juga adalah sama.

**Punca sebenar kekalahan Lajim DISINI

21 comments:

  1. KALAU sudah kalah, macam-macam perkara yang cuba ditimbulkan oleh penyokong parti pembangkang ini dengan menuduh bahawa SPR adalah menipu, tidak betul dan macam-macam lagi tuduhan yang negatif. Budu punya orang!!!! Hahaha....

    ReplyDelete
  2. Dalam pusat mengundi, wakil-wakil/ejen dari setiap parti yang bertanding
    dibenarkan untuk masuk bagi menyaksikan proses mengundi. Jika prosesnya
    tidak betul maka ejen akan membuat bantahan.

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat itu sahaja, di setiap pusat mengundi, ia akan diketuai oleh KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM). Dan sebagai KTM, tidak semua daripada mereka adalah pro-kerajaan TETAPI
    terdapat juga pro-pembangkang. Maka, sebagai KTM pro-pembangkang, mereka juga tahu setiap perjalanan dan proses mengundi.

    ReplyDelete
  4. Lajim sejak 1986 dilihat seorang ahli politik opportunis yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri, tanpa menghiraukan kepentingan partinya.

    ReplyDelete
  5. Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985
    setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk
    Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu.
    Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk
    Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

    ReplyDelete
  6. Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada
    Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS. Sepanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim
    bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota
    Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi
    anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan, pemimpin suku kaum
    Suluk dari Tawau. Kaum Suluk, yang hampir keseluruhannnya beragama Islam adalah
    suku kaum Bumiputera-Islam yang terbesar di Sabah, mengatasi kaum Bisaya.

    ReplyDelete
  7. Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di
    Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan
    mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri mewakili Bumiputera-Islam yang menyebabkan
    Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana. Lajim ketika itu menang
    di Klias menewaskan calon USNO, Azizah Mohd Dun dengan majioriti 791 undi.

    ReplyDelete
  8. Sepanjang penguasaan PBS di Sabah, bukan rahsia lagi berlaku
    perebutan jawatan penting antara Lajim dan Bahrom bagi kuota Bumiputera-Islam,
    samalah keadaannya di antara Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chau Tet On bagi
    kuota kaum Cina. Dalam setiap kali pertandingan, kemenangan berpihak kepada
    Bahrom. Teck Lee pula berjaya menewaskan Tet On yang kemudiannya mengerakkan MCA di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Lajim memendam rasa sejak sekian lama di dalam
    PBS, walaupun beliau memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin.
    Sebaliknya Teck
    Lee bertindak menjelang Pilihanraya Negeri Sabah pada 1994 dengan
    meninggalkan
    PBS dan menubuhkan Parti Maju Sabah
    (SAPP). Tindakan Teck Lee itu agak menghairankan kerana beliaulah antara
    individu yang kuat mempengaruhi Pairin supaya membawa PBS keluar
    daripada BN menjelang Pilihanraya Umum 1990.

    ReplyDelete
  10. Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam Pilihanraya Negeri 1994, telah mula
    menunjukkan reaksi untuk mengkhianati PBS dan Pairin. Bukan rahsia lagi ketika ADUN-ADUN
    PBS berkampung di Sri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri dalam peristiwa di
    luar pintu pagar Istana sebaik selesai pilihanraya itu, Lajim sudah menghantar
    mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN. Dalam pilihanraya tersebut, PBS
    menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.

    ReplyDelete
  11. Ketika itu Pairin menunggu dalam kereta di luar pintu pagar
    Istana selama 36 jam bersama penyokong-penyokong PBS untuk masuk mengangkat
    sumpah Ketua Menteri di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Haji
    Said Keruak. Lajim yang berada di Sri Gaya dalam keadaan ‘terkurung’ bersama
    ADUN-ADUN PBS yang lain berjaya meloloskan mesej untuk mengkhianati partinya
    itu yang menjadi antara sebab upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh.

    ReplyDelete
  12. Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk
    menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan
    kesampaian kerana anak Tun Mustapha, Datu Amirkahar juga turut menang di DUN
    Banggi atas tiket PBS. Jelas, Pairin melantik Amirkahar selaku Timbalan Ketua
    Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam yang meningkatkan api kemarahan Lajim
    terhadap Pairin dan PBS.

    ReplyDelete
  13. Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua
    Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke
    parti UMNO bersama dengan ADUN Kemabong, Rubin Balang dan ADUN lantikan, Haji
    Zaini Md Isa.

    ReplyDelete
  14. Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan
    peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita
    pula untuk menjadi pemimpin nombor satu Sabah, iaitu sebagai Ketua Menteri
    dalam sistem penggiliran jawatan itu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
    ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Penggiliran pertama pastinya bukan
    milik beliau kerana Tun Sakaran Dandai lebih senior dan mempunyai hairaki
    kepimpinan yang lebih kanan dalam UMNO Sabah. Selepas 11 bulan, atas faktor kesihatan, Tun
    Sakaran melepaskan jawatan itu tetapi kuota UMNO itu tidak singgah kepada
    Lajim, sebaliknya Datuk Salleh Tun Said Keruak dilantik.

    ReplyDelete
  15. Selepas Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok
    mengambil giliran bagi kuota Cina dan Bumiputera Bukan-Islam, jawatan itu tidak
    jatuh juga kepada Lajim, tetapi kepada Datuk Osu Sukam. Selepas digilirkan kepada Dato’ Chong Kah
    Kiat, kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh
    pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003
    hingga sekarang.

    ReplyDelete
  16. Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak. Baik Musa yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana
    Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan
    mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum akan datang.

    ReplyDelete
  17. Lajim tidak boleh menerima hakikat bahawa karier politiknya
    sudah sampai ke dinding. Sikapnya yang
    tidak istiqamah kepada perjuangan parti sudah dapat dihidu sejak beberapa tahun
    lalu. Ugutan kepada pucuk pimpinan parti bukanlah cara yang baik bagi
    kelangsungan politik peribadi.

    ReplyDelete
  18. Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan
    kerier politiknya. Bagi Lajim, sejak
    sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik. Selaku ahli
    politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh
    menguntungkannya.

    ReplyDelete
  19. Perhitungan Lajim meninggalkan Berjaya dan bertanding atas
    tiket PBS terbukti mengena pada cita-cita politiknya apabila PBS menang dalam
    Pilihanraya Negeri 1985. Tindakannya meninggalkan PBS dan melompat ke UMNO juga
    ternyata mengena sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan Kerajaan
    Negeri Sabah dari PBS pada 1994 dan seterusnya menyambung nasib politik beliau.

    ReplyDelete
  20. kaum Bisaya di Sabah selama
    ini menyokong Lajim bukan kerana dirinya, tetapi kerana parti yang diwakilinya.

    ReplyDelete
  21. Akan muncul Janang Gayuh yang baru bagi kaum Bisaya di Beaufort. Lajim akan menjadi
    kenangan dalam lipatan sejarah politik Sabah

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.