Tuesday, May 7, 2013

Jawapan Untuk Anwar Mengenai Kekalahan Lajim di Beaufort

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. - SABAHKINI
Kenyataan di atas adalah milik Anwar Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya terutamanya bagi kerusi Parlimen Beaufort. Sebelum Anwar membuat tuduhan lebih liar mengenai punca kekalahan Lajim Ukin, dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya berlaku penipuan atau sogokan, eloklah Bullet sertakan sedikit info untuk difikir-fikirkan oleh Anwar dan konco-konconya.

Berikut adalah sebab-sebab kenapa Lajim Ukin kalah di P177 Beaufort:

Pertama: Pada bulan Februari tahun ini, seramai 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar parti untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu telah menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. - Walaupun anggota yang keluar parti ini adalah dari parti pembangkang lain, iaitu SAPP, namun penyertaan mereka sedikit-sebanyak membantu kepada pertambahan undi untuk umno kerana sudah tentu sebahagian daripada penyokong parti itu akan beralih sokongan kepada umno.

Kedua: Pada bulan Februari tahun ini, seramai 15 orang AJK PKR Beaufort diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Beaufort En. Adnan Mohd Ali telah bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO. - Sebagai pemimpin politik yang telah menghabiskan masa puluhan tahun berkecimpung dalam bidang politik, Anwar tentunya tahu bahawa pembelotan 15 AJK PKR Beaufort ini pasti akan melemahkan jentera PKR di kawasan itu. Perlu diingat, kesemua AJK PKR ini bukan sahaja keluar meninggalkan parti, malah MENYERTAI umno..

Ketiga: Beberapa hari sebelum tibanya tarikh mengundi, iaitu pada 23 April 2013, PKR Beaufort sekali lagi menerima tamparan apabila Ketua Cabangnya, Abdul Jarih Ukin, yang juga ADIK kepada Datuk Lajim Ukin meninggalkan parti untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau bersama 250 ahli parti itu menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Yayasan Sabah bersama rakyat di daerah itu. - Dalam kenyataan Abdul Jarih Ukin, beliau bersungguh-sungguh mahu memastikan pembangkang kalah pada PRU13 ini... Siapa pembangkang di Beaufort jika bukan abangnya sendiri dan seorang calon STAR, Guan Dee Koh Hoi... Sudah tentu kehadiran adik Lajim Ukin dalam Barisan Nasional, menambahkan lagi kekuatan jentera calon umno di kawasan itu.. Ditambah pula dengan kehadiran 250 ahli, dan tentunya mereka turut membawa penyokong-penyokong mereka untuk sama-sama menumbangkan Lajim Ukin.

Keempat: Pada tarikh yang sama juga, turut berbuat demikian ialah Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador, bersama 60 ahli parti itu. Abdul Rashid adalah pemimpin tempatan di Beaufort yang dijangka menyertai Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), iaitu salah satu komponen BN Sabah. - Rasanya Anwar tahu apa kesannya apabila terlalu ramai pemimpin pembangkang yang memihak kepada Datuk Azizah di Parlimen Beaufort.

Kelima: Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat (sebelum tarikh mengundi, 5 Mei). Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin. - Adakah jumlah 1500 itu terlalu sedikit bagi Anwar sehingga beliau begitu yakin bahawa Lajim mampu mempertahankan Parlimen Beaufort??

Adakah ini yang dikatakan Anwar kononnya berlaku penipuan sehingga menyebabkan ayam tambatan beliau tewas di tempat sendiri? Mungkin Anwar tidak mengetahui perkembangan politik di Beaufort hinggakan beliau tanpa rasa bersalah dan segan silu membuat tuduhan liar kononnya berlaku penipuan dalam pilihanraya kali ini. Jesteru, Bullet amat mengharapkan supaya info ini dapat menyedarkan Anwar yang semakin taksub dengan jawatan Perdana Menteri agar berhenti dari terus membuat pembohongan dan fitnah semata-mata enggan menerima hakikat mengenai kekalahan parti beliau.

Anwar sepatutnya bertanyakan kepada diri sendiri kenapa pembelotan itu boleh berlaku ketika pilihanraya semakin hampir. Anwar juga perlu bertanya kepada diri sendiri, atas sebab apa beliau enggan mendengar atau memenuhi tuntutan PKR Sabah yang mahukan supaya autonomi diberikan kepada mereka dalam membuat keputusan terutamanya mengenai isu calon. Amaran demi amaran telah diberikan kepada pemimpin PKR Sabah, namun sikap mengutamakan kroni yang semakin menebal dalam diri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi punca kepada kekalahan PKR di negeri ini, terutamanya bagi kerusi Parlimen Beaufort.

Sepatutnya Anwar rasa bersalah atas tindakan beliau membelakangkan suara pemimpin-pemimpin PKR Sabah. Namun, sebaliknya, Anwar dengan sikap angkuh, sombong dan tak sedar diri menuduh SPR bersekongkol dengan BN melakukan penipuan di kawasan-kawasan yang gagal dimenangi oleh parti beliau.... Jika itulah pendirian Anwar, bagaimana pula dengan kawasan yang dimenangi oleh PKR, seperti Parlimen Penampang? Bullet juga tidak percaya Bernard Dompok boleh kalah dengan muka baru PKR, Darell Leiking...... Wujud penipuan????

***BROTHER ANUWARRR, BERSARA SAJALAH BRO.. ASYIK BOHONG SAJA.. CAMNA NAK MENANG!!

7 comments:

  1. KUNJUNGAN Mat Sabu ke Beaufort pada 7 April 2013 yang lepas yang bertujuan untuk membantu Lajim Ukin memberi kemenangan besar kepada PKR sebenarnya bukanlah perkara yang boleh dibanggakan TETAPI sebenarnya ia adalah berupa "SIGNAL" kepada kekalahan Mat Sabu dan Lajim Ukin dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  2. Ramai orang tidak mengetahui bahawa Mat Sabu akan membawa 'bala' kepada calon-calon PKR yang bertanding dalam PRU-13. Bukti yang jelas dapat dilihat apabila 'ilmu' Mat Sabu tidak dapat menembusi Parlimen Beaufort dan akhirnya 'ilmu' pendinding dari Beaufort di bawanya balik ke parlimen Pendang, Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....macam cerita komik la pulak. Tapi itulah hakikatnya. Kena terimalah kenyataan ye!!!!

      Delete
  3. KALAU sudah kalah, macam-macam perkara yang cuba ditimbulkan oleh penyokong parti pembangkang ini dengan menuduh bahawa SPR adalah menipu, tidak betul dan macam-macam lagi tuduhan yang negatif. Budu punya orang!!!! Hahaha....

    ReplyDelete
  4. Dalam pusat mengundi, wakil-wakil/ejen dari setiap parti yang bertanding dibenarkan untuk masuk bagi menyaksikan proses mengundi. Jika prosesnya tidak betul maka ejen akan membuat bantahan.

    ReplyDelete
  5. Bukan setakat itu sahaja, di setiap pusat mengundi, ia akan diketuai oleh KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM). Dan sebagai KTM, tidak semua daripada mereka adalah pro-kerajaan TETAPI terdapat juga pro-pembangkang. Maka, sebagai KTM pro-pembangkang, mereka juga tahu setiap perjalanan dan proses mengundi.

    ReplyDelete
  6. budaya lumpat melumpat ne suda dibaca oleh parti politik seberag di melaya, info ko ne bro mmg ada benarnya, tp saya jg mengiyakan Alasan dr anwar Ibrahim mengenai ada korupsi yg berlaku pd pihak yg melompat parti ne, tu pasal pru13 lmbt dilaksanakan, supaya umno ada tempoh utk memporak-porandakan isu dalaman dlm pihak pembangkang, umno letak mata2 n penghasut di dlm parti induk dan komponen pembangkang, umno ada byk masa utk menghasut dan merasuahkan ahli2 di dlm parti lwn mereka tu pasal pru13 lmbt dilaksanakan dimn spatutnya sudah lama dilakukan, ini mmg budaya umno, kita sendiri jg tahu, Kita kena lihat 50/50 dr kedua belah pihak sblm menjd fanatik thdp satu belah pihak sahaja, klu bn dan umno berani adakan pru13 lebih awal tempoh lalu, mmg pasti bn sudah kalah, dan silap2 pkr menjadi kubu kuat di Beaufort, tp memandangkan, isu dato lajim ne yg paling awal Cuba menampakkan penentangan thdp umno di Sabah, tu pasal umno Cuba mencari kelemahan politik pembangkang di Beaufort lebih awal drpd tmpt lain di dlm sabah, anwar Ibrahim bukan bodoh Sgt bikin statement ada penyelewengan pd kekalahan lajim, anwar ne lebih fasih menenai korupsi umno berbanding kamu wahai empunya blog, so take it 50/50 dahulu sblm membuat pilihan yg tepat sometimes kita kena thinking out of the box, jgn tlampau berharap kpd certain kedai kupi n melalui media perdana yg berat sebelah jak aite

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.