Wednesday, January 23, 2013

Anwar wajar beritahu RCI perkara sebenar

TIMBALAN Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini. 

Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya, "beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah". 

"Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman" itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), Perdana Menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu. 

"Kita tidak patut membuat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat Kota Belud kelmarin. 

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. 

"Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu. 

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya. 

Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu. 

Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah. 

Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. 

Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping. 

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari. - Bernama


ANWAR SHOULD ALSO TESTIFY

KOTA KINABALU : Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should also be called to testify before the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah. 

Parti Bersatu Sabah (PBS) Information Chief Datuk Johnny Mositun said the former Deputy Prime Minister had all this while remained silent about the illegal immigrant issue in Sabah. 

"Whenever he come to Sabah he will only talk about how poor Sabah is to the extent that people in Semenanjung really think that we Sabahans are very poor. 

"But people from West Malaysia who come to Sabah for the first time will find out the truth and most of them fall in love with Sabah," he said after attending the three-day PBS work camp on national politics transformation continuity in Kem Bina Negara, Kundasang on Sunday. 

Asked to comment to the call by PKR Deputy President Azmin Ali that former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad must testify as a witness in the RCI public hearing due to his supposed involvement in the Project IC, he said: 

"Since Anwar was the Deputy Prime Minister at that time then it would also be worthwhile for the people to hear his testimony." 

For Barisan Nasional (BN), Mositun reiterated that the establishment of the RCI showed it was serious and responsible in addressing the issue in Sabah, instead of sweeping it under the carpet. 

Meanwhile, as the party's Chief Information Officer he hoped the 150 work camp participants would respond immediately to the call by President Tan Sri Joseph Pairin Kitingan for them to set up respective election machinery in their divisions. 

Election machinery in constituencies represented by PBS must be oiled, while it is equally important for those in areas represented by other component parties to help the BN obtained a resounding victory in the 13th General Election, he said. - Sabahkini

24 comments:

  1. Anwar pasti terlibat dalam projek IC

    ReplyDelete
  2. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bukan sahaja membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah, malah penubuhannya juga merupakan satu petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan atau apa sahaja masalah di Sabah yang perlu diambil perhatian.

    ReplyDelete
  3. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  4. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    RCI bukanlah kaedah pertama atau terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pusat dan juga Negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan Program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan. Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.

    ReplyDelete
  5. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, ternyata andaian itu tidak benar sama-sekali memandangkan perkembangan siasatan setakat ini membuktikan badan itu benar-benar bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak sehingga ada kalanya membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanfaatkan apa sahaja butiran siasatan untuk dipolitikkan.

    ReplyDelete
  6. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh, kerajaan telah mengusir 446,173 pendatang tanpa dokumen ke negara asal mereka sejak 1990. Angka tersebut adalah termasuk pelarian yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

    ReplyDelete
  7. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Beliau turut memaklumkan bahawa skop kerja Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu berkaitan pendatang asing dan mengenal pasti pelarian dan pendatang yang merangkumi pelarian Filipina dari Filipina Selatan, pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sabah dan Labuan, dan buruh asing dari Indonesia.

    ReplyDelete
  8. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    kerajaan telah berusaha untuk membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak dulu lagi. Walaupun sukar, ianya tetap dilaksanakan. Kerajaan telah mengambil tindakan peguatkuasaan berterusan dan berusaha menangani isu berkaitan dengan bersungguh-sungguh. Namun kewujudan beberapa sindiket pemalsuan IC serta sindiket membawa masuk warga asing ke negeri ini menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan. Pembangkang sama sekali tidak pernah menyentuh isu ini walaupun kes berkenaan telah beberapa kali dilaporkan oleh media tempatan pada tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  9. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Tahun lepas saja, negara telah dikejutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini.

    ReplyDelete
  10. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Modus operandi sindiket ini dipercaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.

    ReplyDelete
  11. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Kes seperti ini bukan yang pertama dan terakhir, malah besar kemungkinan masih banyak lagi sindiket yang belum diberkas samada bergerak secara berpasukan mahupun secara individu. Keuntungan lumayan sentiasa mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan apa sahaja aktiviti haram walaupun mereka sedar tindakan itu membawa kepada hukuman yang berat.

    ReplyDelete
  12. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Malah ada juga dilaporkan dimana penduduk kampung membantu warga asing mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan secara singkat.

    ReplyDelete
  13. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Bila kita tanya PATI dari mana mereka dapat IC, adakah mereka akan mengaku bahawa mereka memperolehinya dari sendiket secara haram?? Sudah tentu tidak.. Sebaliknya, mereka akan cakap bahawa IC mereka tulen dan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  14. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    berkenaan dengan mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Kerajaan mengambil peranan murni dan prihatin melibatkan aspek kemanusiaan untuk membantu pelarian dan mangsa perang. Tindakan kerajaan telah mendapat kerjasama dan diperakui oleh badan antarabangsa seperti UNHCR.

    ReplyDelete
  15. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Dakwaan kononnya mangsa pelarian ini dibantu pihak tertentu untuk mendapatkan IC juga tidak benar apabila beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC). Salah seorang daripada mereka, Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.

    ReplyDelete
  16. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Fenomena pemberian IC kepada warga asing ini sebenarnya konsisten dengan penjelasan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing.

    ReplyDelete
  17. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Beliau menegaskan bahawa semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Tambah beliau, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

    ReplyDelete
  18. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    "Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."

    "Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah." - TUN MAHATHIR

    ReplyDelete
  19. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Pemimpin-pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan menarik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dalam undang-undang Malaysia ada diperuntukkan pemberian kerakyatan kepada pihak-pihak yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  20. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Jesteru, jika Pembangkang tidak bersetuju dengan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini, mungkin selepas ini mereka boleh masukkan agenda "penghapusan sebarang undang-undang berkaitan kewarganegaraan" ini dalam manifesto pilihanraya mereka.

    ReplyDelete
  21. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Penghapusan undang-undang ini juga konsisten dengan janji Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan semua undang-undang "lapuk" di negara ini jika PR diberikan mandat memerintah. Dengan ini sama-samalah kita lihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat mempertahankan kuasanya.

    ReplyDelete
  22. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Rakyat Sabah sepatutnya menilai isu ini diluar kotak pemikiran yang condong kepada ideologi politik pihak tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, neutral dan tidak terhad kepada kepentingan politik sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  23. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga sepatutnya memuji kesungguhan dan kemampuan kerajaan BN menunaikan janjinya atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini untuk manfaat semua rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  24. ANWAR PATUT PUJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK SERI NAJIB KERANA BERANI TUBUHKAN RCI UNTUK MENYELESAIKAN IBU SEGALA MASALAH DI SABAH

    Tanpa melihat kepada faktor Pilihanraya Umum, saya simpulkan bahawa langkah kerajaan menubuhkan RCI menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.