Thursday, January 3, 2013

BR1M bakal cerahkan peluang BN dalam PRU

kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, PR tidak memiliki dana sekukuh BN, terutamanya di negeri-negeri yang bukan di bawah bidang kuasa mereka seperti di Johor, Pahang, dan Perak, dan itu menyukarkan mereka untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar bandar.


Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad turut menyokong kenyataan Pua, namun mengingatkan BN bahawa BR1M hanya mengukuhkan sokongan penyokong tegar mereka, bukannya kumpulan pengundi muda yang merangkumi sekitar 30 peratus daftar pemilih.
“Sementara sekelompok rakyat yang tidak dapat akses kepada media alternatif, mereka semakin yakin untuk menyokong BN.

“Namun kelompok 30 peratus yang menjadi rebutan BN dan PR adalah kelompok yang tidak dapat dikelabui mata dan pendirian mereka, kumpulan pengundi baru,”

Pergh! meluat sangat Bullet baca komen pemimpin-pemimpin PR berkenaan dengan BR1M. Dalam masa mereka mengakui bahawa bantuan ini bakal mencerahkan peluang BN untuk terus memerintah selepas PRU13, sempat juga mereka mendabik dada kononnya hanya rakyat yang tidak mendapat akses media alternatif sahaja yang menyokong BN.

Tahukah pemimpin-pemimpin PR bahawa media alternatif sekarang juga banyak yang memaparkan kepincangan dan kelemahan Pakatan Rakyat? Jangan anggap media alternatif hanya dikuasai oleh pembangkang, silap perhitungan buruk padahnya.
 
Tony Pua yang sebelum ini tersengih-sengih dalam jet mewah boleh pula cakap kononnya PR tidak mempunyai dana sekukuh BN?? Habis tu bagaimana dia boleh naik jet mewah? bagaimana PR boleh beli bas mewah? bagaimana PR boleh beli dua buah trak? bagaimana Zuraida boleh beli 4 buah kereta? mana perginya dana yang disumbangkan penyokong-penyokong PR melalui tabung tin milo PR?

Jika pemimpin-pemimpin kerajaan PR bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat, mereka juga boleh hulurkan bantuan yang sama seperti kerajaan BN di negeri-negeri yang dijajah oleh mereka. Namun disebabkan sikap tamak haloba dan rasuah yang menebal dalam diri semua pemimpin-pemimpin PR, maka secara automatiknya, bantuan kepada rakyat terpaksa diabaikan atau ditangguhkan.

Jika benar kerajaan PR tidak mampu menghulurkan bantuan sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan BN, bagaimana mereka begitu confident menjanjikan perkara-perkara seperti berikut pada PRU 2008;


SELANGOR

• Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
• Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.
• Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
• Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
• Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin.
• Memberi cuti sebulan kepada isteri yang kematian suami.
• Menyediakan perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
• Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak sepenuh masa.

KEDAH

• Memberi bantuan perkapita kepada sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK).
• Menawarkan pemberian cuti bersalin selama tiga bulan kepada kakitangan kerajaan tanpa menghadkan bilangan anak.
• Memberi cuti 14 hari kepada mereka yang kematian pasangan.
• Memberi subsidi air kepada masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar.
• Memperbanyakkan kemudahan tempat meletak kenderaan di bandar-bandar utama.

PULAU PINANG

• Memberi bonus RM6,000 setahun kepada keluarga bergaji kurang RM6,000 sebulan.
• Menyediakan 100,000 anggota polis bagi meronda jalan raya dan kawasan kediaman untuk mengurangkan jenayah.
• Menghapuskan tol Sungai Nyior.
 
Untuk pengetahuan semua, janji-janji diatas belum dilaksanakan oleh kerajaan PR walaupun pemimpin-pemimpinnya sehingga hari ini bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat kononnya pentadbiran mereka lebih cekap, bersih, telus dan amanah dari kerajaan BN. 

Jika PR tidak berkemampuan menghulurkan bantuan kepada rakyat, kenapa perlu mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat? Bukankan tindakan ini jelas menunjukkan bahawa PR hanya mahukan kuasa untuk memerintah negara, bukannya membantu rakyat?

Bila pemimpin-pemimpin BN membidas janji-janji PR, bukan main lagi pemimpin-pemimpin PR membuat serangan balas kononnya penjimatan dari itu ini akan membantu PR mengumpulkan lebih banyak dana untuk kepentingan rakyat. Tapi bila sudah diberikan peluang memerintah, tidak nampak pula penjimatan oleh kerajaan PR untuk kepentingan rakyat. Sebaliknya dana awam habis dikebas untuk membiayai kos guaman pemimpin PR, untuk membeli jentera-jentera kempen PR dan sebagainya.

Tidak salah kerajaan membantu rakyat meringankan beban mereka. Kalaupun dana BR1M itu datang daripada cukai yang dibayar oleh rakyat, bagi Bullet tindakan itu berganda-ganda lebih baik dari PR yang menggunakan dana awam untuk menyewa jet mewah, membiayai kos guaman penjenayah, membeli bas mewah dan sebagainya.

By: Borneo Bullet

41 comments:

  1. BR1M adalah bantuan untuk meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  2. Itu sudah semestinya.. BR1M satu usaha yang mendapat sokongan daripada rakyat di Negera ini.

    ReplyDelete
  3. Pembangkang takut jika BR1M ini mendapat sambutan. Ini kerana pasti rakyat akan menolak Pembangkang selepas ini.

    ReplyDelete
  4. Kalau tengok janji2/manifesto pembangkang sebelum ni seolah2 kewangan mereka sangat kukuh dan mereka begitu yakin boleh beri semua percuma pada rakyat.

    ReplyDelete
  5. PR-berjanji kenalah berpada-pada..

    ReplyDelete
  6. Dengan memilih slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.

    ReplyDelete
  7. Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN.

    Pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.

    Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.

    ReplyDelete
  8. Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus menerus membantu rakyat melalui program-program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

    Hasilnya, keikhlasan BN bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, angin perubahan mula bertiup ke arah BN termasuk di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Laporan terbaharu menunjukkan kira-kira 400 anggota tegar PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak di Kelantan menyertai Umno, selepas merasai mereka terpedaya dengan “Amanat Haji Hadi”, yang mengkafirkan anggota dan penyokong Umno.

    Malah, majoriti lebih 30,000 guru di negeri itu kini menyokong Umno, satu petanda baik bahawa BN mampu merampas semula Kelantan daripada pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka bersedia bekerja keras bagi memastikan BN kembali memegang kuasa selepas pilihan raya memandangkan kerajaan persekutuan pada masa ini member perhatian untuk memenuhi janji yang telah dibuat.

    Di Pulau Pinang, ribuan penyokong tegar pembangkang menunjukkan minat mereka menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP.

    Perkara ini telah menjadi kenyataan apabila hampir 350 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong mengemukakan surat permohonan untuk menyertai semula Umno kepada Najib pada 8 Dis.

    ReplyDelete
  11. Sambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat Gerakan selama 40 tahun sebelum kalah kepada DAP pada pilihan raya umum 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu memutuskan akan melakukan apa yang terbaik bagi rakyat Pulau Pinang dan meminta pengundi memberikan peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 untuk berkhidmat kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. Petanda positif juga kelihatan di Kedah dan Selangor melalui kaji selidik yang dijalankan beberapa ahli akademik pada pertengahan tahun.

    Prof Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kaji selidik baru-baru ini menunjukkan 70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak yakin dengan kepimpinan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurut laporan kaji selidik itu, kerajaan PAS di Kedah pada masa ini nampaknya semakin hilang populariti untuk terus memerintah negeri itu dan oleh itu kerajaan BN merupakan pilihan terbaik bagi pembangunan Kedah dan negara pada keseluruhannnya.

    ReplyDelete
  13. Di Selangor, satu kajian simulasi berdasarkan kepada pilihan raya umum ke- 11 dan ke-12 dan dengan profil pengundi berdaftar terkini menunjukkan bahawa BN boleh memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  14. Dengan mengambilkira senario-senario ini, hasil pilihan raya umum ke-13 mungkin membawa keputusan yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS bagi mengekalkan negeri-negeri yang diperintah terutama Selangor dengan peluang 50-50.

    ReplyDelete
  15. Dengan menilai sokongan yang diberikan oleh semua etnik penduduk, masyarakat India adalah golongan paling besar beralih angin pada pilihan raya umum lepas tetapi akhirnya menarik sokongan mereka kepada pembangkang selepas tertipu dengan pelbagai janji kosong.

    ReplyDelete
  16. Satu trend ketara melanda melalui pilihan raya umum 2008 apabila hampir 85 peratus pengundi India beralih kepada pakatan pembangkang, hasil isu-isu yang dimainkan oleh Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

    Selepas itu, sokongan masyarakat India terhadap BN meningkat kepada lebih 70 peratus berikutan bantuan kerajaan berjumlah RM415 juta yang diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  17. Bantuan itu diagih-agihkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM (RM100 juta), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia atau Tekun (RM65 juta) dan RM250 juta diperuntukkan kepada usahawan.

    ReplyDelete
  18. Semasa Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 pada 9 Dis, Presiden parti itu Datuk Seri G Palanivel berkata sokongan masyarakat itu kepada kerajaan BN semakin bertambah selepas mereka menerima pelbagai faedah terutama dalam pendidikan, program pembangunan perkhidmatan awam, program ekonomi dan social hasil inisiatif Najib.

    ReplyDelete
  19. Sementara itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga melahirkan keyakinannya bahawa MCA, yang mendapat pukulan teruk pada pilihan raya umum 2008, akan bangkit kembali pada pilihan raya umum akan datang.

    Katanya sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan semakin meningkat berbanding tahun 2008 dengan pelbagai bentuk bantuan melalui Yayasan Perubatan 1MCA, peruntukan bagi pendidikan dan keusahawanan.

    ReplyDelete
  20. Di Sabah, Ketua Menterinya Datuk Seri Musa Aman percaya negeri itu telah berkembang sebagai sebuah negeri yang progresif, makmur, aman dan stabil di bawah pendekatan yang diambil BN.

    ReplyDelete
  21. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pemberian kerakyatan kepada pendatang asing, penduduk tempatan bagi menerajui jabatan persekutuan di negeri itu dan pengiktirafan 16 Sept sebagai Hari Malaysia membuktikan bahawa BN sentiasa mendengar, prihatin dan bekerja bagi memenuhi permintaan rakyat.

    ReplyDelete
  22. Bantuan yang pasti membantu rakyat yang disasarkan

    ReplyDelete
  23. janji yang sentiasa ditunai oleh kerajaan

    ReplyDelete
  24. The people should think carefully about calls to change the Government because this could bring about more problems instead of improvement, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

    ReplyDelete
  25. He said any move to change the Government just for the sake of change would not be beneficial, particularly for the business community.

    ReplyDelete
  26. “Be careful when people say change this Government. You must think carefully, especially businessmen.

    ReplyDelete
  27. “If you change the government and things become worse, what then?” he said during a walkabout and breakfast with the people at the Kota Sentosa market here yesterday.

    ReplyDelete

  28. Muhyiddin said although the Barisan Nasional Government had been in power for many years, this did not mean it was time for a change.

    ReplyDelete
  29. On the contrary, he said this meant Barisan had plenty of experience in running the country and meeting the people’s expectations.

    ReplyDelete

  30. “We know that the Barisan Government has been helping the people for many years. It doesn’t matter that this Government has been in place for a long time.

    ReplyDelete
  31. “We are not old but experienced, whereas the Pakatan Rakyat government is not experienced. Just ask the people of Selangor who say it is now more difficult to do business there,” he said.

    ReplyDelete
  32. He also assured traders and hawkers that the Barisan Government was pro-business, with policies to ensure political stability and a conducive environment for business to flourish.

    ReplyDelete

  33. For instance, he said the Government provided incentives and assistance for traders and investors.

    ReplyDelete

  34. “Loans are available for small traders who lack capital, while local authorities facilitate business by approving licences and providing trading venues.

    ReplyDelete
  35. “There are also incentives for investors because when investment flows in, there will be jobs and people can earn a living. All this is provided by the government and what’s important now is to sustain this,” he said.

    ReplyDelete
  36. Muhyiddin, who is on a three-day visit to Sarawak, also announced a RM500,000 allocation for upgrading the mini town square in Kota Sentosa.

    ReplyDelete

  37. Earlier he walked around the market to meet traders before having a Sarawak-style breakfast with dishes such as laksa, tapai and kuih selorot.

    ReplyDelete

  38. He was accompanied by Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin, state Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Public Health Assistant Minister Dr Jerip Susil, Local Government and Community Development Assistant Minister Datuk Peter Nansian, Padawan Municipal Council chairman Lo Khere Chiang and Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Sarawak president Datuk Wee Kok Tiong.

    ReplyDelete

  39. Also present was SUPP Youth secretary-general Wilfred Yap, the party’s proposed candidate for Stampin in the parliamentary election.

    ReplyDelete

  40. Meanwhile, SUPP secretary-general Dr Sim Kui Hian said Muhyiddin’s visit to the market showed that the Barisan Government had changed its approach to meet the people.

    ReplyDelete

  41. “Instead of waiting for people to come to the office, we go to the people on the ground,” he said, adding that the breakfast was an opportunity for community leaders, members of chambers of commerce and the public to meet the Deputy Prime Minister.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.