Tuesday, January 29, 2013

Ceramah DAP hanya dihadiri ratusan kerusi

Halimunan?
Biarkan gambar berbicara segala apa yang berlaku. Begitulah nasib malang yang menimpa program anjuran DAP Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Juice Wong. Menurut sumber, program ini mendapat publisiti meluas tidak hanya di media alternatif, bahkan juga media cetak. 

Pada mulanya penganjur mengandaikan program tersebut bakal dihadiri oleh lebih daripada 500 orang, berdasarkan sambutan memberangsangkan pada sesi wacana "The Cries Of Sabah" 24.01.2013. Namun, harapan hanya tinggal harapan, bila mana program tersebut hanya dihadiri kurang daripada 100 orang. Malah ada yang menjangkakan kehadiran peserta pada program tersebut sekitar 50 orang. Walau apa juga andaian yang diletakkan, keseluruhannya program tersebut gagal mencapai sasaran seperti mana yang diharapkan. - DKM


Pergh!! rajin sangat bro DKM turun padang memerhati dan mengikuti perkembangan setiap kempen anjuran Pakatan Rakyat di Sabah. 

Syabas bro, sekurang-kurangnya rakyat Sabah tahu bahawa Pakatan bukan pilihan yang paling tepat untuk rakyat Sabah. Betullah kata DKM bahawa rakyat Sabah juga sudah muak dengan skrip politik Pakatan yang berulang-ulang, bersifat fitnah, bukan berdasarkan realiti serta sarat dengan pembohongan dan putar-belit. Jika ada pihak yang bertanya, "apakah benar Pakatan Rakyat mampu membawa tsunami politik pada PRU-13 nanti?", jawapannya ada pada gambar di atas.

Trend pengundi di Pulau Pinang dan Sarawak tidak sama dengan trend pengundi di Sabah. Jika Pulau Pinang boleh jatuh ke tangan DAP, dan jika PRN Sarawak boleh membuatkan Lim Kit Siang senyum sampai ke telinga, jangan harap perkara yang sama boleh berlaku di Sabah. 

Rata-rata rakyat Sabah berpuas-hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman. Malah, prestasi LDP yang mewakili kaum cina di negeri ini juga sangat baik berbanding dengan DAP Pulau Pinang yang banyak memperlihatkan sikap diskriminasi terhadap kaum lain.

Syabas kepada rakyat Sabah yang tidak menghadiri mana-mana kempen Pakatan Rakyat di negeri ini, dan kepada mereka yang masih terlopong mendengar tipu-helah pemimpin-pemimpin Pakatan, Bullet nasihatkan Kembali Lah Ke Pangkal Jalan!!..

19 comments:

  1. kesian,, ceramah DAP tak dpt sambutan.

    ReplyDelete
  2. Pakatan pembangkang tidak mampu mentadbir Sabah dengan baik kerana tiada kesepakatan antara parti politik dalam gabungan itu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam perkara sebagai pembangkang di Sabah sekali gus menunjukkan mereka tidak boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan.

    ReplyDelete
  4. “Oleh itu rakyat perlu membuat penilaian yang betul terhadap segala usaha dan pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  5. “Hanya kerajaan BN mampu membela dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat berdasarkan pengalaman melaksanakan pelbagai program tranfsformasi,” katanya

    ReplyDelete
  6. Beliau yang juga Presiden PBS berkata ini, pakatan pembangkang berbeza dengan BN yang lebih menumpu perhatian terhadap keperluan untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  7. Dalam pada itu beliau menyerahkan kepada kepimpinan SAPP untuk berfikir mengenai kesudian mereka untuk kembali menyertai BN kerana sebelum ini parti yang bertindak keluar dari BN.

    ReplyDelete
  8. baik DAP berangkat saja balik ke pulau pinang.. jangan mimpilah mahu memerintah sabah..

    ReplyDelete
  9. jika DAP memerintah, habis semua hutan di sabah diagihkan kepada kroni2 DAP sebagaimana kes penjualan tanah yang berlaku di kelantan..

    ReplyDelete
  10. jika DAP memerintah, diskriminasi kaum juga akan berleluasa sebagaimana yang berlaku di pulau pinang..

    ReplyDelete
  11. jika DAP memerintah, harga rumah akan mencecah setengah juta.. inilah modus operandi DAP untuk menghalau kaum bumiputera Sabah supaya tinggal dipulau-pulau berhampiran sementari kroni2 DAP akan terus membiak di negeri ini... situasi ini telahpun berlaku di Pulau Pinang..

    ReplyDelete
  12. The manifestos of the opposition pact comprising PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP are like the old newspapers because they are merely repeating the pledges that have yet to be fulfilled, said Selangor Barisan Nasional (BN) coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

    ReplyDelete
  13. He said the pledges were promises that had never been fulfilled such as the free education although the opposition pact had been in power for almost five years in Selangor.

    ReplyDelete

  14. "Looking at the manifesto in Selangor alone, I feel they have only realised about 15 per cent of all the sweet promises made. In fact, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim had boldly said that the manifesto is not a pledge," he said at a media conference, here Thursday.

    ReplyDelete

  15. Mohd Zin said the manifesto of the oppositiion pact announced recently clearly involved high costs and it was doubtful whether they could afford to implement them.

    ReplyDelete
  16. He said that on the whole, the manifesto made by the opposition pact was merely an election pledge to fish for votes.

    ReplyDelete

  17. He said that among the pledges made by the opposition pact such as the purported intention to eliminate monopoly by creating the Anti-Monopoly Commission, actually should be implemented in Selangor first especially in the sand mining industry.

    ReplyDelete

  18. "The sand mining industry worth billions of ringgit is monopolised only by one company, namely, Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Shouldn't the sand mining tender be opened so that that the revenue derived would be more transparent and could generate the state's economy?" he said.

    ReplyDelete

  19. Meanwhile, Mohd Zin said he was prepared to debate with anyone on the BN and Pakatan Rakyat manifestos in Selangor.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.