Wednesday, January 2, 2013

Happy New Year Sarawak Report!

Nampak sangat pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat berkobar-kobar mahu merampas kerajaan pada PRU kali ini. Bermula daripada fitnah/pembohongan sehinggalah kepada demonstrasi jalanan, kini media asing tajaan pembangkang yang selama ini berselindung disebalik isu-isu alam sekitar telah mula menunjukkan wajah sebenar mereka.

Umum mengetahui bahawa Sarawak Report menjadi terkenal kerana pendekatan perjuangan mereka yang menyentuh soal alam sekitar dan orang asli Borneo. Malah bila kita search melalui google, ringkasan seperti ini akan keluar "Covering the issues affecting Borneo's most threatened rainforest nation. Corruption, palm oil, rainforest destruction and abuse of native rights." Tidak ada pula portal pro pembangkang ini menyebut BN, UMNO, pilihanraya atau yang seangkatan dengannya. 

Namun dalam banyak artikel mereka, seperti Happy New Year? – ‘Black Magic’ And Betrayal Engulf BN!, tidak langsung memperlihatkan objektif sebenar penubuhan Sarawak Report. Berikut adalah petikan yang menunjukkan portal asing ini cuba mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran kerajaan Malaysia.
"Once it was the opposition who were divided, but now we see rival BN parties fighting for the same seats!"

"The talk in UMNO is no longer focused where it should be, on winning the election.  It is focused only on when Najib’s pushy deputy, Muyhiddin (backed by the dictator behind the throne, Mahathir) will strike."

"What kind of a New Year does such a state of affairs portend and is it any way for a ruling party of more than 50 years to convince voters they are still fit to govern?"
Patutlah portal asing ini tidak pernah menyentuh skandal rasuah di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat walaupun mereka tahu bahawa wujud skandal pembalakan di Kedah, Kelantan dan skandal pasir di Selangor serta rampasan tanah di Pulau Pinang. Seolah-olah bagi portal asing ini, hak dan kepentingan orang asli dan rakyat biasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak perlu dipertahankan.

Kesimpulannya, objektif sebenar Sarawak Report bukan untuk memperjuangkan kepentingan atau hak orang asli, bukan juga untuk alam sekitar atau segala jenis hidupan liar yang ada didalamnya, sebaliknya objektif mereka hanya untuk kepentingan Pakatan Rakyat semata-mata. Dengan itu, Rakyat Sabah dan Sarawak tidak perlu terpedaya atau berasa kagum dengan setiap pendedahan portal ini kerana semuanya dusta semata.

By: Borneo Bullet

24 comments:

  1. Sarawak Report media penipu dan berat sebelah.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya gabungan PR ini menimbulkan masalah besar terhadap pembahagian kerusi untuk setiap parti.

    ReplyDelete
  3. PKR mahu bersama dengan SAPP tapi apa sudah jadi. Pergaduhan berlaku antar SAPP dan PKR.

    ReplyDelete
  4. Kenapa perkara ini berlaku? Kerana PKR tidak mahu memberikan kerusi lebih kepada SAPP. PR mahu mereka yang duduki kerusi berbanding SAPP.

    ReplyDelete
  5. Nampak bukan yang mana PR mahu mentadbir dan berkuasa di Sabah dan cuba menipu SAPP untuk berkerjasama.

    ReplyDelete
  6. Apa pun Rakyat sendiri tahu menilai akan perjuangan yang dibuat oleh PR ini.

    ReplyDelete
  7. Memang tak dinafikan lagi, pembangkanglah yang berada di belakang SR ni.

    ReplyDelete
  8. PR memang suka guna kuasa luar untuk mencampuri hal ehwal negara ni.

    ReplyDelete
  9. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

    Tidak kira apa sekalipun yang dilakukan oleh PAS Kedah untuk menutup “bangkai gajah” yang diratahnya, bau busuk dari bangkai tersebut tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan rakyat, khususnya para penduduk di kawasan Pedu dan sekitarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Pada 30 Disember yang lalu, Kerajaan PAS Kedah dengan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah mengadakan sebuah majlis bagi menerangkan tentang projek Ladang Rakyat yang bertempat di “Charok Genting Bunga”.

      Hakikatnya, tidak wujud kampung “Charok Genting Bunga” di Pedu dan sebetulnya majlis tersebut diadakan di kampung Charok Batang Padi! Nampaknya PAS Kedah memang “buta” di kawasan jajahan sendiri…

      Delete
    2. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Majlis itu turut dihadiri oleh beberapa Exco Kanan Kerajaan PAS Kedah seperti Datuk Amiruddin Hamzah, Mohd Nasir Zakaria dan ditemani oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Helwi Haron.

      Dalam majlis berkenaan, Azizan cuba berdolak-dalih mengatakan bahawa hutan simpan kekal di kawasan tersebut ditarah hingga licin bagi digantikan dengan projek Ladang Rakyat yang akan menempatkan dusun buah-buahan di situ.

      Delete
    3. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Peliknya, dia tidak pula menjelaskan bahawa kawasan tersebut hanyalah sekitar 200 meter dari kawasan tadahan air Tasik Pedu dan lokasi Ladang Rakyat itu sebenarnya merupakan salah satu kawasan tadahan air bawah tanah utama di kawasan tersebut!

      Delete
    4. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Mungkin Azizan dan para Exconya fikir para penduduk di kawasan terbabit tidak belajar Geografi dan kitaran ekologi alam sekitar yang membabitkan proses ekosistem kawasan tadahan air? Azizan boleh buka semula buku teks Geografi tingkatan tiga…

      Delete
    5. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Jangan fikir Kerajaan PAS Kedah boleh bodohkan rakyat Kedah, khususnya di Pedu! Azizan patut gerun apabila melihat beberapa NGO dan penduduk tempatan bergabung menyambutnya dengan demonstrasi menentang projek “baham balak Pedu” di majlis tersebut!

      Delete
    6. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Sebagaimana maklum, Azizan merancang untuk menanam pokok buah-buahan di kawasan tersebut dan jika benar pun mahu menjadi “saudagar buah”, bukan begitu caranya menggondolkan hutan simpan kekal di Kedah.

      Delete
    7. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Sepatutnya Azizan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya sebelum memulakan sebarang aktiviti menarah hutan. Yang paling penting, Azizan perlu mendapatkan kelulusan EIA dan bukannya “proposal EIA”!

      Delete
    8. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Sebenarnya tujuan Azizan bukanlah projek dusun buah-buahan di situ. Azizan sebetulnya hanya mahu mengaut kekayaan hasil balak yang tidak pernah diusik oleh Kerajaan BN yang terdahulu.

      Delete
    9. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Azizan sedar bahawa para Exco dan kerajaan pimpinannya tidak tahu menjana pendapatan dari mana-mana sumber ekonomi di negeri Kedah dan dia terpaksa menarah setiap inci hutan simpan kekal berkualiti tinggi untuk mendapatkan sumber kewangan kerajaan negeri.

      Delete
    10. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Sebab itulah Kerajaan PAS begitu bangga memberitahu dunia bahawa mereka telah berjaya membolot lebih RM80 juta setahun dari hasil balak di Kedah yang melibatkan kawasan seluas 15,000 hektar tanah hutan simpan kekal.

      Delete
    11. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Itu baru “rompakan fasa I” dan saya percaya sekiranya PAS Kedah diberi mandat mentadbir Kedah untuk sepenggal lagi maka tidak mustahil seluruh hutan simpan kekal di negeri ini akan digondolkan sesuka hati mereka saja.

      Delete
    12. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Mereka mudah memberi alasan iaitu melaksanakan projek “Ladang Rakyat”. Tapi kalau dirujuk kepada “track record” perlaksanaan projek mereka, PAS Kedah gagal melaksanakan majoriti projek berprospek tinggi, termasuk projek “Keli-K” di Sik.

      Sedangkan projek ternak ikan keli pun mereka gagal, bagaimana pula PAS Kedah mahu laksanakan projek dusun buah-buahan? Kalau projek tanam “semak-samun” mungkin PAS Kedah “champion”, bukan?

      Delete
    13. KENAPA SARAWAK REPORT SENYAP BILA KERAJAAN PAKATAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL PEMBALAKAN BESAR-BESARAN?

      Mungkin sebab itulah majlis anjuran PKNK itu tidak mendapat sambutan ramai. PAS Kedah sasarkan penyertaan seramai 500 orang, tapi yang hadir hanyalah sekitar 200 orang saja. Itupun setelah ditambah kehadiran para pegawai PKNK, pegawai pengiring MB dan Exco serta beberapa kerat penyokong PAS yang kebulur nak makan “free”…

      Nampaknya kalau dibiarkan PAS Kedah terus berkuasa, alamatnya Kedah bakal rata muka buminya bagaikan Gurun Sahara dirobek, diratah dan ditarah semahu-mahunya sehingga kocek mereka penuh tidak terisi lagi…

      Delete
  10. Sarawak report tu pro pada pembangkang PR

    ReplyDelete
  11. Sarawak report pun double standard

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.