Wednesday, January 16, 2013

Waspada pihak tabur fitnah untuk kepentingan politik

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan supaya berwaspada dengan pihak tertentu yang terus menabur lebih banyak fitnah dan memburukkan imej kerajaan, terutama di laman sosial semata-mata untuk kepentingan politik mereka. 

Ketika membuat seruan itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Jainab Ahmad, berkata bukan semua maklumat atau bahan yang dimuatkan dan dikongsi bersama dalam alam maya itu benar. 

“Oleh itu, saya menyarankan supaya rakyat negeri ini terutama generasi muda supaya membaca maklumat yang betul. Jangan baca maklumat yang berbentuk fitnah atau berbau politik. 

“Kita dapati dalam alam globalisasi ada pihak tidak bertanggungjawab memfitnah dalam internet sehingga anak-anak muda kita terikut-ikut dengan budaya fitnah…ini kita perlu elakkan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di SMK Bandaraya dekat sini kelmarin. 

Jainab berkata ramai di kalangan anak muda sekarang yang sedikit terkeliru atau tidak menyedari bahawa banyak yang diperkatakan dalam alam maya “sengaja disensasikan walaupun tidak benar” bagi menarik perhatian pembaca. 

“Keadaan seumpama ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mungkin menyebabkan bibit-bibit perpecahan di antara kaum. 

“Ini kalau tidak dibendung akan menjadi masalah di negara kita, sebuah negara yang aman damai bukan seperti di negara jiran kita yang mana ada pihak tertentu mahu gunakan perpecahan sebagai satu simbol untuk menukar kuasa atau kerajaan,” katanya. - New Sabah Times

19 comments:

  1. Rakyat Sabah sememangnya perlulah berhati-hati buat masa sekarang dengan pihat tertentu yang terus-menerus dengan menabur janji dan pada masa yang sama juga mengambil kesempatan untuk menabur fitnah untuk memburukan pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Laman sosial menjadi sasaran tempat mereka jayakan misi fitnah-menfitnah ini untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  3. jgn mudah prcaya pada janji dan fitnah pembangkang.

    ReplyDelete
  4. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    DISAAT bakal mengharungi PRU-13 yang akan datang ini, parti-parti pembangkang di Sabah ini dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) adalah kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional. Kelemahan parti pembangkang yang berlaku di semenanjung setiap hari yang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet telah memberi kesan kepada kebolehpercayaan rakyat Sabah ini kepada PR.

    ReplyDelete
  5. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Kenapa terjadi kepada kegagalan tersebut?? Ini adalah kerana PR di Sabah ini mencedok bulat-bulat acuan yang dibawa dari semenanjung. Hasil daripada cedokan yang bulat-bulat itu, kesannya ialah semua perancangan yang dibuat di semenanjung menjadi buntu untuk dilaksanakan di Sabah ini apabila pendedahan berkaitan PR diketahui umum.

    ReplyDelete
  6. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung di semenanjung. Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

    ReplyDelete
  7. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

    ReplyDelete
  8. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Kalau diperhatikan juga, pembangkang tidak banyak menyebut dan tidak 'concern' berkaitan dengan perkara yang melibatkan Sabah. Ini bermaksud bahawa PR tidak mengendahkan suara pembangkang dari Sabah.

    ReplyDelete
  9. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

    ReplyDelete
  10. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Anwar bertindak demikian kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif. Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

    ReplyDelete
  11. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

    ReplyDelete
  12. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

    ReplyDelete
  13. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Walau bagaimanapun, Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya. Apa yang pasti ialah tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi sama ada dari dalam negara atau peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  14. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

    ReplyDelete
  15. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Walau bagaimanapun, Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya. Apa yang pasti ialah tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi sama ada dari dalam negara atau peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  16. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  17. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

    ReplyDelete
  18. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Menyentuh berkaitan percaturan PR di Sabah ini. Mereka hanyalah menggunakan rakyat Sabah dan penyokong PR di Sabah ini untuk mencapai hasrat PR dan memenuhi agenda politik mereka yang kotor itu.

    ReplyDelete
  19. PEMBANGKANG SABAH TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN FITNAH KERANA MEREKA TELAH GAGAL YAKINKAN RAKYAT BAHAWA MEREKA ADALAH ALTERNATIF TERBAIK KEPADA BN

    Rakyat Sabah yang senang dibuli oleh PR ini tanpa berfikir panjang sedangkan bahawa janji manis yang ditawarkan oleh PR kepada negeri Sabah ini adalah bertujuan untuk dijadikan "gula-gula" kepada rakyat Sabah. AKhirnya rakyat di Sabah ini akan merana akibat daripada percaturan tersebut.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.