Monday, August 12, 2013

Perbezaan Pendirian Punca DAP Sabah Retak

KOTA KINABALU: Trouble is brewing in Sabah DAP with the resignation of an increasingly-isolated Luyang assemblyman Hiew King Cheu as the state advisor. Hiew said his decision to resign as advisor was due to the action of his four "elected YBs" who called for disciplinary action to be taken against him (Hiew) for supporting Klias assemblyman Datuk Lajim Ukin instead of the party’s choice, Tamparuli assemblyman Datuk Wilfred Bumburing, as the state opposition leader. - The Star

Jika penulis tanya kenapa majoriti pemimpin DAP memilih Bumburing berbanding dengan Lajim, pasti ramai yang tahu apa jawapannya. Namun penulis tidak mahu mengulas kearah itu kerana bagi penulis kedua-dua pemimpin katak ini sememangnya tidak layak memegang jawatan ketua pembangkang. Pelantikkan Lajim sebagai ketua pembangkang Sabah juga merupakan satu penghinaan kepada ahli-ahli pembangkang yang lain terutama sekali bagi mereka yang telah sekian lama memperjuangkan agenda parti. Samada pemilihan itu memang berdasarkan faktor pengaruh atau dasar kroni didahulukan, yang pasti keputusan mengetengahkan kedua-dua katak ini telah menjadi punca kepada keretakan pembangkang di Sabah (selain dari apa yang berlaku kepada DAP).

Mengenai tindakan Hiew melepaskan jawatannya sebagai penasihat DAP Sabah, beliau sepatutnya bertindak lebih jauh dari itu kerana kekecewaan beliau adalah berpunca daripada perbezaan pendirian.. bukannya perbezaan pandangan, pendapat atau sebagainya.. Untuk apa Hiew kekal berada dalam parti itu jika pendirian beliau bertentangan dengan pendirian parti?? Jesteru, adalah lebih baik jika Hiew meninggalkan terus parti ini jika tidak mahu perjalanan politik beliau disulitkan oleh beberapa pemimpin dalam DAP yang sedang mengintai peluang untuk menjatuhkan beliau. 

Dari sudut lain, apa yang berlaku terhadap DAP Sabah ini jelas menunjukkan kelemahan Pakatan Rakyat dalam menangani isu-isu dalaman parti. Bayangkan jika parti ini berjaya membentuk kerajaan.. Apa agaknya akan berlaku kepada Sabah jika pemimpin-pemimpin dikalangan mereka saling bercakaran hanya untuk memilih ketua? Patutlah ketua mereka di Semenanjung sering mencampuri urusan dan mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Sabah.. rupanya pemimpin-pemimpin mereka di Sabah masih tidak mampu berdikari terutamanya bila melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pelantikan samada mengenai jawatan mahupun soal pemilihan calon.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.