Wednesday, July 10, 2013

Desakan Mansuhkan Dasar Kabotaj Umpama Mensabotaj Inisiatif Kerajaan

Luyang assemblyman Hiew King Cheu has called on the Musa Aman administration to take more serious and effective approach in addressing the pressing issue of spiraling consumer goods prices in the state. He especially urged the state government to strive to abolish the “Cabotage Policy” which many considered the ‘main culprit’ behind the high cost of living in Sabah. He stressed that this is necessary, as the existing measures taken by the state government are not sufficient to control the escalating prices of the essential goods in the market. - Malaysia Daily

Kegagalan pembangkang memahami punca sebenar mengenai kenaikkan harga barangan bukan sahaja menjadi punca kepada para peniaga terus menaikkan harga barang, malah bakal mengorbankan industri perkapalan tempatan disamping meningkatkan kadar pengangguran di negara ini. Bayangkan apa akan berlaku jika 200 syarikat perkapalan dengan 4,500 buah kapal terjejas operasinya ekoran kewujudan persaingan dengan kapal-kapal asing? Adakah Hiew King Cheu akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian yang dialami oleh semua syarikat perkapalan tempatan? Dan adakah Hiew akan menyalahkan diri sendiri atau DAP jika kadar pengangguran meningkat, dan dalam masanya yang sama membiarkan perairan negara dikuasai sepenuhnya oleh kapal-kapal asing?

Penulis sangat yakin bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Hiew King Cheu tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan mengaku salah sekiranya cadangan mereka mengundang bencana yang lebih teruk kepada negara ini. Malah, mereka akan mencari helah lain untuk menutup kebodohan mereka disamping meneruskan agenda jahat bagi melakukan sabotaj terhadap mana-mana insiatif kerajaan yang difikirkan boleh mendatangkan manfaat kepada agenda politik mereka. 

Contoh yang paling dekat adalah penggunaan dakwat kekal dimana mereka mencadangkan pelaksanannya dan kemudiannya mereka juga yang membantah selepas memanipulasinya.. Apabila mereka kalah, yang dipersalahkan adalah pihak yang melaksanakan cadangan itu sementara mereka terus berpesta bagi menyambut "perayaan" Blackout 505 di seluruh negara. Jesteru, dalam hal ini kerajaan perlu berhati-hati sebelum melaksanakan apa sahaja cadangan dipihak pembangkang kerana puak-puak ini terbukti gemar memasang "perangkap" disebalik cadangan yang dikemukakan.

Sebagai ahli politik yang berhasrat mahu memerintah negeri ini, Hiew sepatutnya mampu melihat faktor yang lebih luas dan terbuka bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai masalah ini sekaligus mengatasi ketidakseimbangan harga barangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia. Jika Hiew dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dapat berfikir diluar kotak pemikiran yang hanya mementingkan agenda politik mereka, penulis pasti pemansuhan dasar kabotaj adalah pilihan terakhir dalam mencari penyelesaian kepada fenomena ketidakseimbangan harga barangan ini.

Ingin juga penulis bertanya kepada Hiew dan juga barisan pemimpin handalan pembangkang yang lain mengenai tindakan mengaut keuntungan berlebihan sesetengah pihak, faktor geografi dalam negeri, jumlah penduduk yang tidak seramai semenanjung, masalah ketidak-cekapan perkhidmatan pemunggahan di pelabuhan, kos insurans marin, pengangkutan darat, harga bunker yang mengikut kadar harga bahan api, kewujudan orang tengah, kos penyimpanan barang dan perkhidmatan di pelabuhan serta manipulasi harga oleh para peniaga... Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang telah merangka penyelesaian untuk semua faktor-faktor ini sebelum memuktamadkan keputusan memansuhkan dasar kabotaj????

Ketika pembangkang bertungkus-lumus mendesak kerajaan memusnahkan mata pencarian puluhan ribu rakyat di negara ini melalui pemansuhan dasar kabotaj, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak lebih gemar memilih alternatif lain bagi mengurangkan beban rakyat disamping meningkatkan taraf hidup rakyat secara menyeluruh melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, pembinaan lebih banyak Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), pemberian bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Malah pada awal Mac tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan Program 1Malaysia 1Harga bagi menyeragamkan harga barangan keperluan asas di Sabah, Sarawak dan Labuan. Inisiatif ini tentunya akan mengurangkan lagi beban rakyat disamping membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini selepas Sabah berjaya mencatat rekod TERTINGGI penurunan kadar kemiskinan dalam tempoh tiga tahun iaitu 19.7% pada tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun lalu. Fakta ini cukup untuk memberikan gambaran jelas kepada seluruh rakyat di negeri ini bahawa pemansuhan dasar kabotaj bukanlah pilihan terbaik atau keperluan mendesak bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan juga mengurangkan beban rakyat.

Jesteru, daripada Hiew mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar kabotaj yang sudah sebati dengan negara ini selepas dilaksanakan sejak tahun 1981; yang mana tindakan itu juga boleh menjejaskan mata pencarian sebilangan rakyat tempatan yang berada dalam industri perkapalan, bukankah lebih baik jika Hiew menyokong usaha kerajaan membina lebih banyak KR1M di negeri ini?? Difahamkan, tahun ini, kerajaan bercadang membina 57 buah KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan. Ketika ini di Sarawak ada empat buah KR1M, tiga buah di Sabah, baki 54 KR1M lagi sedang dalam proses perancangan dan pembangunan. 

Jika pembangkang dapat memanfaatkan profesionalism mereka dalam merungkai dan mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi rakyat tanpa dipengaruhi oleh emosi politik, penulis yakin bahawa mereka akan lebih banyak bersetuju daripada membantah dalam setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.