Monday, November 19, 2012

Anggaran Hasil Negeri Sabah 2013

Hasil Negeri Sabah dianggarkan berjumlah RM3.828 bilion pada tahun 2013 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3.73 peratus dibandingkan dengan anggaran asal tahun ini berjumlah RM3.690 bilion. Dengan mengambilkira bahawa hasil purata Negeri Sabah bagi tempoh tiga tahun yang lalu (2009-2011) yang berjumlah dalam lingkungan RM3.8 bilion setahun, maka Kerajaan Barisan Nasional Negeri yakin bahawa sasaran kutipan hasil yang ditetapkan pada tahun hadapan adalah munasabah. Oleh yang demikian, Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan cukai baru atau meningkatkan kadar cukai sedia ada.

Berdasarkan prestasi kutipan hasil negeri setakat ini, anggaran hasil disemak bagi tahun 2012 dijangka mencapai RM4.022 bilion iaitu meningkat sebanyak 8.97 peratus berbanding anggaran asal. Royalti Petroleum yang merupakan salah satu sumber utama hasil negeri telah merekodkan penerimaan berjumlah RM941.25 juta berbanding anggaran asal berjumlah RM774.6 juta. Di samping itu, beberapa sumber hasil yang dijangkakan dapat menyumbang lebih daripada anggaran asal termasuklah Cukai Jualan, Hasil Tanah, Terimaan Daripada Pejabat-pejabat Daerah dan Pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Sekiranya keadaan seperti ini berterusan ke tahun hadapan maka kerajaan berkeyakinan penuh bahawa Kerajaan Negeri akan terus menikmati kutipan hasil negeri pada tahap RM4 bilion.

Hasil Negeri Sabah diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil Cukai dijangka menyumbang sebanyak RM1.225 bilion atau 32 peratus. Sumber utama dalam kategori ini ialah Cukai Jualan atas Minyak Sawit Mentah yang dijangka menyumbang sebanyak RM1.05 bilion atau 27.43 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil negeri pada tahun 2013. Hasil Bukan Cukai dianggarkan berjumlah sebanyak RM2.26 bilion atau 59 peratus. Dua penyumbang utama dalam kategori ini ialah Royalti Petroleum dengan anggaran sebanyak RM1 bilion atau 26.2 peratus serta Faedah dan Perolehan dari Pelaburan sebanyak RM691.56 juta atau 18.06 peratus daripada jumlah hasil. Selebihnya sebanyak RM343.28 juta atau 9 peratus lagi adalah dari kategori Terimaan Bukan Hasil yang sebahagian besarnya adalah Pemberian dan Sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sejak tahun 2008, penyumbang utama kepada hasil negeri Sabah adalah Cukai Jualan atas Minyak Kelapa Sawit dan Royalti Petroleum yang mana kedua-dua sumber ini dijangka menyumbang sebanyak 51.33 peratus pada tahun ini dan 53.63 peratus daripada jumlah hasil pada tahun hadapan. Usaha Kerajaan Negeri memberi lebih fokus dalam pengurusan pelaburan agar tidak terlalu bergantung kepada kedua-dua sumber tersebut, sedikit sebanyak telah membuahkan hasil. Ini terbukti dengan kutipan hasil sebanyak RM928.03 juta pada tahun 2011 melalui "Faedah dan Perolehan dari Pelaburan". Untuk tahun ini pula, hasil melalui sumber ini dijangkakan dalam lingkungan RM820 juta diikuti dengan anggaran sebanyak RM691.56 juta pada tahun hadapan.

Sumber: Ucapan Bajet Negeri Sabah 2013

20 comments:

  1. moga hasil Sabah akan terus meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah semakin menjadi tumpuan pelabur terutamanya dari China.. sudah tentu kehadiran pelabur2 ini akan meningkatkan lagi hasil2 negeri sabah..

      Delete
  2. Sabah bakal menjadi pengeluar kelapa sawi ketiga terbesar di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peluang pekerjaan juga banyak disediakan melalui industri perladangan ini.. namun malangnya rakyat Sabah masih terus menanamkan sikap memilih pekerjaan, malah ada juga yang lebih rela tidak bekerja dari menceburi bidang ini..

      Delete
  3. Sabah bukan saja kaya dengan kelapa sawit, balak, minyak dan gas malah alam sekitar yang cantik yang menadi tarikan pengunjung dari seluruh pelusuk dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekayaan Sabah harus dimanfaatkan kepada rakyat Sabah dan Sabah

      Delete
    2. kerajaan juga memberikan tumpuan kepada sektor pelancongan dalam bajet 2013.. sektor ini juga banyak menyumbang kepada pendapatan negeri Sabah..

      Delete
  4. Bajet Sabah besar menunjukan kerajaan prihatin dan bersedia untuk terus membangunkan Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan ia juga membuktikan kecekapan pentadbiran Datuk Musa Aman.. jika pemimpin2 BN Sabah rasuah, Sabah tidak akan mampu mengumumkan bajet setinggi itu..

      Delete
  5. peningkatan hasil negeri Sabah setiap tahun membolehkan negeri ini mengumumkan bajet tertinggi mengatasi negeri2 maju di semenanjung Malaysia..

    ReplyDelete
  6. syabas kepada kerajaan negeri pimpinan datuk Musa Aman kerana berjaya membangunkan ekonomi Sabah dan berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dari segi pengurusan kewangan..

    ReplyDelete
  7. Sabah, under the leadership of Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, is among the states with excellent financial management record, says Auditor General, Tan Sri Ambrin Buang yesterday.

    ReplyDelete
    Replies

    1. He said the state’s financial management has improved over the last few years following the responsiveness of government departments and agencies to the demand of financial governance.

      Delete

    2. “Sabah has proven that excellence in financial management is not impossible if (one) serious in implementing them.

      Delete
    3. “For certain, Sabah’s success can be a role model or benchmark for other government departments and agencies,” he said at the presentation of the Excellent Financial Management Accountability Index Award of The National Audit Department 2011, here yesterday.

      Delete
    4. Musa, who was also state Finance Minister, was also present at the event.

      Delete
    5. Ambrin also said Sabah has maintained its certificate without reprimand for filing its financial ststement on time for 12 years running.

      Delete

    6. He also advised civil servants in the state to improve their work culture by implementing and monitoring government projects carefully.

      Delete

    7. “We must ensure that the implementation of projects are viable with the investment made and give benefits to the rakyat,” he added.

      Delete

    8. At the presentation ceremony, six state departments and agencies were accorded four-star rating.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.